Mar
28th

A'ptus Net, Broadband untuk org Kelantan!!!

Files under Internet, Kelantan | Posted by Akmal

Pada 26 Mac yang lalu, satu lagi kebanggaan rakyat kelantan apabila Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan pelancaran Wifi Aptus Net iaitu perkhidmatan internet jalur lebar yang disediakan oleh salah satu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)  iaitu Infra Quest Sdn Bhd dengan kerjasama Infolient Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam penyediaan internet jalur lebar.

Aptus Net Communities Sdn Bhd ditubuhkan pada 13hb November 2008 dengan objektif untuk meningkatkan penggunaan dan kesedaran mengenai kepentingan internet di kalangan komuniti kerajaan, perniagaan dan rakyat di negeri Kelantan. Ianya bakal dicapai dengan kepakaran Infolient Sdn Bhd dalam menyediakan kemudahan internet berteknologi jalur lebar, aplikasi serta kandungan laman web.

Aptus Net mempunyai beberapa pakej yang menarik kepada pengguna iaitu Wireless Broadband, Home Broadband dan Enterprise Broadband.

Wireless Broadband yang ditawarkan oleh Aptus dengan menggunakan kepakaran Infolient ini lebih pantas daripada internet berteknologi ‘dial-up’. Ianya amat mudah untuk pelbagai kemudahan seperti membaca email, bersembang bersama kawan-kawan atau hanya melayari internet.

Ianya adalah 100% mobiliti dimana para pengguna boleh melayari internet dengan menggunakan laptop, PDA atau apa jua alatan “wi-fi enabled” untuk sentiasa online dimana jua di bandaraya Kota Bharu pada kadar serendah RM29 dengan kelajuan 1Mbps untuk kegunaan tanpa had selama sebulan.

Disamping menyediakan kemudahan wireless broadband, Aptus juga menyediakan pakej-pakej hebat yang lain seperti Home Broadband pada harga RM79 sebulan, Enterprise Broadband pada kadar RM99 sebulan yang mana kedua-duanya berkelajuan sehingga 1Mb.

Pakej Home Broadband dengan kelajuan 1Mb, ditawarkan dengan harga RM79  sebulan, Ia dapat menampung keperluan pengguna internet sekeluarga. Pakej Enterprise Broadband menawarkan perkhidmatan yang sesuai untuk industri kecil dan sederhana (SME) dan membolehkan usahawan memasarkan barangan mereka tanpa perlu meninggalkan pejabat atau rumah.

Untuk kadar yang minimum, perkhidmatan Aptus Net membolehkan pelanggan berhubung ke internet sepanjang hari, tanpa perlu login dn logout. Ia beroperasi secara berasingan daripada talian telefon. Ini membolehkan pengguna menggunakan internet dan telefon talian tetap pada masa yang sama. Modem disediakan dengan jaminan 1 tahun.

Anda boleh menghubungi talian khidmat pelanggan 5 hari seminggu (Ahad-Khamis) dari 9 pagi hingga 6 petang di talian bebas tol 1300-88-2788 atau layari www.aptus.net.my untuk keterangan lanjut mengenai pakej-pakej menarik drpd Aptus Net.

Apa komen anda?? Especially oghe2 kelate tentang perkhidmatan internet terbaru ini? Aku baru dapat kad akses free Aptus Net Wifi selama 30 Hari daripada boss aku (Makacihh kak :) ), baru nk register tetapi x dapat sebab borang online xde la plok kat website Aptus Net.  Tak siap lg kot borang online tu, baru lancar la katakan. Adakah perkhidmatan ini setanding dengan yang sudah sedia ada seperti Celcom Broadband, Maxis Broadband, Digi Broadband, Streamyx dan lain-lain??.  Aku akan test kad tersebut dan bagi review perkara ini nanti.

ps: Comellah model gadis  Aptus Net ni, mcm pernah nampak, tp dimana ya!!?? :P


7 Responses to “A'ptus Net, Broadband untuk org Kelantan!!!”

  1. By j_hafiz on Mar 29, 2009 | Reply

    aii..mace sedak la pulok dengar tuh. harap2 boleh la fight celcom n maxis berukband. kawe tggu review dr demo. klu best nk pakat try etek. harap2 xdok la caj tersembunyi.

    [Reply]

  2. By Akmal on Mar 31, 2009 | Reply

    J-hafiz – Dah 2 hari aku try register online kt Aptus.net.my, klik je button “Register Your Account”, page kosong je kuar…huhuhu….
    Aku keno kontek kot syarikat ni tanyo mcm mn nak register….sepatutnya borang register online tu dah bole…mcm mana la diorang wat bisness ni…sabo je la…

    [Reply]

  3. By senok on Apr 14, 2009 | Reply

    Salam, aii br nk promote di blog kawe…tunggu biar demo boleh guna dulu br nk promote..hehe..

    boleh guna doh kow lani tue bro akmal kito??

    [Reply]

  4. By Akmal on Apr 16, 2009 | Reply

    senok – wassalam, kawe x dan nak test lg, bz sokmo etek, heheheh… insya allah nk test weekend ni…sambil2 lepak kt medan usahawan stadium… :D

    [Reply]

  5. By ARY on Dec 17, 2009 | Reply

    kat wakaf mek zainab boleh dapat ke ? kata kota bharu boleh dapat, ni kt wakaf che yeh , telipot dgn sekitar wima je dpt.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Kat Wakaf Mek Zainab aku x try lg, tp kt Wakaf Che Yeh mmg boleh.

    [Reply]

  6. By ridzwan on May 16, 2010 | Reply

    x silap kawe, jaring ibranet lg muroh, rm20 jah utk 384kbps… setakat nk bukok facebook tu, sedak doh…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled