Feb
7th

Bagaimana untuk Ban Blogger/blogspot.com

Files under Tips | Posted by Akmal

Jika anda terjumpa 1 blog yang memaparkan kandungan menyentuh sentimen perkauman atau agama anda anuti, pasti anda terasa marah dan terhina dengan kandungan didalam blog tersebut jika ada kaitan dengan kepercayaan anda. Apakah yang boleh anda lakukan untuk blog ini supaya tidak terdedah kepada orang lain atau pendek kata kita banned kan blog ini. Di blogger.com atau lebih dikenali blogspot.com,  terdapat satu cara yang disediakan iaitu kita bole flag blog tersebut. Apa itu flag? Flag membawa maksud kita menghantar objection kandungan dalam blog tersebut yang boleh membangkitkan kebencian/penghinaan kepada pihak pembaca blogger/blogspot supaya blog tersebut dibanned daripada pembacaan untuk public. Ini kerana blog tersebut telah melanggar terma perkhidmatan polisi blogger/blogspot. Disni kita membantu pihak blogger mendefinisikan yang mana blog tidak baik yang boleh menjejaskan.

Contohnya saya terjumpa satu blog yang menyentuh sentimen keagamaan iaitu blog yang menghina Nabi Muhammad SAW. Kamdungan blog ini amatlah menyentuh sensitiviti umat Islam amnya di Malaysia kerana kandungan blog tersebut berbahasa Melayu. Blog tersebut adalah http://syurga-islam.blogspot.com.

Bagaimana untuk Flag blog seperti ini?

1. Klik FLAG BLOG di atas sebelah kiri

2. Tick Hate 0r Violence dan Continue

3. Sekali lagi klik Continue

4.  Klik SUBMIT, Tunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang Islam…

Itu sahaja, cukup simple dan mudahkan? Jika anda terjumpa lagi blog seperti ini yang menyentuh tentang sensitiviti agama dan perkauman di blogger/blogspot.com. Harap dapat flag blog tersebut dengan cara-cara diatas supaya blog tersebut diban atau disekat penyiarannya. Ini adalah tanggungjawab kita sebagai seorang pengguna Internet yang berilmu. Ini dapat mengelak generasi muda yang mudah terdedah dengan kemudahan gelombang teknologi maklumat masa kini daripada dipengaruhi oleh blog-blog yang tidah bertanggungjawab.

Jika anda terjumpa blog seperti ini, marilah kita sama flag. Jika boleh anda senaraikan URL blog tersebut dibahagian komen.

Post a Comment

CommentLuv Enabled