May
1st

Bangga Kawe Jadi Orang Pasir Mas

Files under Kelantan | Posted by Akmal

Pasir Mas ‘Kilang’ Jelitawan

Sumber: Harian Metro

SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

————————————————————————————————————————————————————

AP adalah seorang yang berasal dari Pasir Mas, membesar dan bersekolah di Pasir Mas sejak kecil sehinggalah sekarang.  Walaupun AP membesar di Pasir Mas, sebenarnya AP telah dilahirkan di Bentong, Pahang. Kira AP ni org Kelate celup la. Walaupun begitu AP hanya di lahirkan di situ je tetapi membesar sejak kecil di Pasir Mas lagi. Alhamdulillah setakat ni AP masih lagi berada di Pasir Mas dan berulang alik dari kerja sejak tahun 2005 hinggalah sekarang. AP hanya berkelana dari Pasir Mas pada tahun 1998 hingga tahun 2004, itu pun sebab belajar di Pulau Pinang, Melaka dan di UPM.

Dan dari berita di atas, Fatihah Fauzi tu sape la ntah sebab Kampung Lemal adalah kampung AP sebagaimana yang dimaksudkan dalam petikan berita dia atas. Ntah anak sapo la ni :P . Tapi AP kat kampung bukanlah orang yang hebat dan terkenal. Tak dok la plok gambar perempuan tersebut.

Apa pun AP bangga jadi warga Pasir Mas dan berharap 1 hari nanti dapat menyumbang apa-apa bakti kepada Pasir Mas dan kekal berada di sini hinggalah ke akhir hayat bersama dengan orang-orang yang tersayang. Insya Allah :D

ps: 1st time post entry tiru gaya DnoBiz.Com

ps2: Selamat Hari Pekerja kepada semua pelawat AkTechPage.Com yg bergelar pekerja pd hari ini. Tahun 2011 membawa tema “PEKERJA MEREALISASI TRANSFORMASI NEGARA”.

No related posts.


22 Responses to “Bangga Kawe Jadi Orang Pasir Mas”

  1. By MDHAFiZ.NEt on May 1, 2011 | Reply

    kirim salam ya kt Tok Guru Nik Aziz…
    hehehe..gurau je bro… :)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @MDHAFiZ.NEt,

    Heheheh, kalo jupo insya allah.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @MDHAFiZ.NEt,

    Aku x leh la komen kt blog ko?? kena login ek??

    [Reply]

  2. By Miss Tira on May 1, 2011 | Reply

    Info menarik untuk para jejaka mencari gadis comel lote Cik Siti Wan Kembang. Hehehe.
    Miss Tira´s last [type] ..Majlis Graduasi Miss Tira

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Miss Tira,

    Ye betul tu, …datang la melawat ke Pasir Mas, Kilang Jelitawan tu, hahahahha

    [Reply]

  3. By tehr on May 2, 2011 | Reply

    orang tumpat ni camano lak, bro?
    hehe

    aku dah lama gak tak gi p.mas
    sejak ppd berpecah
    sekadar pusing2 kat tumpat je
    tehr´s last [type] ..Bukan Lawak April Fool

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @tehr,

    Org tumpat byk org siam, hehehe… ntah lar.. ni pun celup dr Harian Metro Online…

    Kalu mari pasir mas, call la kawe.. bole minum coconut shake kt kedai moksu tepi jalan keto api…

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    @tehr,
    Orang tumpat pun apa kurangnya Tehr sempadan gak tu..
    dnoBiz´s last [type] ..Pengganas Pilihan – Mereka yang terGanas sepanjang April

    [Reply]

  4. By Kidney Expert on May 2, 2011 | Reply

    Salam AP,

    Saya sudah pun berkahwin, jadi tak dapatlah nak jadikan gadis pasir mas sebagai isteri.
    Kidney Expert´s last [type] ..Ujian Yang Dilakukan Untuk Mengesan Penyakit Buah Pinggang

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Kidney Expert,

    Bole lg… ada 3 lg kosongkan, heheheh.. gurau jee…

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    @Akmal,
    Mal dah jadi Broker ke sekarang hahahah
    dnoBiz´s last [type] ..Insan Terpilih – Akhlak terpuji Luqman al-Hakim

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @dnoBiz,

    Part time job, heheheh

    [Reply]

  5. By sue on May 3, 2011 | Reply

    pasir mas kilang gadis cantik… adakah ini bermakne ianye jugak kilang jejaka tampan gak… :D
    sue´s last [type] ..- KALAU LA SUME LELAKI CAMNI -

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sue,

    Ye tepat sekali, salah seorangnya adalah saya… hahahahah :D

    [Reply]

    dnoBiz Reply:

    @sue,
    betul tu Su takcaya tengok si Akmal tu :D
    dnoBiz´s last [type] ..Kematian Osama – Permulaan kepada keamanan atau Kekacauan

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @dnoBiz,

    Makasihhhh :D

    [Reply]

  6. By mancai on May 11, 2011 | Reply

    gewe kelate memang comey2 belako.. eh betul nouns aku ni….

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,

    Betul doh :D , bole la tambah cawangan di Kelate :D

    [Reply]

  7. By aimannajmy on May 12, 2011 | Reply

    wahh nak cari awek pasir mas sorang bleh? tolong r rekemen sorang haha begurau je

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @aimannajmy,

    OK, no hal je :D

    [Reply]

  8. By Haru on May 12, 2011 | Reply

    oh ore pasir mas jah..xjauh sgt la
    Haru´s last [type] ..Pre-Order Tshirt The Red Warriors Hanya RM25

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Haru,

    Dekat je kan dgn demo, hehehe

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge