Dec
15th

Barisan Pemandu 1Malaysia F1 Team@Lotus F1 Racing 2010

Files under Isu Semasa | Posted by Akmal

Akhirnya segala teka-teki siapakah pemandu-pemandu untuk pasukan 1Malaysia F1 Team (1MF1T) atau akan dikenali di dalam Kalendar F1 2010 sebagai Lotus F1 Racing Team telahpun terjawab semalam.  Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak telahpun mengumumkan 3 pemandu iaitu Pemandu Utama Jarno Trulli (seorang pemandu F1 yang sangat berpengalaman bersama Jordan, Renault & Toyota), pemandu kedua Heikki Kovaleinen (Seorang pemandu warga Finland yang berbakat besar pernah bersama Renault dan Mclaren) dan pemandu ketiga yg bertindak sebagai pemandu simpanan merangkap pemandu uji Fairuz Fauzy (Pemandu Malaysia yg paling berbakat setakat ini yang pernah menyertai A1GP, GP2 dan naib Juara World Renault Series).

Setelah pegawai-pegawai 1MF1T di atur dan di susun, kemudian senarai pemandu-pemandu F1 yang akan mengemudi jentera pertama pasukan F1 Malaysia di umumkan semalam, sekarang ini rakyat Malaysia tertunggu-tunggu pulak  bagaimanakah pula rupa bentuk Jentera F1 pertama 1MF1T / Lotus F1 Racing yang akan bersaing dengan pasukan-pasukan lain di persaingan F1 2010. Sama-samalah kita nanti kan :) .

Sumber Berita

ps: Apakah pandangan anda tentang penglibatan team F1 Malaysia ini??


2 Responses to “Barisan Pemandu 1Malaysia F1 Team@Lotus F1 Racing 2010”

  1. By zawzal on Dec 16, 2009 | Reply

    banyak gak malaysia berhabis ek. beli kapal selam. buat litar sepang. beli friendster dan kini beli Lotus. Fuh..
    zawzal´s last blog ..Break Blade Chapter 12 – The Counterattack Begins 2 My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Gitulah kalo nak jadi negara maju…Cthnya kapal selam, x beli kan rakyat komen plak pertahanan laut lemah la, bila beli plak dikatakan membazir, takkanlah nak beli2 yg murah, x pasal2 perairan negara mudah diceroboh oleh musuh plak.

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled