Feb
18th

Baru Semangat BLOGGING, Kabel Telefon Plak Kena Curi

Files under Personal | Posted by Akmal

Baru je semangat blogging sejak awal Februari 2012, pada 10 Februari 2012 streamyx kat rumah tak boleh akses pulak. Ingatkan gangguan biasa. Lepas 2-3 hari masih lagi takde akses. Telefon TM, rupa-rupanya kabel telefon kena curi pulak kat kawasan rumah AP. Sejak guna Streamyx pada tahun 2005, inilah kali pertama masalah kabel telefon kena curi yang menyebabkan akses Streamyx tidak dapat akses. Ishhh…selalunya gangguan biasa. Jadi sejak 10 Feb 2012 hingga hari ini, internet kat rumah masih belum pulih lagi. TM kata amik masa lama sikit.

Kalo kat ofis tak sempat online sebab sibuk fokus pada kerjaya, jadi terpaksalah blogging semasa hujung minggu di kopitiam sekitar KB. Malam selepas kerja selalunya malas dah nk kuar, selalunya malam hari keje wat keje jugak. Kalo blogging pun masih lagi teringat kerja-kerja yang tidak akan siap di pejabat.

Harap gambar di atas memberi keinsafan kepada pencuri kabel (errr diorang surf internet ke???).

AP: Sabor jer ler… :(

Related posts:

  1. Mencari Semangat Yang Hilang Entah kenapa selepas AkTechPage.Com menyambut ulang tahun yang ke-5 hujung bulan lepas, AP merasa tak de semangat plak untuk kemaskini...
  2. Kemalasan Melanda Diri ku Dah dekat 12 hari aku tidak post baru di blog aku ni. Agak lama jugalah, nampaknya seperti mana tajuk post...
  3. Selamat Tahun Baru 2012: Moga Tahun Beri Keceriaan Kepada AP Rasanya belum terlambat lagi untuk AP mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pelawat blog ini. Semoga tahun baru ini...
  4. 7 Sebab Mengapa Aku Suka Blogging Blogging adalah satu aktiviti perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi satu alat atau kelengkapan yang menarik,dimana ia digunakan secara meluas...
  5. Panduan TV untuk Telefon Pintar dari ASTRO Bagi memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pelanggan ASTRO, ASTRO melancarkan panduan TV ASTRO untuk telefon pintar yang membolehkan pengguna melihat...


8 Responses to “Baru Semangat BLOGGING, Kabel Telefon Plak Kena Curi”

  1. By mancai on Feb 21, 2012 | Reply

    janganlah hilang semangat tu bro erk… tak per biar telekom kasi selesai

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,

    Semangat ada bro, tp suam2 kuku je.. :)

    [Reply]

  2. By lazaac on Feb 27, 2012 | Reply

    slalu nyer bdak2 dadah jer yg duk curi kabel ni… sbb tak hirau dah bahaya curi kabel ni… confirm hangus nyer…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @lazaac,

    tu la… bila dah benda HARAM tu.. dioarang x pk dah akibatnya…

    [Reply]

  3. By sangilapi on Mar 15, 2012 | Reply

    Selalunya bila semangat tengah meluap memang ada je sangkak yang menjelma,kalau kabel kena curi,aku rasa memang berjanggut nak tunggu untuk digantikan – ko kena rajin ‘menyalak’ :-)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Aikkk.. lama x nampak broo… tq kerana sudi komen lg kt sini… heheheh

    kabel putus/kena curi betul2 menguji kesabaran aku… sabor jer lerr…

    [Reply]

    sangilapi Reply:

    @Akmal, alasan popular – ketiadaan masa :-)

    [Reply]

  4. By Amirez on Mar 27, 2012 | Reply

    sama macam kat kampung hari tu. elok2 TM dah pasang balik kabel, tak sampai seminggu dah kena curi

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge