Keadaan jalan-jalan di kelantan masih lagi seperti biasa sejak hari ahad hingga kelmarin, jalan agak lenggang di waktu pagi sebab cuti sekolah sudah bermula cuma di waktu petang sahaja agak sesak sedikit tapi masih lagi di tahap biasa. Hari ini dan esok mungkin akan menjadi luar biasa kesesakan jalan di Kelantan ini kerana di jangka lebih kurang 600 000 kenderaan perantau akan mula masuk ke kelantan. Lebih setengah juta tu beb!!!!
Jadi kepada semua perantau kelantan, di sini juga disertakan sedikit pesanan ikhlas:
- Bersabarlah ketika memandu pulang ke kampung
Lagipun ini di bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan ujian kesabaran. - Jangan pandu terlalu laju sangat
kekalkan kelajuan di bawah 100kmj sudah. - Jangan pandu terlalu perlahan sangat
Kalo boleh paling slow pun 60kmj, nanti orang belakang marah sebab terlalu perlahan sangat macam siput. - Jangan pandai-pandai buat 2 line di jalan yang hanya ada 1 line sahaja
Ini lah antara penyebab utama kesesakan di kelantan. Jalan yang 1 line sahaja tiba-tiba jadi 3 line di musim perayaan kerana semua nak cepat ke hadapan. - Jangan tunjuk terror skill memandu
Pesanan ini hanya untuk pemandu yang baru memakai kereta sport baru dan masih lagi berdarah muda dan juga yang rasa dah capai tahap pemandu Formula 1. Ye lah cekap katakan, jangan cekap sangat, nanti cekap pula masuk liang lahad dan beraya di hospital pulak, paling malang sekali cacat seumur hidup. - Saling Hormat menghormati antara 1 sama lain
Ini yang paling penting sekali semasa berada di atas jalan raya, semua nak balik kampungkan kan, jangan lah pulak buat kurang ajar di atas jalan raya dengan pemanduan yang boleh menyakitkan hati orang lain.
Rasanya itulah sahaja pesanan ikhlas daripada aktechpage.com , terasa ke??? tapi itulah hakikat sebenar pengguna jalan raya di Malaysia ini. Menurut kenyataan polis trafik malaysia, 80% punca kemalangan ialah sikap pemandu sendiri, bukannya masalah teknikal kenderaan ataupun struktur jalan.
Akhir sekali, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, SELAMAT PULANG KE KAMPUNG, tapi ada juga yang pulang ke bandar, turut tidak dilupakan SELAMAT PULANG KE BANDAR mana-mana perantau yang bekerja di kampung-kampung
ps: walaupun tidak pernah merasai pengalaman kesesakan pulang ke kampung, pengalaman 6 tahun memandu sudah cukup untuk merasai pengalaman memandu di Malaysia. Di harap dijauhkanlah perkara yang tidak baik semasa memandu di jalan raya. Amin…
Related posts:
- TAHNIAH MALAYSIA 3 – 0, kekal fokus dan berhati-hati di Jakarta Huh… memang betul-betul tak sangka yang Malaysia boleh mengalahkan Indonesia dengan jaringan yang selesa sebagai bekalan untuk di bawa ke...
- Duit Raya Daripada HazmanFadzil.com Semalam, aku agak terkejut apabila menerima 1 sampul surat laju ekspress yang tertera di belakang Daripada Admin HazmanFadzil.com . Baru...
- Salam Aidilfitri 1430/2009, Maaf Zahir Batin Esok, 1 Syawal 1430 tiba menandakan semua umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri 1430/2009. Di kesempatan ini aktechpage.com ingin...
- Hati-Hati Windows Update! Mungkin MS Office anda akan diblok (Pirate Copy) Boom! Anda pernah lihat pop-up mesej seperti diatas? Untuk para lanun (termasuk aku), hati-hati dengan pop-up mesej ini terutama kepada...
- Salam Aidilfitri 2010/ 1431H, Maaf Zahir Batin Hari ini Hari Raya Aidilfitri lagi, syukur ke hadrat ilahi kerana kita sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun...










By mancai on Sep 8, 2010 | Reply
selamat hari raya maaf zahir batin… semoga selamat pergi dan selamat pulang…
[Reply]
Akmal Reply:
September 8th, 2010 at 8:30 am
@mancai, ]
Insya Allah, semoga hari raya tahun ini lebih baik drpd sebelum ini.
[Reply]
By mijie on Sep 8, 2010 | Reply
selamat hari raya, demo tok balik kampung takpow la,
kawe tahun ni ambik cuti awal, jadi tok raso jale jem, hehe
mijie´s last [type] ..Jalan-jalan cari pasal
[Reply]
Akmal Reply:
September 8th, 2010 at 10:57 pm
@mijie,
Hahahaha… tu.. kawe x dok kg..huhuhuhu
Meh la jale rumah kawe, hari raya ke-2 open house.. make sate…
Selamat Hari Rayo etek ko demo
[Reply]
By dnobiz on Sep 9, 2010 | Reply
salamat hari rayo, walau pun kawan duk kat kg tapi hari hari makan jem kat P.mas, sampai slot parking kawan pun dah jadi wakaf dah sari dua ni huhuhuh
dnobiz´s last [type] ..Bila Hero Menopause !!!!!
[Reply]
Akmal Reply:
September 9th, 2010 at 4:51 am
@dnobiz,
Heheheeh… pasir mas gak pehe2lah sumbak sokmo tiap2 kali hari rayo…
Selamat Hari Rayo jugak utk demo, maaf zahir batin.
[Reply]
By aimannajmy on Sep 9, 2010 | Reply
Salam hari raya aidilfitri.. Ampun maaf dipinta,zahir dan batin.. andai buat rumah terbuka jangan lupa jemput saya
[Reply]
Akmal Reply:
September 9th, 2010 at 9:26 pm
@aimannajmy,
Selamat Hari Rayoo… Maaf Zahir Batin…
Jom rumah terbuka di hari raya ke-2… make satey…
[Reply]
By Ali ridha on Sep 9, 2010 | Reply
memandu dengan berhemah.jgn pandu laju.ingat org tersayang.
Selamat Hari Raya…………….
Ali ridha´s last [type] ..Salam Aidilfitri 1431 Hijrah-Jgn kamu kufur
[Reply]
Akmal Reply:
September 9th, 2010 at 9:27 pm
@Ali ridha,
Selamat Hari Rayoo jgk utk bro…
Maaf Zahir Batin
[Reply]
By zezebel on Sep 9, 2010 | Reply
Selamat balik kampung, berhati-hati di jalanraya.
Selamat hari raya, maaf zahir batin.
[Reply]
Akmal Reply:
September 9th, 2010 at 9:27 pm
@zezebel,
Selamat Hari Rayoo…
Maaf Zahir Batin
Semoga Aidilfitri kali ini lbh bermakna utk Zezebel…
[Reply]