Kemudahan teknologi hari semakin memudahkan kehidupan manusia di seluruh dunia, hari ke hari ada sahaja pembaharuan yang dilakukan di internet demi memudahkan gaya kehidupan seharian kita. Kalau dulu tanpa internet, untuk membeli sesuatu kita perlu keluar rumah dan menhadapi kesesakan jalan raya. Tapi kini tidak lagi dengan adanya teknologi internet. Kita boleh membeli secara online dan produk yang kita beli akan sampai ke rumah kita melalui pos. Salah satu produk yang dah lama menggunakan gaya pembelian ini ialah pembelian produk buku. Kali ini AP ingin review salah satu laman web jual buku secara online iaitu BookCafe.Com.My: Kedai Buku Online PTS .
BookCafe.Com.My adalah laman web jualan buku oleh Syarikat PTS Publications & Publishers Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan buku bahasa Malaysia yang terkenal. Dalam laman web ini banyak buku-buku yang ada untuk dibeli dan harganya pula sangat berpatutan. Setiap pembelian buku perlu ditambah dengan kos penghantaran iaitu hanya RM8 sahaja. Namun begitu harganya adalah seperti membeli sebuah buku di kedai buku. AP pernah membeli sebuah buku dan dapat menerima buku tersebut dalam beberapa hari sahaja. Cepat dan mudah sekali.
Laman web BookCafe.Com.My ini adalah amat menarik dan mudah sekali untuk digunakan. Cara-cara pembelian buku pun ada ditunjukkan di sini, Cara Membeli Buku ONLINE di BookCafe.Com.My , siap ada video tutorial lagi tu. Lagipun anda jangan risau jika masih lagi ragu-ragu untuk membeli secara online di sini, kerana ada staff yang sedia membantu di bahagian utama Hubungi Staff BookCafe yang tertera nama, email, YM dan nombor telefon lagi jika perlukan bantuan. Ia bukan sahaja menyediakan bantuan melalui email umum dan nombor telefon pelanggan malahan melalui nombor telefon staff bantuan itu sendiri.
ps: AP pernah membeli 2 buah buku di laman web ini setakat ini.










By Haru on Jun 4, 2011 | Reply
apa lagi kedai buku selain bookcafe yg ade bro??? sebab buku2 dekat kedai buku popular kbmall amat terhad dan kdg2 lgsung tiada buku yg dicari…xkn nk pegi Kl cari..huhu
Haru´s last [type] ..Giveaway Hosting Dan Domain Percuma Bernilai Sehingga RM400 Dari Exabytes
[Reply]
Akmal Reply:
June 5th, 2011 at 8:29 pm
@Haru,
Hmmm ape lg ekk.. kalo nak beli majalah onlinebeli je M3Mag.Com.My , no. 1 kt Related Post tu…
Nanti aku usya..:)
[Reply]
By tehr on Jun 5, 2011 | Reply
sekarang ni asal mau membaca je
kemudahan memang banyak
hal2 yang melalaikan pun makin banyak
hehe
tehr´s last [type] ..Juara Piala FA Malaysia 1990 – 2011
[Reply]
Akmal Reply:
June 5th, 2011 at 8:30 pm
@tehr,
Yup betul tu… dunia semakin maju & semakin melalaikan…
[Reply]
By dnoBiz on Jun 5, 2011 | Reply
aku kalau bab beli buku aku lebih suka beli di kedai buku biasa,
Ps: boleh belek belek dulu
dnoBiz´s last [type] ..Cucu Hati Iblis – Tergamak belasah nenek- datuk Lumpuh
[Reply]
Akmal Reply:
June 5th, 2011 at 9:14 pm
@dnoBiz,
Masing2 ada cara tersendiri, online pun bole belek juga… tp belek2 kt Google… tpo sesetengah jual buku online ada juga bagi ringkasan secara digital seperti laman web jual majalah online, M3Mag.Com.My
[Reply]
By MDHAFiZ.NET on Jun 5, 2011 | Reply
Lepas ini insyaAllah mereka akan buat affiliate. Rugi x join..hehehe..
MDHAFiZ.NET´s last [type] ..New Perodua Myvi 2011
[Reply]
Akmal Reply:
June 5th, 2011 at 9:28 pm
@MDHAFiZ.NET,
Oooo ye ke ada affiliate, bagus la.. bole join..
[Reply]
MDHAFiZ.NET Reply:
June 5th, 2011 at 11:52 pm
@Akmal, eh..x tahu lah pulak ada affiliate ke x. Saya cuma buat andaian saja. hehe..mcm adikbijak.com. Mereka pun jual buku juga. Pun ada affiliate.
MDHAFiZ.NET´s last [type] ..Sultan Tengah- The First Sultan Of Sarawak Darul Hana
[Reply]
Akmal Reply:
June 6th, 2011 at 9:27 pm
@MDHAFiZ.NET,
oooo gitu.. AdikBijak.Com pun laman web jual buku online jugak, 1st time dgr…
[Reply]
By akubiomed on Jun 6, 2011 | Reply
Pernah juga dahulu melayari laman PTS untuk mengetahui stok buku yang dicari. Saya biasa juga beli buku cetakan PTS tetapi belum pernah beli secara online dari laman web PTS
akubiomed´s last [type] ..Bulan April bersama famili
[Reply]
Akmal Reply:
June 6th, 2011 at 9:28 pm
@akubiomed,
Kekadang saya fikir, buku2 PTS bagus jugak.. krn sesetengah bukunya adalah terjemahan drpd buku inggeris yg popular… sy beli 2 kali dh secara online… ok la setakat ni..
[Reply]