Salam eBiz semua,
Memandangkan aku tak pandai mcm mana nak tunaikan adsense melalui Western Union yang terbukti lebih cepat dan efektif berbanding cara aku tunaikan adsense sekarang iaitu melalui Deposit Cek di bank2 tempatan (Selalunya CIMB Bank) yang mengambil masa lama sehingga 5-6 minggu baru masuk akaun. Aku terjumpa 1 artikel di blog Saudara Munawar, salah seorang penggiat Adsense yang aktif. Terima kasih juga kepada Saudara Lanchini kerana perkenalkan saya kepada salah seorang penggiat adsense yang berjaya ini.
Dibawah ini adalah beberapa langkah tunaikan adsense melalui Western Union yang dipetik drpd artikel bertajuk Cara Tunaikan Pendapatan Adsense Melalui Western Union.
Langkah#1: Login ke Akaun Google Adsense
Langkah#2: Klik “My Account”
Langkah#3: Klik “Payment History”
Langkah#4: Klik “Payment issued – details” (anda akan dapat lihat paparan seperti dibawah)
Langkah#5: Klik “Statement of Earnings” (maklumat lanjut akan dapat dilihat seperti dibawah)
Langkah#6: Pergi ke mana-mana Bank yang ada menawarkan perkhidmatan Western Union atau ke pejabat POS Malaysia.
Pastikan anda membawa maklumat seperti berikut:
1. Salinan Kad Pengenalan depan & belakang
2. Maklumat No. Kawalan Pindahan Wang ( MTCN number)
3. Alamat Pengirim seperti yang tertera pada “Statement of Earnings”
Sila rujuk borang yang di isikan oleh Puan Nor seperti dibawah:-
Sebelah kanan borang “Untuk Kegunaan Pejabat” tidak perlu di isikan. Sila semak bahagain ini setelah proses pengeluaran wang berjaya dilakukan. Maklumat penting akan di printkan dibahagian ini termasuk jumlah wang yang telah di tukarkan ke matawang Ringgit Malaysia. (RM 2,159.06 dalam contoh ini).
Sila kira wang anda sebelum meninggalkan kaunter dan pastika ianya betul dan tepat. Harap tips ini membantu.
Credit : Blog Saudara Munawar
Related posts:
- Akhirnya Adsense Aku USD550.60 Selepas 14 hari aku post tentang Adsense USD550: Income Kali Ke-4, malam tadi aku telah cek dalam akaun Adsense, jumlahnya...
- Cek Adsense Ke – 4: USD551.61 Akhirnya setelah 1 bulan menunggu kedatangan cek adsense aku kali ke-4,ahirnya pada 23 April lepas, aku dapat jugak cek yang...
- Adsense USD550: Income Kali ke-4 Bagi mereka yang masih belum tahu apa itu Google Adsense. Meh aku terangkan sedikit, Google Adsense atau lebih dikenali Adsense...
- PuzzleMaker.DiscoveryEducation.com: Cara Mudah Bina Puzzle Anda suka permainan teka silang kata, carian perkataan atau menyelesaikan mesej tersembunyi? Jika anda suka anda boleh membina sendiri teka-teki...
- Sihir Melalui Internet ??? Benarkah ada ??? KOTA BHARU – Pengguna laman sosial ‘facebook’ kini perlu berhati-hati terutama ketika memasukkan gambar-gambar mereka untuk paparan umum bagi mengelak...













By bukaminda.com on May 19, 2009 | Reply
wah bole tahan ko punya duit adsense, gud luck
[Reply]
By Akmal on May 21, 2009 | Reply
Ni bukan adsense saya punya, ni salah seorang client Saudara Munawar…adsense saya ade artikel sblmnya
[Reply]
By Amir on May 26, 2010 | Reply
Saya nak tye, adakah pengeluaran hanya blh dibuat sekiranya hanya ada lebih USD100, maksud saya akaun saya now ada 60USD, blh bawa kluaq tak duit tue?
[Reply]
Akmal Reply:
June 3rd, 2010 at 9:07 am
@Amir,
Kalo dalam akaun Adsense, hanya boleh cash outkan apabila amount lebih drpd USD100 sahaja.
Kalo USD60 belum boleh lg, itu salah 1 syarat utama adsense.
[Reply]
By MiSsZ GaRdEN on Mar 31, 2011 | Reply
MiSsZ punya ad dah kena block.. tak tau nape.. camne nak add balik ek??
Nanti jemputla join segmen kreatif lucky draw missz yer.. cari idea kreatif dulu yer.. Ada kat sticky post blog MiSsZ!! Tarikh tutup 13. April 2011
MiSsZ GaRdEN´s last [type] ..Mai JOIN Pengkomen TerHEBAT di MiSsZ GaRdEN
[Reply]
Akmal Reply:
March 31st, 2011 at 11:37 pm
@MiSsZ GaRdEN,
OK… nanti kalau x bz dgt, sy cuba join yek
[Reply]