|
Page 1 of 2 Subcm = minda bawah sedar Kisah 1 Ahmad(bukan nama sebenar), sewaktu remajanya telah menghadapi kegagalan dalam byk perkara. Apa yg lebih merunsingkannya ialah kegagalannya di dalam peperiksaan kerana umum menganggap kegagalan begitu bermaksud masa depan yg gelap. Dia menjadi seorang yg tidak tenteram, takut dan tidak persuatif sama sekali. Dia cuba mengambil kembali peperiksaan yg sama dan sekali lagi dia gagal. Ahmad semakin kecewa dan hilang keyakinan diri. 20 tahun kemudian, Ahmad telah menjadi seorang yg berjaya hingga diiktiraf ke peringkat antarabangsa. Ini sudah tentu mengejutkan semua org yg mengenalinya. Saya telah bertanya kepada Ahmad bagaimana dia membentuk masa hadapannya, sedangkan setakat yg diketahui dia adalah seorang pelajar yg tercicir pada zaman persekolahannya......
Dengan selamba Ahmad menjawab, “Saya sendiri pun tidak tahu. Tetapi setelah berada pada tahap ini, baru saya sedar saya telah merealitikan imaginasi saya sewaktu di alam persekolahan lagi.” “Apakah imaginasi awak itu, jika saya boleh mengetahui?” Tanya saya. “Walaupun saya selalu gagal dlm peperiksaan saya selalu membayangkan pada suatu hari nanti saya akan berada dikerusi ini. Saya telah dipandu oleh angan-angan saya sendiri untuk mendapatkan kerusi ini. Saya telah mengambil langkah2 yg tepat seperti yg disarankan oleh angan-angan saya.” Ahmad tidak mahu bercerita lebih panjang kerana dia khuatir saya tidak akan percaya dengan kata-katanya. Tanpa cerita Ahmad pun saya sudah dapat menangkap kuasa apa yg telah memandunya hingga berada di puncak. Tidak lain subcm. Kisah 2 Misnan(bukan nama sebenar) bukanlah seorang pemuda yg kacak. Sekali pandang dia memiliki beberapa kekurangan dari segi fizikal berbanding dengan pemuda-pemuda normal seusia dengannya. Misnan juga seorang yg amat pemalu, kadang2 dia lebih pemalu dari seorang gadis pingitan. Ditambah pula dengan sifatnya yg pendiam itu tidak hairan Misnan tidak tertonjol dimana-mana. Anehnya, tiba-tiba Misnan dapat merebut hati seorang wanita yg amat jelita bernama Fatilah(bukan nama sebenar). Fatilah memiliki iras wanita Inggeris walaupun dia seorang Melayu dan datangnya dari keluarga berada. Tidak sedikit org yg cuba mendapatkan perhatian Fatilah, tetapi tidak disangka-sangka Misnan pula yg mendapatnya. Lebih menghairankan, bukan sahaja Fatilah yg pernah bertakhta di hati Misnan, malah ramai lagi wanita jelita serius dengan Misnan. Hingga apabila Misnan mengambil keputusan untuk berumah tangga dia telah memilih seorang wanita yg paling jelita antara wanita-wanita yg jelita itu. Perkahwinan Misnan dengan wanita yg bernama Rose(bukan nama sebenar) tersebar melalui media massa termasuk majalah dan juga radio. Majlis persandingan Misnan dihadiri oleh org yg tidak diundang semata-mata kerana ingin melihat kejelitaan isteri Misnan dan Misna sendiri. Ini benar-benar sati sejarah dan suatu yg amat hebat telah dibuktikan oleh Misnan – seorang pemuda desa yg serba kekurangan. Misnan pernah memberitahu, “Saya tidak percaya ada kekurangan pada diri saya. Setiap kali saya menatap cermin saya percaya saya seorang yg kacak. Saya selalu berkata kepada diri saya, saya seorang yg pintar. Apabila saya mula menyukai seorang wanita jelita saya katakana pada diri saya sendiri, saya standing dengannya. Saya tidak pernah memulakan segalanya dengan tutur kata, tetapi saya cuba mempamerkan kecerdikan saya untuk dilihatnya. Sebenarnya saya bukanlah pintar sangat. Saya selalu mengangan-angankan mendapat seorang isteri yg amat cantik. Imaginasi saya telah membuka banyak jalan hingga akhirnya saya mendapat apa yg saya fikir-fikirkan itu.”
ps : Jadikan kisah ini 1 teladan bagi anda ...  Views: 880
|