|
Page 1 of 3 Mengikut pakar2 psikologi, setiap individu mencipta skrip kehidupan masing2. Ertinya, seperti pelakon dalam filem, seseorang itu mempunyai skrip untuk dilakonkan, bezanya manakala dalam filem skrip itu dicipta oleh org lain, tetapi dalam kehidupan sebenar kita mencipta skrip bg diri kita sendiri. S.S. Tomkins mengenal pasti 2 jenis skrip yg penting dalam kehidupan manusia dan kedua2nya mempunyai pengaruh yg kuat ke atas cara kita menyusun skrip kehidupan kita masing2. Kedua2nya disebut skrip komitmen dan skrip nuclear. Dalam skrip komitmen kita mengikatkan diri kita kepada suatu jadual sepanjang hidup yg kita sendiri buat dan kita yakin jadual itu akan menghaslkan ganjaran2 yg sgt positif. Skrip komitmen melibatkan pelaburan jangka panjang utk melakukan pelbagai pembaikan. Kita mempunyai cita2 utk mencapai suatu kehidupan yg ideal pd masa depan. Kita mungkin mempunyai cita2 mahu mencipta sebuah kehidupan yg ideal bg masyarakat. Cita2 itu mendorong kita mengabdikan diri bg mencapai cita2 itu.
Apabila kita mempunyai skrip komitmen, kita memiliki objektif dan matlamat hidup yg sangat jelas. Kita akan bekerja kuat, tabah dan gigih kerana mahu mencapai cita2 kita. Dalam keadaan dimana kita berhadapan dengan dugaan dan kegagalan, kita bersikap tabah dan tekad, terus berjuang kerana kita yakin segala cabaran dan penderitaan akhirnya dapat kita atasi. Skrip nuclear sgt berbeza drpd skrip komitmen. Ia dipenuhi dengan rasa serbasalah, serba bimbang dan serba tidak yakin berkenaan apa yg sepatutnya jadi matlamat hidup bg mereka yg memiliki skrip ini. Skrip ini melibatkan pelbagai konflik antara mahu dan tidak mahu, antara yakin dengan tidak yakin, antara takut dan berani dan bermacam2 lagi konflik. Selain skrip kehidupan, satu lg factor dalaman yg mempengaruhi kejayaan ialah apa yg disebut sbg ‘dorongan keperluan’. Di dalam diri setiap individu, ada factor dalam dirinya yg mendorong dia melakukan pelbagai perbuatan dan tingkah laku. Faktor itu disebut ‘keperluan’. Sbg manusia biasa, kita melakukan apa yg kita lakukan disebabkan kita hendak memenuhi keperluan2 kita, baik keperluan jasmani, emosi mahupun rohani. Pakar2 psikologi mengatakan keperluan2 yg tidak dipuaskan mendorong manusia bertindak. Istilah lain untuk keperluan ialah motif. Apabila sesuatu keperluan itu ‘bangkit’, maka kita akan berasa “serba tak kena” di dalam batin kita. Sbg contoh, apabila kita berasa sgt inginkan kasih sayang, tetapi kita tidak mempunyai pasangan, maka jiwa dan perasaan kita berasa serba tidak kena. Perasaan itu mendorong kita melakukan sesuatu utk menghilangkan perasaan serba tidak kena itu, sbg contoh kita akan melakukan pelbagai perkara utk menarik minat org supaya jatuh kasih kepada kita. Views: 1340
|