Walaupun hari ini adalah hari pekerja, aku tetap kena bekerja demi tugas untuk negara, bangsa dan agama...heheheh..semangatnya...Nak wat camne nak tak nak terpaksa bekerja. Dah bekerja kt sykt akhbar, mcm nie lah. Kalo tidak x kuarlah surat khabar besok. Apapun, aku akan pergi kerja hari ini dengan semangat sebab dah 2 hari cuti minggu(Cuti minggu aku lain ckit, cuti hari Ahad n Isnin). OKlah..malas nak tulis panjang sbb dah pukul 12.30tgh dah nie, pukul 1 aku kena bertolak ke pejaba., Aku punya ofis hour 2pm-12am, kdg2 smp 2am...
Last word from me, Selamat Hari Pekerja 2007..
Sejarah Hari Pekerja
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cutitahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.