|
Written by Akmal
|
|
Friday, 01 June 2007 |
|
Page 1 of 3
Setiap hari, paling tidak sekali kita pasti akan makan. Bagi yang hendak diet pula, hanya akan makan makanan yang tidak besar kalori, kalsium dan lemaknya kerana takut manjadi gemuk. Tapi sejauh mana pula makanan yang anda makan mampu menbuat anda sihat?.
Dibawah ini diperuntukkan tips bagaimana mendapatkan makanan yang sihat untuk tubuh.
1. Pilih nasi kosong dan makan bersama sayur dan lauk yang kurang lemak.
2. Gunakan hanya sedikit marjerin, mentega, kaya, jem bersama roti bakar, lempeng dan biskut kraker.
3. Makan pelbagai jenis mi dan pasta yang diperbuat dari bijirin.
5. Makan mi yang dicampur dengan banyak sayur dan dimasak dengan sedikit minyak sahaja.
6. Makan buah buahan segar setiap hari.
7. Jika anda mangambil bijirin sebagai sarapan, campurkan buah-buahan seperti pisang, epal, oren dan betik kedalamnya.
8. Amalkan tabiat membawa buah-buahan bila anak-anak ke sekolah atau bila berjalan jauh dan berkelah.
9. Makan buah-buahan segar sewaktu rehat.
10. Pelbagaikan pengambilan protein daripada sumber haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
11. Banyakkan makan ikan.
12. Makan bijirin dan hasilnya untuk mengantikan daging.
13. Makan ayam tanpa kulit dan pilih daging tanpa lemak.
14. Kurangkan makan daging, ayam dan ikan yang dimasak dengan lemak. Cuba ubah cara memasak dengan mengukus, membakar atau panggang.
15. Dapatkan khasiat terbaik dari telur yang sebaiknya direbus.
Views: 1770
|