|
Page 1 of 2 Nak tulis dlm BI?? Huh..malas dah nak menyerabutkan otak aku dgn BI..kali ni tulis dalam BM plak. Cintailah Bahasa kita..Oh Yeahhhh!!!.. Kedatangan bulan Jun pada tahun ini menandakan genaplah setahun website pertama aku merangkap website main2 (Tempat aku testing and error, dan juga tempat aku menuntut ilmu yang baru berkaitan dunia web dan internet) iaitu www.aktechpage.com. Genap setahun nie terpaksalah aku memperbaharui domain(nama URL iaitu www.aktechpage.com) dan juga sewa hosting (10GB). Dulu semasa membeli domain dan hosting AkTechPage.com, aku membeli domain dengan harga RM35 dan hosting sebanyak RM100 dari sebuah syarikat yang mana bagi aku servisnya sangat bagus, jadi jumlahnya ialah RM135. Betullah kata orang yang pakar dalam ilmu IT, jika kita melanggan Streamyx di rumah banyak kelebihan yang kita dapat kalau kita tahu macam mana menggunakannya. Semasa mendapat email daripada syarikat yang aku beli domain dan hosting pakej, aku ingatkan aku hanya perlu membayar RM135 sahaja, tetapi aku terpaksa membayar RM235 plak. Rupa-rupanya semasa aku membeli dari pakej hosting dulu aku telah membuat satu kesilapan yang kecil tetapi patut diberi perhatian besar semasa membeli pakej hosting yang ditawarkan oleh sesuatu syarikat pembekal hosting(Hosting Provider). Lagipun masa itu aku masih lagi naïf perihal pembelian hosting dan domain sebab baru 6 bulan melibatkan diri dalam dunia internet. Sebelum ini aku lebih menumpukan terhadap bidang pembangunan system dan perisian. Selepas lebih 2 tahun melibatkan diri dalam bidang tersebut, tetiba plak rasa bosan jadi tukar bidang plak kepada dunia maya internet. Oppsss melalut plak, kesilapan tersebut ialah aku tidak meneliti saiz Database untuk MySQL.
 Pakej RM100 yang aku beli dulu ini hanya menyediakan saiz database 30MB sahaja, sedangkan selepas setahun saiz database aku dah pun melebihi saiz iaitu 32MB. Nak tak nak terpaksalah aku mengupgradekan hosting aku semata-mata untuk mendapat size database yang xde limit (Lagipun aku malas nak memeningkan kepala untuk mencari hosting yg lain semata2 nak save RM100). Maka 10 Jun 2007 yang lalu, terpaksalah aku bayar RM200 (2.5GB) untuk hosting dan RM35 untuk domain, semua sekali RM235 (huh..nasib baik aku dah dapat bayaran separuh drpd www.hartanahkelantan.com untuk upah membangunkan websitenya…Alhamdulillah). OKlahh…sini dengan pengetahuan aku yang tak seberapa, aku akan memberi sedikit tips-tips apa yang perlu diberi perhatian ketika membeli hosting dan domain dari mana-mana syarikat pembekal, antaranya ialah :- 1.) Disk Space (Web + email) = 1-2 GB (Ok dah…) 2.) Bandwith (Data Transfer) = 30-50GB (traffic..maksudnya dlm 1 masa brape org bole buka website anda..lagi besar lagi bagus) 3.) Domain hosted = 5 (Dlm 1 hosting, brape domain yang boleh dimasukkan, cthnya bleh letak 5 website sekaligus dlm 1 hosting, bergantung pd individu) 4.) Subdomain = selalunya unlimited. 5.) E-Mail Account = unlimited 6.) Control Panel/CP = system pengurusan website (Aku suka guna yang ni, very user friendly). 7.) Max Database Size = Unlimited (Disinilah kesilapan yang aku maksudkan, mesti kena Unlimited) Hmmmm setakat tu je kot yang boleh aku kongsi, lagipun sekarang dah pukul 4 pagi. Huh….ari ni sekali lagi bad day…mmg tensen wooo keje IT Executives kat tmpt keje ni..nak layan user lg, problem plak pelik2 je…mmg luar biasa problemnya smp aku kena wat research dan kaji selidik atas sesuatu problem dulu apekehel jadi camtu…Nasib baiklah dapat Bigg Boss yang ok… Mr.Syamil Fahim…bolelah aku tanya ckit..dan juga sifu2 ICT kt HQ SA…kalo aku sorang sini adehhh…otak wooo…kdg2 aku smp kena marah kt staff lain sbb tak layan dan x dapek nak settle prob diorang. Nak ajar diorang pun diorang mmg buta IT. Opsss sekali lagi aku melalut…luah perasaaan sikit. Oklah setakat nie je..Chowww….. Ps : Jadi orang yang berilmu pun susah, tak jadi orang yang berilmu pun susah…Aiyaaa…
Views: 1511
|