|
Page 1 of 2 Cuti sekolah dah pun abis, adik aku yg belajar kt Kolej Matrikulasi kt Kuala Pilah pun dah balik semula ke kolej pada 24 Ogos yang lalu. Dalam cuti sekolah ni walau tak sempat bawa adik-adik aku gi jejalan..Cuma dapat bawa diorang kuar makan special je 2 kali cukuplah…Bulan Julai dan bulan Ogos ni merupakan musim buah dan musim kahwin. Dan juga orang kata, ini juga adalah petanda permulaan musim iaitu musim puasa, hari raya, saman, ops sikap dan kemalangan…oppsss…
Mula dulu dengan musim buah, musim buah yang paling best ialah pada masa inilah aku dapat makan buah tempatan yang best dan sedap. Antaranya buah yang menjadi kegilaan orang ramai ialah durian (Sedap buat pulut durian), manggis, rambutan (I don’t like it), dokong (My favourite) dan langsat. Masa inilah juga aku dan ayah aku akan kebun untuk melihat kebun dan membersih kebun setelah hampir setahun tidak mengunjunginya. Kebun family dan juga kebun orang yang keluarga aku tolong jaga. Tapi….sejak kerja kat syarikat akhbar ni..aku nak panjat pokok pun dah tak boleh…baru je nak panjat dah ade orang call aku pasal problem kt opis…huh…x leh konsentrate langsung..hampagas btoll..dah tak boleh makan buah atas pokok dah…heheheh…Tapi sekarang dah penghujung musim buah…buah yang sedang hangat sekarang Cuma buah rambutan je. Tunggu plak musim tahun depan.
Ok…masuk plak musim yang best..musim kahwin. Bila je cuti sekolah bermula, maka bermulalah pesta kahwin sana sini di Kelantan. Sepanjang jalan dari Pasir Mas ke Salor pasti ade je bunga mangga menunjukkan majlis kahwin disitu yang kelihatan masa aku nak pergi setiap hari (Aku stat keje kul 2.00 petang). Aku pun kali ni banyaklah jugak dapat undangan majlis kahwin dari member, ade 1 kat Perak, 1 kat Penang, 1 kat Kedah, 2 kat KL dan yang banyak sekali mestilah di Kelate. Errkkk..rasanya x pergi yang luar Kelate tu kot..dekat2 je lah….keringlah aku kalo pergi juga nanti..dahlah tarikh dekat2 je…cukuplah sekadar menghantar hadiah dan ucapan. Kawan-kawan sepejabat aku pun banyak jugak yang kahwin, adelah 3@4 pasang yang bertemu cintanya ditempat kerja dan terus kahwin. Huh…macam tradisi plak..bercinta dan berkahwin rakan sepejabat kat tempat kerja aku ni (Senior yang cakap)… makin kuranglah teruna dan gadis di ofis..tapi kebanyakan bunga-bunga di ofis sini dah menjadi hak milik orang. Cuma menunggu masa sahaja untuk dipetik dan digubah. Aku pun tak sempat nak memiliki 1 bunga tu.. Sape tu???....Sape2 aahh….. Aku??..heheheh still single dan solo. Cukuplah 4 perempuan dalam hidup ku sekarang..ni pun dah tak larat nak layan…tambah 1 lagi..adehhh…migrainlah kepala aku…Tapi, sebagai manusia mestilah nak jugak wanita yang boleh tidur sebantal dan seselimut…oppsss...kalo tidak..ade yang x kenalah tu…Cuma sekarang nak focus pada satu persatu dulu..banyak lagi impian aku yang tak tercapai….tapi setakat ini, alhamdulillah…perkara yang aku berimaginasi (Bukan angan-angan) dulu dah ade yang tercapai sekarang.. Contohnya, menjadi orang yang penting di ofis…Penting ke??!!!..entahlah…terserah pada orang yang melihat cara aku bekerja…Lagipun kalo ade yang tersayang pun, mungkin aku x bole nak bagi komitment, Why?? Because time is killing me…Sekarang ni 24 jam sehari cam tak cukup je. Macam2 aku nak buat dalam 1 hari. Tapi selalunya apa yang aku nak pasti akan dapat (Tak semua), Cuma perlu berusaha, sabar dan tunggu…oklah takde idea dah nak tulis…banyak lg mende nak wat ni…Chow… Ps : Menanti setia pada yang SATU.
Views: 1237
|