|
Page 1 of 3 Setelah hampir 2 tahun menabung lebih kurang dalam RM200 tiap-tiap bulan dari hasil gaji, setelah hampir 4 bulan membuat tempahan untuk mendapatkannya. Akhirnya, tanggal 2 September 2007, dapat juga aku memiliki buah hatiku. Buah hatiku ini fizikalnya agak kecil, hidung agak mancung, memiliki mata yang cantik dan bersinar serta gayanya ringkas dan sempoi. Ehem..ni buah hatiku yang kedua, sekarang dah ada 2 buah hati..heheheh...jangan mare....kan lelaki ada kuota sampai 4. Orang lelaki boleh mempunyai buah hati beribu-ribu lemon....  Simple, cheap n berkotak2
Siapakah buah hatiku itu? Heheheh buah hatiku yang kedua ini ialah kereta pertama yang kubeli dengan duit sendiri (Tak main aaa pakai kereta mak ayah..)..kereta Proton Saga Iswara Aeroback 1.3M Aeroback PST LM (Depan Iswara belakang Saga..tp ramai kata matanya lawa…)..Alhamdulillah, walaupun dengan gaji yang tak seberapa dan tak berpadanan dengan kelayakan akademik(Kerja dgn Syarikat Bumiputera yang kedekut)..dapat juga aku memiliki kereta yang murah n simple ini (Kereta Proton yg plg cikai). Selepas 2 tahun merempit dengan motor Honda, sekarang nak merasa plak memandu kerete sendiri. Huhuhu..dalam 3 minggu ni beribu jugalah abis. Bulan September ni gaji aku mmg abis, nak bayar bil internet, bil ASTRO, dan yang paling hampeh saman speed trap RM300. Kali ke-2 kena saman dalam hidupku. Cobaann…..  Kereta kebal ku... Apapun, bak kata orang, pkai kereta ni memang banyak pakai duit. Bukan mcm pkai motor, perbandingan belanjawan pkai moto dengan kereta ialah 10 kali ganda. Contohnya, minyak motor, buh RM5 dah penuh dah tangki dan bolehlah bertahan selama 3 hari ulang-alik dari rumah ke ofis. Tapi kereta ni plg koman aku kena isi RM50…tu pun belum penuh lagi tangkinya dan bertahan selama 4 hari kot. Untuk sementara waktu ni, aku mungkin akan bawa kereta dan motor ke ofis @ jalan2 bergilir2..Nanti kang merajuk plak motor aku tu kang. Apapun dengan memiliki kereta ini, dapat jugak aku jaga status aku sbg seorang yang bekerja di sebuah syarikat yg berprestij (Ye ke??) dan juga jaga nama baik mak bapak angkat aku. Sekurang2nya saudara mara respeklah jgak kt aku n my family. Serta orang kampung…Takdelah diorang anggap aku ni keje kilang ke..Tp biasanya apabila aku sebut je aku keje kt Sinar Harian, semua orang akan cakap “Keja Wartawan ke??”..kalo mak bapak aku mmg jawab “iyo”. (Sebab diorang maleh nak explain apekebende keje aku). Tapi hampeh juga pkai kereta ni, makan banyak duit wooo...Lagi satu bila bawak kereta, rasa tak bebas ckit tp selesalah drpd bawah motor. Nak parking susah dan kekadang tu kena bayar plak, x macam motor, bebas dan boleh letak kat mana2 yg sesuai serta free, kete plak senang terperangkap dlm jem, kalo motor boleh mencelah2 dan juga bajet masa…cepat ckit smp rumah/ofis. Untuk sementara waktu ini, aku tidak menggunakan kereta terlalu kerap, aku hanya menggunakan kereta apabila memerlukan sahaja iaitu seperti hari hujan, bawak family jejalan dan jugak bawak awek (Dalam proses memikat). Ps : Adakah Gadis Pantai Timur (Selising) merupakan buah hati sebenar pertama ku ???.... Views: 1439
|