Monday, 08 September 2008
Home arrow The News arrow Kelantan arrow ECER - Bakal Merubah Kelantan

AkTech Counter

Unique Visitors: 65005

Welcome to aktechpage.com

Flash News


Panduan Asas Membina Blog Wordpress - Dapatkannya Disini
 
ECER - Bakal Merubah Kelantan PDF Print E-mail
Written by Akmal   
Wednesday, 07 November 2007
Article Index
ECER - Bakal Merubah Kelantan
Page 2

 Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bakal melengkapkan rencana pembangunan bagi mengimbangi seluruh wilayah di Semenanjung selepas pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di Utara dan Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) di Selatan.

ECER
Pelan induk yang dirangka oleh syarikat multinasional negara, Petronas, dilihat sebagai pembasmi kemiskinan dan pemangkin kemajuan bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan kawasan Mersing di Johor.

Tumpuan program ialah mewujudkan jalinan perhubungan dan pengangkutan seperti pembinaan fasa ketiga Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu, fasa empat Lebuh Raya itu yang menghubungkan Kuantan ke Johor Bharu dan jalan raya menghubungkan Temerloh ke Kuala Pilah.

 

Walaupun negeri-negeri dalam ECER meliputi 51 peratus keluasan Semenanjung Malaysia, namun pendapatan purata isi rumah adalah yang paling rendah di Malaysia. Terengganu mencatatkan kemiskinan tertinggi iaitu 15.4 peratus, diikuti Kelantan 10.6 peratus dan Pahang 4.9 peratus.

 

Di bawah pelan induk ECER, sejumlah 561,000 pekerjaan akan diwujudkan menjelang 2020 dengan pelancongan dan pertanian menjadi teras di samping industri petroleum dan gas yang akan dterus dikembangkan oleh Petronas.


Antara 227 projek yang dilaksanakan di bawah ECER, sektor pembangunan yang diyakini dapat mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu ialah penggunaan pintar ke atas rizab Melayu di Pantai Timur, dengan keluasan 40 peratus daripada tanah dalam ECER.

 

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap agar hasil petroleum dan gas didaratkan di negeri itu untuk faedah rakyat di negeri  ini.

 

ECER di Kelantan yang meliputi kawasan hampir 15,000 kilometer persegi akan digerakkan menerusi program agropolitan mega serta pembangunan insan.

 

Pendekatan ECER di Kelantan turut memberi tumpuan mengatasi masalah pengangguran serta memberi lonjakan besar terhadap ekonomi negeri itu yang mempunyai 1.5 juta penduduk yang mana 95 peratus adalah Melayu.

 

Pengerusi Majlis Kemajuan Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, berkata menerusi ECER, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu masalah kemiskinan dan pengangguran di Kelantan diatasi sepenuhnya.

 

"Perdana Menteri menetapkan pembangunan insan, perdagangan serta program pertanian komersial sebagai pendekatan untuk memacu Kelantan, sekali gus membasmi kemiskinan dan pengangguran secara berperingkat.

 

"Saya sendiri sudah memberi taklimat kepada Perdana Menteri mengenai keperluan Kelantan dalam ECER, dan beliau mahu peluang pekerjaan diwujudkan sebanyak mungkin bagi menangani kemiskinan dan pengangguran yang tinggi di negeri ini," katanya.

 

Annuar yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), berkata beliau sudah mencadangkan kepada kerajaan dan Petronas supaya mewujudkan program agropolitan dalam kawasan Kada di Utara Kelantan.

 

"Konsep agropolitan Kada di utara perlu untuk memapankan gerakan membasmi kemiskinan menerusi kaedah dinamik yang menumpukan terhadap tanaman baru, berteraskan konsep bioteknologi dan mesra alam," katanya.

 

Katanya, jika diterima, program berkenaan akan menjadi pelengkap program pembangunan tanah bagi pembasmian kemiskinan di jajahan Gua Musang dan Kuala Krai di bawah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

 

Sebagai permulaan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) pula akan menempatkan kumpulan pertama 217 orang termiskin di kawasan ladang rakyat pada akhir tahun ini.

 

 Menurut Pengerusi Kesedar Datuk Ramzi Abdul Rahman, setiap peserta akan diberi tanah seluas 2.4 hektar untuk tanaman kelapa sawit dan tempat kediaman dan sejumlah tanah 9,910 hektar disediakan untuk golongan miskin supaya tanaman kelapa sawit dapat dimajukan.

 

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Ahli Parlimen Bachok berkata ECER akan  memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dan ia akan dapat dinikmati secara langsung bagi seluruh rakyat Malaysia.

 

Menurut Dr Awang  ECER membolehkan  tumpuan pembinaan infrastruktur besar serta prasarana lain  seperti jalan raya dan sebagainya. Swasta akan memberi tumpuan  terhadap pembangunan industri pelancongan dengan pembinaan pusat pelancongan, pencantikkan kawasan pantai dan pembinaan hotel serta chalet.

 

Beliau yakin, Industri pelacongan, petroleum dan pertanian merupakan industri yang akan diberi perhatian sepenuhnya dalam perancangan pembinaan Koridor itu nanti.

 

Ia bertujuan melibatkan secara langsung rakyat daripada peringkat bawahan supaya dapat menikmati hasil daripada pembinaanya.

 

akyat  Kelantan perlu  melakukan persiapan rapi  kerana ECER merupakan dasar yang cukup penting merangkumi pelbagai aspek pembangunan ekonomi.

 

ECER bakal  membuka ruang dan peluang kepada rakyat dikawasan luar bandar untuk menerokai bidang ekonomi moden sekligus meningkatkan taraf kehidupan mereka.

 

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mustapa Mohamed yang juga ahli Parlimen Jeli sudah pun membayangkan daerah itu muncul sebagai hub pendidikan, pelancongan, perternakan dan pertanian.

 

"Langkah pertama dalam ECER, ialah memperluaskan jalan raya di Jeli yang bernilai RM70 juta yang melibatkan laluan Timur-Barat iaitu, Jeli-Jelawang-Gua Musang. Laluan ini akan menjadi laluan alternatif rakyat untuk ke Kuala Lumpur selain daripada mengikuti jalan Kuala Krai-Gua Musang," katanya.

 

Beliau berkata projek perluasan jalan raya di Jeli akan bermula bulan depan seperti yang telah diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan dengan projek infrastruktur itu, jalan masuk ke Jeli akan menjadi pilihan umum sekaligus menjadikan bandar Jeli sebagai tumpuan pelancong.

 

Beliau berkata dengan kedudukan Jeli yang dekat dengan negara jiran serta pembukaan laluan baru ke Thailand melalui Bukit Bunga di sini, daerah itu bakal menjadi pusat membeli belah yang menarik pelancong tempatan dan asing seperti di Rantau Panjang dan Pangkalan Kubor.

 

Penduduk di Jeli iaitu di Kelantan Tengah terus bernasib baik kerana bakal merasai banyak perubahan menjelang tempoh dua tahun akan datang.

 


Views: 1568

Comments (11)
RSS comments
11. 14-01-2008 06:16
 
levitra drug
paxil prozac site paxil prozac blog. premarin side effects premarin side effects blog. bactrim ds side effects site bactrim ds side effects blog. cheap lamisil cheap lamisil blog. zithromax feline zithromax feline blog. clomid and spotting site clomid and spotting blog. buy adderall online buy adderall online blog. generic provigil generic provigil blog. green klonopin site green klonopin blog. clomid clomid blog. norvasc viagra site norvasc viagra blog. ultram site ultram blog. levitra drug levitra drug blog.
Guest
 

Write Comment
  • Please keep the topic of messages relevant to the subject of the article.
  • Personal verbal attacks will be deleted.
  • Please don't use comments to plug your web site. Such material will be removed.
  • Just ensure to *Refresh* your browser for a new security code to be displayed prior to clicking on the 'Send' button.
  • Keep in mind that the above process only applies if you simply entered the wrong security code.
Name:
E-mail
Homepage
Title:
BBCode:Web AddressEmail AddressBold TextItalic TextUnderlined TextQuoteCodeOpen ListList ItemClose List
Comment:



Code:* Code

Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.2



 
< Prev   Next >

Partners



Locations of visitors to this page



AkTech Pics


Top Management Sinar Harian

Dr kiri, Ketua Wartawan Sinar Kelantan, Manzaidi

CEO Karangkraf

Baju Merah: Team Operasi Malam

Semua Team Sinar Kelantan khusyuk dengar taklimat

Aktech Shoutbox

Latest Message: 2 weeks, 4 days ago
  • [GUEST]maEL : «link»
  • [GUEST]maEL : testing
  • [GUEST]ku_charkz : :zzz
  • [GUEST]ku_charkz : Smile
  • [GUEST]ku_charkz : salam
  • [GUEST]guest_6582 : Smile Smile Smile
  • [GUEST]metallism : En Akmal...sila baca email dari saya.Terima kasih.
  • [GUEST]guest_huhu : cute jgk web ni...
  • [GUEST]guest_huhu : Smile
  • [GUEST]guest_huhu : korang dah mkn geng?????
Sound: