|
Cabaran kerjaya IT?....meh aku nak citer cabaran-cabaran yang dihadapi oleh aku sepanjang aku bekerja sebagai IT Eksekutif di tempat kerja aku sekarang. Aku akan ceritakan sikit kat sini walaupun ada rakan sekerja dan juga bekas rakan sekerja aku yang sentiasa melawat website aku ini dan sentiasa memerhati setiap penulisan aku di sini. (Selalu baca artikel kat website aku tapi hampeh x memberi komen langsung terhadap sesuatu artikel). Manusia ini macam-macam, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Manusia juga mempunyai ego masing-masing dan sentiasa menganggap apa yang dilakukan olehnya adalah yang terbaik baginya. Begitu juga dengan aku sebab aku juga adalah seorang manusia biasa. Aku juga sentiasa percaya apa yang aku lakukan juga adalah yang terbaik untukku dan juga untuk orang lain. (Tapi mestilah ada orang yang tak suka tindakan aku, sedangkan Nabi sendiri pun pernah dibaling batu sampai berdarah, inikan pula manusia biasa macam aku).
Apa yang boleh dikatakan kerjaya aku sekarang ini telah memenuhi beberapa imaginasi aku sebelum ini. Antaranya ialah dapat bekerja dalam satu organisasi yang besar (Dulu organisasi kecik), bekerja dalam 1 pasukan (Bukan kerja sorang2), dapat berkomunikasi dengan semua orang tanpa mengira darjat dengan mesra (Tak memilih kawan yg hanya boleh memberi kepentingan kepada diri sendiri sahaja), dapat menolong orang lain, tidak mempersoalkan tindakan orang lain (Layan je, macamlah kita bagus sgt nak Soal itu ini), menjadi orang yang penting dalam sesuatu organisasi tersebut (Ye ke??? Bolelahh…). Alhamdulillah. Tapi ada juga kerjaya aku ni tidak memenuhi beberapa perkara yang diimaginasikan dulu. Tak boleh bagitau kat sini nanti ada orang akan menggunakan apa yang aku tulis disini untuk menyerang aku (Ore kelate sebut ‘Mapuhh’). Opsss…www.aktechpage.com kan dah glamour sekarang ibarat Majalah PlayBoy di pasaran Indonesia (Perasan sikit…), mesti ramai yang baca artikel ini nanti. Kerjaya aku ni boleh dikatakan tiada pengkhususan khas dalam bidang IT. Kena serba boleh, selalunya ialah menyelesaikan apa jua masalah yang berkaitan dengan IT di Kelantan dan Terengganu walaupun masalah IT itu kadang2 hanyalah nak delete file dalam thumbdrive je (Disinilah aku belajar tidak mempersoalkan segala tindakan orang lain, sbb sesetengah orang mmg langsung xde basic IT). Contohlah, kalau IT pengkhususan dalam PrePress, kerjanya hanyalah memastikan yang plate-plate boleh dikeluarkan setiap hari tanpa ada sebarang masalah. Itu je, kerja dengan mesin je. Kalo kerja tambahan pula, kira stok inventori plate, buat rekod. Kerjanya xde kaitan dengan kerja orang lain. (Yang penting kerja aku siap, kerja orang lain pergi mampuslah) Salah satu kerja aku, line telefon/faks yang bermasalah. Jikalau aku tidak dapat selesaikan masalah ini dalam kadar cepat, akan menjejaskan kerja-kerja orang lain. Order x bole wat lah, nak hantar cek susahlah, nak cakap dengan agen tak dapatlah. (Disinilah aku belajar erti bekerja dalam 1 organisai yang kadangkala penuh dengan politik)…nasib baik Mesin Faks dah x masuk dalam tugasan aku skrg. Cuma aku akan tolong dalam hal ehwal faks mengfaks ni jika diperlukan. Pengalaman lalu mengajar aku… Akan bersambung ……… Ps : Sekarang di gelar “Selfish” pulak……hohohohoho… ……susah bercakap dengan orang pandai cakap dan hebat (Lps ni kena panggil si dia abg dah …selalu kena tegur dan dinasihati setiap tindakan aku)….. Ps2 : Ini website aku…segala artikel di sini yang aku masukkan adalah kerja sukarela aku tanpa dapat upah (Dapat pahala je). Lantak aku lah website ni kosong ke xde makna ke, dah xde tutorial ke….kalo nak ade content yg bermakna…wat website sendirilah…. BAGHAL!!!  Views: 820
Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.2 |