Pada petang semalam ketika aku tengah sibuk bekerja di pejabat. Aku telah disapa oleh kawan aku yakni senior satu kolej kediaman aku semasa aku belajar di UPM dulu melalui Yahoo Mesengger (YM). Beliau memohon bantuan kewangan disebabkan oleh kesempitan wang yang amat sangat disebabkan oleh kerugian membuat pelaburan dalam jumlah yang besar. Antara pelaburan tersebut adalah pelaburan internet yang popular satu ketika dahulu. Dibawah ini dialog antara aku dan senior aku melalui YM petang semalam. Ujey: Assalamualaikum…… Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Saya tak tahu nak bermula dari mana, cuma apa yang boleh saya katakana adalah saya, seorang hamba yang sangat kesempitan wang ringgit. Hal ini bermula beberapa tahun yang lalu apabila saya membuat pinjaman peribadi untuk melabur di bskl dengan niat untuk membalas jasa kedua ibu bapa dan membela nasib keluarga apabila pelaburan saya berjaya. Pada dasarnya pelaburan saya untuk beberapa tahun mengalami sedikit kerugian namun dengan nasihat kawan saya dikatakan boleh bertahan. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila pelaburan saya lenyap (RM50,000) dan dalam masa yang sama saya telah bermain kontra dengan syarikat security yang membuatkan hutang saya meningkat dari masa ke semasa. Memburukkan lagi keadaan
Ujey: Memburukkan lagi keadaan saya juga telah tertipu dengan pelaburan internet yang popular di Negara ini pada masa itu. Apa yang menyedihkan adalah perkara ini berlaku sebaik sahaja saya selesai melangsungkan pertunangan. keadaan ini bertambah parah selepas perkahwinan saya (2007) tidak lama selepas itu yang hampir2 saya batalkan, namun atas nama keluarga kedua belah pihak saya teruskan juga. Saya dalam keadaan yang sangat tertekan sehingakan beberapa kali tergerak/cuba untuk membunuh diri, namum memikirkan isteri dah keluarga saya masih boleh bertahan. Namun fikiran saya dari sehari ke sehari semakin buntu, tak tidur malam, jantung berdegup kencang sentiasa sehingakan saya lebih banyak bercakap sendirian. Apa yang penting bagi saya sekarang adalah isteri saya,,, setiap hari saya menangis Ujey: saya menangis di waktu malam apabila menatap wajah isteri saya. Betapa bersalahnya perasaan saya…dan pada masa saya menulis rayuan ini pun saya berlinangan air mata…. Saya turut melakukan kerja sambilan, solat hajat untuk ketenangan dan perlepasan dari masalah ini. “Ya Allah” bebaskanlah hamba ini dari kesempitan hidup dan bebanan hutang. Amin….. Ujey: Saya memohon jasa baik sesiapa sahaja yang bemurah hati dan sudi menderma mahupun memberi sedekah wang ringgit atau Doa kepada saya untuk membantu saya keluar dari tekanan ini. Saya secara jujurnya tidak dapat membalas jasa tuan/puan, dan Semoga ALLAH yang akan membalasnya. Dan saya berharap tuan/puan dapat menghantar (emailkan) pada kawan-kawan saudara saudari. Terima Kasih Ujey: SAYA BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA MENGETAHUI BAHAWA APA YANG TELAH SAYA CERITAKAN DI ATAS ADALAH BENAR. MAKA SEKIRANYA SAYA BERBOHONG SEMOGA ALLAH MELAKHNATI SAYA DUNIA DAN AKHIRAT. Akaun Saya 162143091215 ( A. Maybank Isteri) Norhayati Mohd Akaun saya mungkin akan dibekukan bank dalam masa terdekat Ujey: tolong forwadkan atau siarkan dalam web tuan... tolong Ujey: aku berani bersumpah dengan nama Allah bahawa kisah ini adalah benar dann sedang berlaku... TQ akmal Nice Guy: insya allah Nice Guy: nanti saya akan siarkan Nice Guy: skrg ni tinggal kt mane? Ujey: tolong la kawan... edarkan juga pada kengkawan atau emailkan... semoga usaha kita diberkati Allah Nice Guy: ok... Nice Guy: aku akan publish dlm website esok Ujey: ok Tq Nice Guy: nanti tlg komen kt artikel tu nanti Nice Guy: so nant insya allah ramai akan membantu Ujey: boleh bro no prob Ujey: itu yang aku harafkan... kalau boleh ko panjangkanlah usaha ini...sebarkan pada member dan suruh mereka sebarkan gak... Ujey: marilah kita membantu sesama islam Ujey: sekali sekala klik la website aku. TQ Ujey: aku tak nampak pun adsense kat web ko... Ujey: macam mana ko letak Ujey: dah dapat check terbaru ke BUZZ!!! Nice Guy: 2 kali dh dpt cek Nice Guy: skrg ni nak cek ke-3 Nice Guy: aku x letak kt website personal ctu Nice Guy: aku letak kt blooger.com Ujey: macam mana ko buat aku tak nampak pun adsense dalam web ko Nice Guy: blog yg lain' Nice Guy: letak kt blog lain Ujey has signed out. (12/24/2007 6:16 PM) Terserah kepada pelawat aktechpage.com untuk mempercayai kisah ini dan membantu beliau untuk mengatasi masalah kewangannya. Beliau menggunakan nama tuhan yang Maha Agung merayu bantuan daripada kita semua. Jika ingin membantu beliau silalah BankIn di nombor akaun yang tertera diatas atau melalui AdSense silalah ke laman peribadi beliau iaitu : http://www.ujeyspace.com Akhir kata, saya harap Saudara Ujey dapat menghadapi cabaran ini dengan Tabah dan Cekal. Disebalik musibah ini pasti ada hikmah disebaliknya.
ps : Iktibar daripada kisah senior aku ni, janganlah sekali-kali kita membuat pelaburan yang besar untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Cukuplah untung dalam jumlah yang sederhana tetapi konsisten. Selain itu pelaburan sememangnya sesuatu yang berisiko tinggi. Cuba-cubalah belajar perniagaan internet yang sebenar. Views: 845
Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.2 |