Sunday, 07 September 2008
Home arrow The News arrow Kelantan arrow Universiti Kelantan Dibina Di Bachok

AkTech Counter

Unique Visitors: 64934

Welcome to aktechpage.com

Flash News

 

Hati seorang yang bodoh terletak di mulutnya, tetapi mulut seorang yang bijak terletak di hatinya.

 



 
Universiti Kelantan Dibina Di Bachok PDF Print E-mail
Saturday, 05 August 2006
Article Index
Universiti Kelantan Dibina Di Bachok
Page 2
Page 3

KUALA LUMPUR 19 Julai ; Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan untuk memilih Bachok sebagai lokasi pembinaan kampus utama universiti awam Kelantan manakala Jeli pula sebagai lokasi kampus cawangannya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sebagai permulaan, kumpulan pelajar pertama yang akan diambil bermula sesi pengajian Julai 2007/2008, ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

"Sebanyak 500 pelajar kumpulan pertama akan ditempatkan di sana sementara menunggu kedua-dua kampus universiti itu siap" katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, nama bagi universiti itu masih belum ditetapkan dan beberapa nama sedang dipertimbangkan oleh pihak kementerian.

Dalam pada itu, katanya, KPT telah menubuhkan sebuah jawatankuasa carian bagi mencari calon-calon sesuai untuk menyandang jawatan Naib Canselor universiti berkenaan.

Diumumkan

Mustapa memberitahu, nama Naib Canselor universiti itu dijangka diumumkan September depan bersama tenaga penggerak lain agar segala persiapan dapat dibuat dengan rapi.

Universiti itu kelak, katanya, berteraskan kekuatan perniagaan, keusahawanan, industri kecil dan sederhana, nilai-nilai Islam dan kemahiran bahasa asing.

Ujarnya, program yang bakal ditawarkan akan diperinci oleh pakar-pakar akademik sebelum ditawarkan kepada pelajar.

"Butir-butir terperinci program dan kursus ditawarkan akan dimuktamadkan oleh Naib Canselor" katanya.

Penubuhan universiti awam di Kelantan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Mac lalu dan mendapat kelulusan Kabinet.


Views: 1755

Comments (21)
RSS comments


 
< Prev

Partners



Locations of visitors to this page



AkTech Pics


Top Management Sinar Harian

Dr kiri, Ketua Wartawan Sinar Kelantan, Manzaidi

CEO Karangkraf

Baju Merah: Team Operasi Malam

Semua Team Sinar Kelantan khusyuk dengar taklimat

Aktech Shoutbox

Latest Message: 2 weeks, 3 days ago
  • [GUEST]maEL : «link»
  • [GUEST]maEL : testing
  • [GUEST]ku_charkz : :zzz
  • [GUEST]ku_charkz : Smile
  • [GUEST]ku_charkz : salam
  • [GUEST]guest_6582 : Smile Smile Smile
  • [GUEST]metallism : En Akmal...sila baca email dari saya.Terima kasih.
  • [GUEST]guest_huhu : cute jgk web ni...
  • [GUEST]guest_huhu : Smile
  • [GUEST]guest_huhu : korang dah mkn geng?????
Sound: