|
Written by Akmal
|
|
Monday, 28 January 2008 |
Cabaran seterusnya dalam kerjaya IT aku skrg ni ialah tugasan IT aku terlalu umum. Yakni takde pengkhususan mana2 sokongan jabatan. Menjadi sokongan untuk semua jabatan di Kelantan & Terengganu Kalo petugas IT di ibu pejabat di Shah Alam terbahagi kepada beberapa jabatan seperti sumber manusia, ade sorang petugas IT khusus dalam sokongan kepada jabatan sumber manusia, kalo dalam jabatan Sinar Harian, ade petugas IT dalam jabatan tu, kalo dalam hal ehwal PDA, seorang petugas IT menguruskannya. Aku kat sini hampir semua kena jaga, dahlah 2 negeri…Adeehhh….mula2 tu aku rasa kecik je tugasan aku ni..lama2 baru tau betapa susahnya nak jaga tambah2 bole dapat bos pompuan yang buta IT sgt2 dan cerewet….sakit palo….tapi aku anggap ini semua sebagai cabaran. Mana tahu 1 hari nanti dgn tugasan2 ini dapat membantu aku dalam mengembangkan kerjaya yg lebih gemilang....hohoho..ameeennn.. Kalo PrePress kan best….memastikan plate dikuarkan je…keje 4 jam drpd 10 jam masa kerja, lps tu standby je…layan movie/ASTRO lepas abis semua kuar plate.
Cabaran seterusnya ialah “explore”, yakni perlu update knowledge dalam ilmu IT atau troubleshoot problem sendiri berdasarkani rujukan di Internet. Ini sangat2 penting bagi seorang IT Exec agar kredibilitinya dalam tugasan ini terjamin. Ini kerana ilmu IT adalah tersangat luas dan teknologinya sentiasa berkembang setiap masa. Sebab itu Windows OS ada beberapa versi, dari versi Windows 1.0 pada November 1985 hinggalah Windows Vista yg dipasarkan pada Januari 2007. Dari situ terdapat lebih kurang 20 versi Windows. Hampir setiap tahun OS Windows di upgrade untuk menyesuaikan dengan teknologi semasa. Oleh itu, bagi seorang yang bekerja dalam bidang ini. Nak tak nak perlu sentiasa update knowledge ilmu IT. Tapi yg x bestnye aku terpaksa belajar sendiri2 dan tak perlu menghadiri kursus. Aiyakkk….kalo dapat kursus 3 kali setahun pun dah ok. Tapi yang ni pun kemungkinan aku terpaksa urus sendiri. Hmmmm……xpe..cabaran….
Cabaran seterusnya ialah suasana kerja di tempat kerja aku skrg penuh dengan politik…Tambah2 aku xde geng yang seangkatan..aku terpaksa jadi rakan sekerja yang boleh jadi sekutu. Huyoo…macam nak gi perang je…heheheh…biasak aaa…Orang ni rambut sama hitan, tp hati lain2…ni yg bahaya ni…lagipun aku juga perlu menjaga kedudukan dalam organisasi agar rezeki aku terjamin dan kedudukan karier aku selesa buat masa sekarang. Lagipun aku ni keje dalam bahagian sokongan, jadi perlu bercampur gaul dengan semua orang. Bukan PrePress, duduk je sorang2 dalam bilik PrePress, tak perlu bercampur gaul dengan rakan-rakan sekerja yg lain. Janji kerja aku siap n setel. Nanti gaji aku naik lg. Ohh Yeahhh…. .Lagipun kerja di tempat kerja aku skrg ni, bole dikatakan kronisme teramat kuat terutama di kalangan sanak saudara. Jadi buat masa sekarang, bagi aku yg jadi kuli dan takde kaitan darah dgn org2 besar kt sykt ni. Aku hanya buat keje aku sebaik mungkin dan buat yg mana terbaik sebab di sinilah punca utama rezeki aku. Biarpun gaji tidak sama dengan kelayakan yang ada. Insya Allah mungkin ada hikmah disebalik ini.
Ps : Maka tamatlah kisah Cabaran Kerjaya IT….walauapapun…Aku amat bersyukur kerana dapat bekerja di tempat aku dibesarkan, Kelantan…Kerja di sini tenang dan dekat dengan keluarga angkat yg amat kusayangi….teramat selesa…Alhamdulillah… bersyukur dengan apa yg ada. 
Views: 628
Powered by AkoComment Tweaked Special Edition v.1.4.2 |