Saturday, 11 October 2008
Home arrow My Blog arrow Aktechpage Blog arrow Kursus Team Building @ Genting View Resort

AkTech Counter

Unique Visitors: 69298

Welcome to aktechpage.com

Flash News

Para hafiz menghafaz 6666 ayat Al-Quran dengan memantangkan diri dari makan makanan yang telah dilalui semut, semut itu sendiri dan juga kepala ikan. Mereka membiasakan diri makan kismis, buah badam, air Zamzam dan juga buah kurma.

 

 
Kursus Team Building @ Genting View Resort PDF Print E-mail
Written by Akmal   
Tuesday, 20 May 2008
Article Index
Kursus Team Building @ Genting View Resort
Page 2
Page 3



Peserta Kursus Team Buiding Session

Pada 9-11 Mei 2008, buat pertama kalinya aku telah menghadiri kursus yg dianjurkan oleh syarikat tempat aku bekerja iaitu Kursus Team Building Session di Genting View Resort, dekat2 dgn Genting Higlands. Sejuklah jugak(Pagi dengan malam je). Aku merupakan peserta terakhir yg dipanggil menyertai kursus tersebut. Kira Adhoc juga lah, hari rabu dapat call drpd big boss IT tanya nak pergi ke tak kursus, dalam beberapa saat fikir2 ingatkan mesti ada pergi naik atas Genting Highlands terus kata pergi je lahh (Tp x pergi)…lagipun aku nak kenal dengan staff2 IT yg lain yg mana aku berurusan dengan mereka melalui communicator (Lebih dikenali toyol di tmpt aku bekerja) sahaja. Ye lah, aku sinikan kerja sorang2 je, nak kata terer IT sangat xdelah….tp buat2 terer je…lebih happy keje kalo ade rakan sekerja @ team. Bole sharing, keje sorang n pandai sorang2 pun x best gak. Nantikan digelar kera sumbang plak. Tp lagi best keje di kelate. Heheheheh…..sbb akulah boss, aku jugaklah kuli.
Aku dpt call petang Rabu, Boss ajak nak pergi ke tak, aku pun kata ok je. Besok khamis tu cari tiket bas nak gerak malam tu jgak ke Shah Alam. Ni lah kali pertama aku naik bas turun kt Seksyen 17, Shah Alam. Sampai je kt Shah Alam, tgg boss datang ambik. Adelah dekat 1 jam, smpi kul 6.30 pg. Lepak2 jap, betulkan urat sendi duduk lama dlm bas. Lagipun lama jugaklah x naik bas ekspres ni. Adelah dekat 1 tahun. Boss ambik aku dlm kul 7.30 pg terus ke ofis syarikat di Seksyen 15 naik bas utk ke tempat kursus plak. Sampai je kt bas, 2 org je yg aku kenal kt situ selain boss aku, En. Rohaiman dan Yana (Rakan sekerja aku kt ofis Pengkalan Chepa dulu). Aisehhhhman…..cam kera sumbanglah plak aku rasa, semua muka2 asing je bg aku. Masa naik bas tu, tetiba ade sorang pompuan tegur aku, “Awak ni Akmal kan?”, aku pun selamba je jawablah ye….rupa2nya yg tegur aku tu adalah Secretary kpd Timbalan Pengarah Urusan, kakak kpd member aku yg keje di bahagian mesin di Kelantan. Sebelah dia tu x silap aku staff HR yg aku selalu emailkan kepadanya bila je ade staff baru.


Aku naik bas tu adelah dalam tu 7 org lelaki yg semua aku x kenal, xde sorang pun org IT. Lpas tu baru kenal, salah seorangnya adalah Pengurus Sumber Manusia dan seorang lg IT bahagian MAC. Naik je bas, terus aku tido sekali lg. Sedar2 je dh pun sampai kt tempat kursus. Maka bermula lah kursus pertama aku dimana aku sorang je wakil staff dr Kelantan. Sampai je baru aku dapat kenal beberapa IT staff kt situ yg juga baru sampai dengan menaiki kereta (Pagi tu diorang terpaksa wat maintenance dulu). Budak2 IT kt sana peramah jugak cuma aku je yg pendiam sbb xde modal nak sembang n wat lawak sbb x kenal lg hati budi diorang. Kenal melalui alam maya je atau telefon. Tp bila je bebudak IT ni masuk dalam kursus, mmg meriah dgn gelagat diorang ni. Di gelar budak2 nakal kt ofis Shah Alam, hubungan mereka pun rapat. Ade macam2 ragam, ade yg mulut bising, suka wat riuh rendah, mat selamba, mat macho, mat siviks, macam2. Apepun penglibatan bebudak IT dept telah menceriakan suasana kursus tersebut. Kalo aku bekerjasama dengan mereka ni, mungkin aku pun jadi budak nakal jugak. Heheheh…


Kursus aku hadiri ini adalah kursus yg mempelajari teknik mengenali diri sendiri dan mengenali orang lain melalui sikap mereka dan menyesuaikan sifat2 peribadi kita di tempat kerja. Kira macam belajar psikologi lah. Belajar kenali diri sendiri, sifat org lain dan cuba membangunkan kemahiran2 yg diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan tugasan yang diamanahkan, dan juga etika bagaimana bekerja dgn staff2 yg lain yg pelbagai sifat peribadi. Rakan sekerja kan macam2 perangai, ade yg jenis sensitive, ade yg jenis mulut kepoh, ade yg suka bekerja sorang2, ade yg x bergaul dgn orang lain dan macam2 lagi. Lebih kurang gitulah content utama kursus yg aku hadiri. Disamping itu ada juga aktiviti2 yg menyeronokkan selain drpd dengar ceramah. Best jugak game2 yg kitorang main especially yg paling best main game dlm kolam (Petang n Malam). Huhuhu…sejukkkk…..Makan pun best2 gak..6 kali sehari makan. Kalo lunch/dinner tu selain dr menu utama, makanan sampinan siap ada sup, buah-buahan, puding dan salad bersama mayonis, makanan mmg sangat2 sedap….Sepanjang kursus ini, aku x banyak sangat bercakap, lebih banyak mendengar sebab aku hanya tau bercakap perkara yg berkaitan dengan kerja aku, tentang kelantan dan operasi di kelantan je. Ye lah kan, satu2nya wakil staff dr Kelantan. Tp aku cuba sedaya upaya untuk bergaul dgn diorang ni semua walaupun cuma 2 hari je baru mengenali semua peserta yg semuanya staff dr Shah Alam.


Last sekali, lepas aje abis kursus petang Ahad, 11 Mei 2008. Ambik gambar beramai2 dan buat pertama kali nya aku menjejakkan kaki di ibu pejabat syarikat di Shah Alam. Kira wat lawatan x rasmi lahh.. Boss aku dengan junior staff aku tunjuk kan aku sekitar ibu pejabat, kawasan dept IT dan kilang. Boss aku tunjuk ckit je sbb dia nak balik tgk anak2nya…heheheh…Aku pun lepaklah dalam pejabat tu, pergi kat Bahagian Akhbar dan jumpa beberapa staff yg pernah bekerja bersama di Kelantan, dan juga beberapa staff baru yg x pernah ku kenali. Kuar makan sekali dengan bebudak grafik dan juga sub editor. Sembang macam2. Lps tu aku lepak kt ofis kt sana sambil tgk diorang ni keje. Abis je ops editorial lebih kurang kul 12mlm. Aku telah dibawa oleh junior staff melawat bilik server, kilang mesin, bilik prepress dan lain-lain. Kul 2 pg br balik ke rumah sewa. Pagi esok, 12 Mei 2008, Aku gerak balik ke Kelantan naik bas ekspress pada pukul 8.30 pg. Aisehhh…dalam bas otw balik pun terima macam2 telefon tentang masalah IT di Kelantan. Kacau betol aku nak tido. Besok tu aku kena trip ke Terengganu plak. Dekat 1 minggu x duduk dalam pejabat.


Bergambar sebelum main air dalam kolam



Bebudak IT Dept lepak di Banglo Resort



IT Dept Karangkraf (Tak cukup sorang)



Ps : Dalam bulan Mei 2008, ade 3 trip outstation aku termasuk 1 annual dinner syarikat di Kuala Lumpur pada 24 Mei 2008. Best jugak travel2 ni.


Views: 1554

Comments (21)
RSS comments


 
< Prev   Next >

Partners



Locations of visitors to this page



AkTech Pics


Top Management Sinar Harian

Dr kiri, Ketua Wartawan Sinar Kelantan, Manzaidi

CEO Karangkraf

Baju Merah: Team Operasi Malam

Semua Team Sinar Kelantan khusyuk dengar taklimat

Aktech Shoutbox

Latest Message: 2 weeks, 1 day ago
  • [GUEST]aleshay : «link» too
  • [GUEST]aleshay : «link» says hi
  • [GUEST]Akmal : Hi putricahaya, tq for visited my website... grin
  • [GUEST]putricahaya : woit
  • [GUEST]putricahaya : hi there...
  • [GUEST]maEL : «link»
  • [GUEST]maEL : testing
  • [GUEST]ku_charkz : :zzz
  • [GUEST]ku_charkz : Smile
  • [GUEST]ku_charkz : salam
Sound: