Sunday, 07 September 2008
Home arrow The News arrow Kelantan arrow Lata Rek Umpama Pantai Memutih

AkTech Counter

Unique Visitors: 64934

Welcome to aktechpage.com

Flash News

Tidak selamanya kebahagiaan itu datang, kerana kadang-kadang sinar matahari ditutup oleh awan yang tebal, kesedihan yang di bawa ketawa, ibarat panas mengandung hujan.

 


 
Lata Rek Umpama Pantai Memutih PDF Print E-mail
Written by Noraizura Ahmad   
Saturday, 07 June 2008
Article Index
Lata Rek Umpama Pantai Memutih
Page 2



Sebaik memijak kaki di kawasan Hutan Lipur Lata Rek yang terletak di Kuala Krai sudah tentu ada yang menyangka ia sebuah pantai kerana penuh dengan pasir memutih saujana mata memandang di sekeliling air terjun itu.

Kawasan air terjun yang luas dan mempunyai pemandangan yang begitu menyenangkan itu, pastinya dapat menarik pengunjung untuk berkelah dan mencari sumber inspirasi di sana.

Daerah Kuala Krai mempunyai banyak air terjun yang menarik dan salah satunya menjadi perhatian ramai ialah Lata Rek. Ini berkemungkinan dengan pemandangan dan tempat mandinya seperti pulau. Setiap pengunjung boleh menyeberangi satu tempat ke satu tempat tanpa perlu mandi kerana ada sesetengah tempatnya tidak mempunyai air yang tinggi.

Arus airnya yang deras pasti menjadi kesukaan kepada mereka yang gemarkan cabaran kerana perlu berenang, namun keseronokan tidak harus tenggelam begitu saja, ciri keselamatan perlu diambil kira oleh mereka yang gemar bermandi-manda di sini.


Beralih pada pemandangan atas Lata Rek, ia sangat menarik dan sudah tentu suasana begitu sesuai kepada pencinta seni, misalnya pelukis. Peluang ke sini menjanjikan pemandangan yang unik dan cantik untuk dilakar insan seni di atas kanvas.

Sementara itu, bagi mereka yang berlama-lamaan atau bercadang bermalam dengan khemah dan sebagainya, tidak perlu risau kerana kemudahan di hutan seperti tandas awam, surau dan gerai makan tersedia, terletak tiga kilometer dari simpang masuk ke Lata Rek.

Selain itu, kawasan ini juga ini mempunyai tempat berteduh daripada naungan rimbunan pepohon hijau semula jadi, iaitu pokok-pokok yang berada di sekeliling.

Ia sungguh nyaman dan menenangkan bagi mereka yang mahu melepaskan tekanan setelah bekerja seharian. Pilih saja destinasi kesukaan seperti Lata Rek ini. Ia terletak lebih kurang 32 kilometer dari bandar Kuala Krai dan 98 kilometer dari Kota Bharu.

Walaupun mengambil masa yang lama untuk sampai ke Lata Rek, tetapi ia pasti berbaloi apabila sampai di sana kerana deruan dan sejuk jernih air terjun Lata Rek ini sangat sesuai kepada mereka yang mahu berehat bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berkelah.

Pengunjung pasti tidak pulang dengan kehampaan, malah menyimpan angan-angan untuk bertandang lagi di Lata


Suasana yang sejuk dan nyaman....best...



berwuduk jap....




Views: 745

Comments (11)
RSS comments
1. 03-07-2008 01:07
 
Terima kasih
Terima kasih kepada admin aktechpage kerana memuat naik page lata rek.Terima kasih juga kerana sudi melawat kampung kami yang terkenal dengan air terjun yang nyaman dan tenang.Untuk maklumat lanjut dan gambar serta video terbaru mengenai lata rek, layari http://www.latarek.com 
 
Latarek.com 
Metallism.com
Guest
 
2. 03-07-2008 01:15
 
Komen ckit.....Betul ke tu?
Sejak bila lak kampung kami digelar hutan lipur?Lata rek hanya diwartakan sebagai air terjun sahaja.Idea yang bagus tu kalau nak tukar nama air terjun tu ke hutan lipur,tapi kena wat banyak perubahan lagi kot.Jangan marah...gurau jer...Saya dilahirkan dan dibesarkan di Lata Rek.Rumah saya ngan air terjun lebih kurang 1km sahaja.Bila malam menjelang kedengaran air yang jatuh dari batu(air terjun) dari rumah saya.TQ. 
 
From Latarek.com admin 
http://www.latarek.com 
http://www.metallism.com
Guest
 
3. 07-07-2008 18:45
 
Sama2 kasih
Terkejut saya admin LataRek.com komen di website saya, rupa2nya lata rek mempunyai website tersendiri...tp kenapa saya x boleh view LataRek.com & metallism.com??
Guest
 
Akmal
4. 12-07-2008 13:26
 
Reply:Sama2 kasih
Akmal..terima kasih skali lg krn sudi melawat kg kebanggan kami dan sudi melawat website latarek.com dan metallism.com .Sy sdh check error yg dihadapi oleh akmal.Sy rs ms 2 mgkin server down.Mgkin server sdg diupdate.Apa - apapun cb skali lg akmal yer..Utk paparan terbaik sila guna IE 6 ke atas.Sesetengh page juga perlukn adobe flash player.Dowload scra prcuma di website adobe.com.Utk pengtahuan akmal,website ni(aktechpage) telah diletakkan dlm latarek.com.TQ.
Guest
 


 
Next >

Partners



Locations of visitors to this page



AkTech Pics


Top Management Sinar Harian

Dr kiri, Ketua Wartawan Sinar Kelantan, Manzaidi

CEO Karangkraf

Baju Merah: Team Operasi Malam

Semua Team Sinar Kelantan khusyuk dengar taklimat

Aktech Shoutbox

Latest Message: 2 weeks, 3 days ago
  • [GUEST]maEL : «link»
  • [GUEST]maEL : testing
  • [GUEST]ku_charkz : :zzz
  • [GUEST]ku_charkz : Smile
  • [GUEST]ku_charkz : salam
  • [GUEST]guest_6582 : Smile Smile Smile
  • [GUEST]metallism : En Akmal...sila baca email dari saya.Terima kasih.
  • [GUEST]guest_huhu : cute jgk web ni...
  • [GUEST]guest_huhu : Smile
  • [GUEST]guest_huhu : korang dah mkn geng?????
Sound: