Friday, 29 August 2008
Home arrow ICT News arrow Internet arrow Internet Malaysia -- Diwujud akhir 2006 elak penggantungan Singapura, AS

AkTech Counter

Unique Visitors: 64301

Welcome to aktechpage.com

Flash News

Para hafiz menghafaz 6666 ayat Al-Quran dengan memantangkan diri dari makan makanan yang telah dilalui semut, semut itu sendiri dan juga kepala ikan. Mereka membiasakan diri makan kismis, buah badam, air Zamzam dan juga buah kurma.

 

 
Internet Malaysia -- Diwujud akhir 2006 elak penggantungan Singapura, AS PDF Print E-mail
Written by Norila Daud   
Wednesday, 27 September 2006
Article Index
Internet Malaysia -- Diwujud akhir 2006 elak penggantungan Singapura, AS
Page 2

KUALA LUMPUR 25 Sept. – Malaysia, yang bergantung kepada Singapura dan Amerika Syarikat (AS) untuk mengakses Internet, akan mewujudkan ibu sawatnya sendiri selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Selama ini, tidak banyak rakyat Malaysia yang menyedari Internet yang mereka layari setiap hari perlu dilencongkan ke negara itu terlebih dahulu, sebelum maklumat yang diingini diperoleh. Ia termasuklah laman web yang berasal dari Malaysia sendiri.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik berkata, dengan adanya infrastruktur tempatan itu, ia akan dapat memperbaiki sistem perhubungan dan juga menjimatkan pertukaran wang asing.

“Apa yang berlaku sekarang tidak begitu efisien dan membebankan pengguna kerana perlu membayar perkhidmatan itu dengan harga yang tinggi.

“Saya akan pastikan Ibu Sawat Internet Malaysia (MIX) ditubuhkan akhir tahun ini dan menjadikan semua trafik sebagai tempatan,’’ kata Keng Yaik pada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan TravelFon di sini hari ini.

Menurut para analisis, trafik Internet di Malaysia kebanyakannya melalui host servers di Singapura kerana ia mempunyai keupayaan kabel telekomunikasi antarabangsa yang lebih besar dan dikendalikan dengan kos yang lebih murah.

‘‘Kita kehilangan banyak pertukaran wang asing dengan melencongkan panggilan kita dan sambungan Internet,’’ katanya.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan dua pertemuan dengan pembekal perkhidmatan Internet, operator telefon sedia ada serta pemilik gentian optik untuk menerangkan tentang usaha penubuhan MIX.

“Siapa yang memiliki MIX tidak penting, mungkin konsortium tetapi ia perlulah bebas dan semua pihak dikenakan harga dan mendapat akses yang sama,’’ jelasnya.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan kos untuk mewujudkan ibu sawat Internet tempatan itu.

Beliau berkata, perkhidmatan itu, besar kemungkinan akan dikendalikan tanpa berkonsepkan keuntungan.

Keng Yaik berkata, apabila MIX diwujudkan, beliau akan pastikan semua trafik Internet tempatan menjadi hak tempatan dan berharap dapat menarik syarikat kabel antarabangsa untuk melabur di Malaysia.

Seterusnya, kata beliau, adalah diharapkan negara-negara jiran seperti Thailand, Singapura dan Indonesia akan menggunakan perkhidmatan ibu sawat Internet di Malaysia.

Sementara itu, Keng Yaik dalam ucapannya mengalu-alu usaha REDtone International Bhd. (REDtone) yang menawarkan perkhidmatan perayauan telefon yang lebih murah.

Katanya, perkhidmatan yang dinamakan TravelFon itu merupakan yang pertama seumpamanya di dunia.

Katanya, dengan teknologi baru yang diperkenalkan oleh REDtone, perkhidmatan perayauan akan menjadi perkhidmatan tempatan terlebih dahulu sebelum ke peringkat antarabangsa dan cara ini akan menjimatkan wang.

Source : http://www.utusan.com.my/ 


Views: 983

Comments (11)
RSS comments


 
< Prev   Next >

Partners



Locations of visitors to this page



AkTech Pics


Top Management Sinar Harian

Dr kiri, Ketua Wartawan Sinar Kelantan, Manzaidi

CEO Karangkraf

Baju Merah: Team Operasi Malam

Semua Team Sinar Kelantan khusyuk dengar taklimat

Aktech Shoutbox

Latest Message: 1 week ago
  • [GUEST]maEL : «link»
  • [GUEST]maEL : testing
  • [GUEST]ku_charkz : :zzz
  • [GUEST]ku_charkz : Smile
  • [GUEST]ku_charkz : salam
  • [GUEST]guest_6582 : Smile Smile Smile
  • [GUEST]metallism : En Akmal...sila baca email dari saya.Terima kasih.
  • [GUEST]guest_huhu : cute jgk web ni...
  • [GUEST]guest_huhu : Smile
  • [GUEST]guest_huhu : korang dah mkn geng?????
Sound: