Friday, 29 August 2008
Home arrow The News arrow Infotainment arrow Rahsia Terpendam Dalam Ilmu Fengshui

AkTech Counter

Unique Visitors: 64301

Welcome to aktechpage.com

Flash News

Tidak selamanya kebahagiaan itu datang, kerana kadang-kadang sinar matahari ditutup oleh awan yang tebal, kesedihan yang di bawa ketawa, ibarat panas mengandung hujan.

 


 
Rahsia Terpendam Dalam Ilmu Fengshui PDF Print E-mail
Written by Akmal   
Monday, 16 October 2006
Article Index
Rahsia Terpendam Dalam Ilmu Fengshui
Page 2
Page 3

Di Negeri China lebih 6500 tahun lalu manusia telah menggunakan alam sebagai sumber untuk menjana kehidupan yang lebih sempurna. Manusia pada zaman itu telah mengkaji struktur bumi dan alam semesta untuk mendapatkan sumber yang sebaik-baik mungkin. Perkataan fengshui (sumber kehidupan dan tenaga alam) itu adalah berkaitan dengan kejadian alam semulajadi dan kehidupan manusia harian. FENG (tenaga angin) yang dimaksudkan angin dan SHUI (tenaga air) itu yang dimaksudkan air. Jika diringkaskan ia boleh di sebut sebagai ILMU ALAM atau ILMU KAJI BUMI.

Manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di mukabumi ini memerlukan udara dan air iaitu fengshui. Termasuklah udara suhu panas suhu sejuk, logam dan tumbuh-tumbuhan. Ia itu MU, HUO, THU, CIN dan SHUI. 5 perkara. MU bermakna pokok dan tumbuh-tumbuhan, HUO suhu panas, THU tanah atau bumi, CIN logam dan SHUI bermakna air suhu berunsur sejuk.

Pada zaman dahulu kedudukan fengshui adalah diletakkan di martabat yang paling tinggi sekali di kalangan masyarakat China kerana ia hanya dimonopoli oleh hulubalang-hulubalang dan Maharaja sahaja, hanya mereka sahaja yang boleh memilikinya seterusnya jika rakyat biasa yang tahu akan ilmu fengshui akan dihukum bunuh kerana dikhuatiri melawan tuan.......

[Click Read More to read full this article] 

Sebab itulah pada zaman dahulu pengajian fengshui oleh rakyat biasa amat dirahsiakan. Menyebabkan ilmu ini kurang tersebar luas seterusnya dianggap misteri dan mistik.


Kenapakah ilmu fengshui itu hanya dimiliki oleh pemerintah sahaja seperti Maharaja dan hulubalang? Sebenarnya ilmu fengshui ini boleh memberi seseorang maharaja itu lebih berkuasa dan menang dalam stategi jika mereka pandai menggunakannya. Sudah tentu juga mereka ini bijak kerana setelah dapat ilmu ini mereka rahsiakan supaya mereka ini tiada pesaing dalam mendapatkan stategi untuk berkuasa dan mendapat kekayaan sumber bumi hingga ke anak cucu meraka.


Pada zaman ini pula sebahagian daripada kaum Cina di negara kita telah mencari kawasan yang boleh mendatangkan Fengshui Kemakmuran sebagai senjata mereka untuk sukses dalam Perniagaan dan bidang Keusahawanan mahupun di bidang yang lain-lain lagi.


Didalam buku YIJING (buku kisah kehidupan dan kejadian alam dan pentadbiran) iaitu kitab pertama tamadun China, fengshui terbahagi kepada dua perkara pokok falsafah Yin dan Yang, iaitu bermaksud sesuatu benda kejadian ada pasangannya seperti siang berpasangan dengan malam sejuk berpasangan dengan panas, jantan berpasangan dengan betina. Itulah permulaan asal konsep mereka mengkaji ILMU ALAM DAN KEJADIAN YIN & YANG sehingga ke hari ini.


Dalam sejarah tamadun China dalam buku Yijing menyebut kejadian alam ini adalah dari debu dan asap berlaku letupan yang amat dasyat maka terjadinya alam galaksi serta bumi dan kehidupan yang berpasang-pasangan.


Menurut ilmu kosmologi Islam, alam semesta berasal dari asap (dukhan). Ini dijelaskan oleh firman Alah s.w.t. yang bermaksud:


“Kemudian Dia (Allah) menuju kepada penciptaan langit, dan langit ketika itu masih merupakan asap….”.
(Surah Fussilat: 11)


Ayat di atas menjelaskan bahawa asap atau yang menyerupai gas-gas telah dijadikan terlebih dahulu sebagai musabab penciptaan langit dan bumi. Penjelasan proses seterusnya sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


“Dan apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu pada mulanya bersatu, kemudian Kami (Allah) pisahkan antara kedua-duanya. Dan dari air Kami jadikan sesuatu yang hidup mengapakah mereka tidak mahu beriman….”.
(Surah al- Anbiya: 30)


Dalam Buku Yijing menyentuh kejadian alam ada berkaitan dengan asap dan air seperti firman Allah di atas, jika kita kaji dan selidik makna fengshui itu menunjukkan Feng itu adalah angin atau asap tebal dan Shui itu adalah Air dalam bahasa Cina. Di dalam buku Yijing Bagua menceritakan Yaochi (Alam asap sebelum kejadian bumi dan langit) kejadian alam seperti firman Allah di atas.


Terdapat catatan sejarah di dalam buku YIJING ada seorang pendita pada lebih 6500 tahun lalu diceritakan beliau terjumpa seekor mahluk yang timbul ke permukaan tasik (Zhangbaishan) berbentuk seperti seekor badak air di mana badan badak air itu berbintik-bintik berbentuk rajah, di situlah mulanya PAKUA (8 diagram) yang pertama diambil dan digunakan.


Angka Rajah PAKUA yang berbintik putih dan hitam berasal dari lakaran rajah Hothu (Badak Air) atau sekarang ini digelar Bintang Terbang (Sembilan Bintang Terbang) dalam pengamal Fengshui seperti berikut:


4 9 2
3 5 7
8 1 6


Mereka percaya bahawa rajah pakua yang terpaku di badan raksaksa badak air itu memberi lambang kepada kehidupan alam yang berkaitan dengan bumi ini. Kerana dipercayaai raksaksa itu hidup jutaan tahun kerana dapat kuasa keseimbangan dari alam semesta. Hari ini ia digelar Hothu dalam bahasa Mandarin adalah sebenarnya yang membawa maksud rajah badak air.

Pendita tersebut menggunakan lakaran 8 diagram iaitu PAKUA atau Hothu untuk pengiraan dan pengajian kepada pentadbiran masyarakat pertanian seperti bercucuk tanam, menyusun struktur masyarakat dan juga untuk pentadbiran serta menyusun atur kehidupan harian masyarakat pertanian pada masa itu.

Dari mulanya pengajian ini berkembang selain daripada mereka mengkaji untuk struktur tanah pertanian, ia juga dikajian untuk memajukan bidang perubatan, struktur rumah, struktur Istana, struktur perkuburan dan struktur Alam Persekitaran dan berpecah kepada pelbagai ilmu landskap yang dikaji melalui Hothu, melalui Hothu mereka dapat pecahan 5 unsur ia itu api, air,kayu, logam dan tanah untuk memenuhi keperluan mereka dan keseimbangan dalam mengendalikan urusan. Dari situlah mereka mencipta dan meringkaskan maksud melalui angka-angka seperti di dalam rajah Hothu..

Seterusnya mereka juga mengkaji kewujudan cakrawala semesta alam yang dianugrahkan Allah, mereka juga mengkaji kelahiran, kehidupan kewujudan yang mungkin berlaku atau tidak mungkin berlaku pada seorang manusia dari ia lahir hingga ia menghadapi kematian.

Beribu-ribu testimonial atau contoh yang dicatit sejak lebih 4700 tahun lalu mereka telah mula mencatit sebarang kejadian.

Dalam firman Allah kepada bilangan tahun dan masa seperti di bawah:

“Dialah Allah yang telah menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan telah menetapkan manzilah-manzilah baginya, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan pengiraan masa…”
(Surah Yunus: 5)

Pada zaman dahulu mereka menakluki sesuatu kerajaan juga menggunakan kajian PAKUA secara saintifik, sebelum berperang mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli PAKUA fengshui untuk menarik atau mendapatkan kuasa alam berpihak kepada kemenangan mereka, tidak mustahil kewujudan institusi-institusi pengkaji fengshui berlaku pada zaman itu.

Tidak kurang juga pada hari ini kaum Cina atau dikenali sebagai orang Han pada zaman dahulu menggunakan kaedah Fengshui untuk meletakkan lokasi perniagaan mereka, rumah mereka, atau memilih bidang-bidang industri yang sesuai untuk mereka.

Mereka memilih yang terbaik untuk mereka sama ada kebaikan itu untuk individu mahupun kebaikan itu untuk keluarga besar mereka.

Pengamatan saya setelah mempelajari ilmu Fengshui, satu pendekatan yang baik yang boleh saya kongsisama ialah cara mereka melihat kedudukan rumah atau kawasan tempat perniagaan.

Kerana ini berkait rapat dengan usahawan yang ingin menggunakan kaedah pengiraan Fengshui semasa memilih lokasi perniagaan.

Mereka mementingkan lokasi dan persekitaran yang boleh memberi rangsangan dan keselesaan kepada perniagaan mereka dan pelanggan-pelanggan mereka.

Kedudukan rumah mengambil kira kepada struktur luar rumah dan perisian dalam rumah. Kerana dari situ mereka boleh mendapatkan titik perpuluhan keseimbangan yang diperlukan.

Suasana luar rumah dikaji mengikut struktur luaran yang boleh dikaitkan dengan perjalanan angin; air, tanah, api, kayu dan logam. Mereka mencari perbandingan titik pertemuan antara lokasi, permukaan depan rumah, graviti dan fizik lokasi di situ, dan di sebelah dalam rumah pula dikaitkan dengan cara perisian ruang di dalam rumah. contohnya beberapa ciri penting di rumah adalah kedudukan pintu keluar masuk utama, kedudukan dapur, kedudukan bilik tidur, kedudukan bilik air, kedudukan ruang tamu, kedudukan tempat belajar anak-anak.

Mereka mencari fizik dan graviti serta cahaya yang baik untuk susunan tersebut bagi keselesaan Ci iaitu titik perpuluhan yang baik kepada penghuni di dalam rumah itu.

Sudah tentu jika pandai menyusun-atur kedudukan rumah dengan baik keluarga yang menghuni di dalam rumah tersebut dipercayaai akan lebih ceria lebih sihat dan lebih normal dari segi fikiran, kesihatan anggota badan, kesihatan mental, emosi dan sebagainya.

Mereka mengumpulkan testimonial sejak berzaman lamanya, dan mereka juga mengumpulkan maklumat dari masa ke masa sebagai bahan tambahan.
Sekurang-kurangnya mereka lebih suka sekali jika dapat bantuan daripada penggunaan ilmu fengshui oleh master yang diumpamakan lebih baik ada daripada tak ada untuk rumah atau tempat perniagaan mereka.

Kerana kalau mendapat khidmat nasihat pakar Fengshui yang baik maka mereka sanggup bayaran yang mahal yang dikenakan, kerana setiap pakar fengshui biasanya ada menyimpan testimonial yang boleh dirujuk, ada contoh-contoh yang lepas untuk mereka rujuk. Ada sesetengah mereka mencatit dengan teliti dari ketutunan mereka yang ada mempelajari ilmu Fengshui.

Semua maklumat fengshui kebanyakannya tersimpan di dalam buku-buku Fengshui yang telah tercatit sejak berzaman untuk dikaji dan dipelajari oleh mereka yang ingin mendalami ilmu itu.

Source : www.megasutra.com 


Views: 1820

Comments (21)
RSS comments


 
< Prev   Next >

Partners



Locations of visitors to this page



AkTech Pics


Top Management Sinar Harian

Dr kiri, Ketua Wartawan Sinar Kelantan, Manzaidi

CEO Karangkraf

Baju Merah: Team Operasi Malam

Semua Team Sinar Kelantan khusyuk dengar taklimat

Aktech Shoutbox

Latest Message: 1 week ago
  • [GUEST]maEL : «link»
  • [GUEST]maEL : testing
  • [GUEST]ku_charkz : :zzz
  • [GUEST]ku_charkz : Smile
  • [GUEST]ku_charkz : salam
  • [GUEST]guest_6582 : Smile Smile Smile
  • [GUEST]metallism : En Akmal...sila baca email dari saya.Terima kasih.
  • [GUEST]guest_huhu : cute jgk web ni...
  • [GUEST]guest_huhu : Smile
  • [GUEST]guest_huhu : korang dah mkn geng?????
Sound: