Saturday, 11 October 2008
Home arrow The News arrow Kelantan arrow Peranan Anak Perantau Kelantan

AkTech Counter

Unique Visitors: 69296

Welcome to aktechpage.com

Flash News

Para hafiz menghafaz 6666 ayat Al-Quran dengan memantangkan diri dari makan makanan yang telah dilalui semut, semut itu sendiri dan juga kepala ikan. Mereka membiasakan diri makan kismis, buah badam, air Zamzam dan juga buah kurma.

 

 
Peranan Anak Perantau Kelantan PDF Print E-mail
Written by Akmal   
Tuesday, 31 October 2006
Article Index
Peranan Anak Perantau Kelantan
Page 2
Page 3

Peranan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan adalah amat besar sehingga boleh mengubah senario politik negeri Kelantan sekiranya mereka pulang ke Kelantan dalam menunaikan tangungjawab sebagai pengundi.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Nik Mohd Amar Abdullah yang juga mewakili Menteri Besar Kelantan berkata, anak-anak Kelantan yang berada di perantauan khususnya di sekitar Lembah Kelang seharusnya pulang ke Kelantan untuk mengundi dalam pilihanraya umum yang akan datang.

“Kerajaan Negeri berharap, anak-anak Kelantan di perantauan boleh memainkan peranan yang sewajarnya untuk membantu negeri Kelantan supaya tampuk pemerintahan negeri dipegang oleh mereka yang meletakkan agama sebagai dasar pemerintahan” tegas Nik Mohd Amar......

[Click Read More ... to read full article] 

"Kita berharap mereka tahu kepentingan sebagai pengundi terutama kewajipanya dalam konteks hukum syarak. Kita juga boleh menyediakan pengangkutan dan pelbagai kemudahan yang perlu untuk membawa mereka pulang ke Kelantan untuk mengundi ” katanya lagi

Beliau berkata demikian semasa majlis dialog Exco Kerajaan Kelantan bersama Anak Kelantan Perantauan di Kelab Century Paradise Taman Melawati di sini yang dianjurkan oleh www.perakan.net semalam.

Majlis dialog yang disiarkan secara langsung melalui Kelantan TV itu turut diikuti oleh warga Kelantan seluruh pelusok dunia termasuk dari Timur Tengah, USA, Itali dan Australia.

Sementara itu beliau berkata Kerajaan negeri Kelantan tidak akan mempergunakan mahasiswa dan tidak akan mengheret mahasiswa dalam kancah politik dalam usaha meraih sokongan sebagaimana yang dilakukan parti lain kerana pihak kerajaan negeri mempunyai pelbagai agenda dan perancangan dalam usaha mengukuhkan kerajaan negeri tanpa penglibatan mahasiswa.

“Mahasiswa adalah golongan terpelajar yang boleh membuat pilihan sendiri berdasarkan intelektual yang dimiliki bagaimana memainkan peranan mereka dalam arus politik Negara” kata Nik Mohd Amar.

Majlis dialog tersebut turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Takiyudin Hassan; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan,  Abdul Fattah Mahmood, Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus, Presiden Penaja Persatuan Anak Kelantan Perantauan; Che Arifin Mahmood dan beberapa pegawai kerajaan negeri.

ps : Beberapa website khas untuk anak perantau kelantan yg boleh anda join yang terbaru ialah www.perakan.net dan Kelantan tv 


Views: 1334

Comments (21)
RSS comments


 
< Prev   Next >

Partners



Locations of visitors to this page



AkTech Pics


Top Management Sinar Harian

Dr kiri, Ketua Wartawan Sinar Kelantan, Manzaidi

CEO Karangkraf

Baju Merah: Team Operasi Malam

Semua Team Sinar Kelantan khusyuk dengar taklimat

Aktech Shoutbox

Latest Message: 2 weeks, 1 day ago
  • [GUEST]aleshay : «link» too
  • [GUEST]aleshay : «link» says hi
  • [GUEST]Akmal : Hi putricahaya, tq for visited my website... grin
  • [GUEST]putricahaya : woit
  • [GUEST]putricahaya : hi there...
  • [GUEST]maEL : «link»
  • [GUEST]maEL : testing
  • [GUEST]ku_charkz : :zzz
  • [GUEST]ku_charkz : Smile
  • [GUEST]ku_charkz : salam
Sound: