Jun
10th

Demam ‘World Cup’ Sudah Bermula (Waka Waka)

Files under Isu Semasa | Posted by Akmal

Besok, 11 Jun 2010 maka bermulalah demam yang hanya berlaku 4 tahun sekali sehaja dan demam ini hanya melanda peminat bola sepak seluruh dunia selama sebulan sahaja iaitu Demam Bola Piala Dunia Bola Sepak 2010 ataupun lebih dikenali Word Cup dengan perlawanan pembukaan membabitkan Afrika Selatan lawan Mexico. Piala Dunia kali ini seperti sudah semua sedia maklum akan di adakan di Afrika Selatan yang bermula dari 11 Jun 2010 hinggalah perlawanan akhir pada 11 Julai 2010. Cukup-cukup 1 bulan tu demam bola ni :P . Aku ni nak kata gila bola x de lah sangat, sebab aku ni x pandai sangat main bola. Aku hanya tengok bola pada waktu yg betul-betul aku xde aktiviti langsung ataupun special matches macam Final Champion League, Final Match, World Cup dan juga EPL match yang membabitkan team favourite aku Arsenal FC.

Aku rasa semua blogger personal di Malaysia ini sudah atau akan membuat post entry sekurang-kurangnya 1 post mengenai Piala Dunia yang sedang hangat sekarang dalam tempoh musim Piala Dunia ni, confirm mesti adalah :) . Jadi keyword terhangat bulan Jun/Julai 2010 ini semestinyalah World Cup. Daripada pengamatan aku, dah ada beberapa blogger yang telah pun membuat post mengenai Piala Dunia ni, jadi aku pun kena lah buat juga sebab ikut keadaan semasa kan. Antaranya ialah seperti :

Macam-macam lah tajuk post entry diorang ni….

Team Favourite aku kali ini mengikut keutamaan dari segi kriteria aku sendiri ialah :

1. Sepanyol (sebab ada Fabregas, Fernando Torres, Xavi & David Villa)
2. France (sebab ada Thierry Henry, Frank Ribery & Karim Benzema)
3. Korea Selatan/Jepun (Semangat Asia punya)

Jadi, apakah team favourite kawan2 blogger ku sekalian pada Piala Dunia 2010 kali ini?? :D

ps: Kali ni layan World Cup kat restoran atau kedai mamak je di hujung minggu, kt rumah sewa xde TV apatah lg ASTRO. Tp lg beshh tgk kt kedai makan, tgk ramai2 mcm kt stadium.

Related posts:

  1. Menuju Kemuncak Demam World Cup 2010 Lagi 3 perlawanan lagi yang tinggal dalam World Cup ini, 2 perlawanan separuh akhir dan 1 perlawanan akhir. Sememangnya Demam...
  2. Kemuncak Demam World Cup 2010 (The Final) Akhirnya demam World Cup 2010 akan berakhir di awal pagi Isnin esok, bagi yang bekerja pada hari Isnin, bersiap sedialah...
  3. World Clock Time Zone Anda ada kawan di Mesir? Jordan? London? Ingin chatting dengannya melalui YM/MSN/Skype.  Semestinya anda ingin tahu waktu bilakah anda boleh...


35 Responses to “Demam ‘World Cup’ Sudah Bermula (Waka Waka)”

  1. By aizuddin on Jun 10, 2010 | Reply

    thanks bro sudi share link ;)
    aizuddin´s last [type] ..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 Waktu Siaran Rtm

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @aizuddin,

    Sama2..

    [Reply]

  2. By zam on Jun 10, 2010 | Reply

    favourite aku .Chile… heheh bese le..sokong ciput nyer team…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zam,

    errr….Chile ada ke???

    [Reply]

  3. By lazaac on Jun 10, 2010 | Reply

    lazaac pilih Korea Utara… ada dalam senarai tak..? :)
    lazaac´s last [type] ..Aku, Google! & Piala Dunia 2010

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @lazaac,

    Korea Utara ada….team yg paling misteri dan team yg paling last ranking antara team2 yg layak ke World Cup kali ni.

    [Reply]

    lazaac Reply:

    @Akmal, mcm mana tak misteri bro… negara ni entah wujud entah tidak pun dalam peta dunia masih jadi tanda tanya… kihkihkih…
    lazaac´s last [type] ..MyTeamz.tk –> MyTeamz.org

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @lazaac,

    Wujudlah kat peta dunia, cuma lebih suka “lone ranger” dan terasing.. :P

    [Reply]

  4. By sangilapi on Jun 10, 2010 | Reply

    harap-harap ada pasukan benua afrika dapat masuk final nanti :)
    sangilapi´s last [type] ..sepi itu berlalu

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Agak2 team Afrika mana yek?? :P

    [Reply]

  5. By azizan4444 on Jun 10, 2010 | Reply

    yeay! 1st sekali kite 1 geng bro..arsenal..hahha
    wc kli ni aku sokong frace.team pilihan setiap kali wc..hehehe

    benzema ad ke?bkn ke die x terpilih?hoho

    ps:thnks share link bro.hehe
    azizan4444´s last [type] ..Sehijau Warna Daun (destinasi cuti sekolah)

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @azizan4444,

    Oh, ye ke…Yeahhh… Arsenal FC forever
    Benzema, entah la..aku pun x tau…
    Aku selalunya tgk result je bola2 ni :P

    [Reply]

  6. By balqis on Jun 10, 2010 | Reply

    first2, ingtkan WC tu toilet. rupe2nye world cup. adeh =P

    apekah mksud waka-waka tu?
    p/s: TQ for sharing the link :)
    balqis´s last [type] ..apa yang kau bagi, itulah yang kau dapat.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @balqis,

    Aikk…nape kaitkan WC dgn toilet?? ada persamaan ke perkataan WC tu dgn toilet..

    Waka Waka tu maksudnya..cuba baca kt sini==> http://www.e-forwards.com/2010/05/zamina-mina-zangalewa-translation-meaning-and-lyrics/

    tp waka waka chorus kedengaran spt World Cup World Cup

    [Reply]

    balqis Reply:

    @Akmal,

    ha’ah, org putih panggil totilet tu wc. tapi search td, wc tu byk je shortform dia. world cup salah satunya.

    ho, tp lebih suka lagu wavin’ flag~ :)
    balqis´s last [type] ..apa yang kau bagi, itulah yang kau dapat.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @balqis,

    Oooo mcm itu yek…dah dengar lagu waving flag…yg chorusnya “ooohhh ooohhh oohhhh” tu kan

    X berapa suka lah…suka dgr lagu waka waka ni lg…video klip pun menarik jgak :)

    [Reply]

    sangilapi Reply:

    @Akmal,

    sebelah indonesia pun toilet disebut wc[sebutannya "weyseh"]
    sangilapi´s last [type] ..cerita tetamu itu

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    oooo gitu yek…

    [Reply]

  7. By mancai on Jun 10, 2010 | Reply

    aku pun dah terasa demamnya ni… bola oh bola…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,

    Hahahah… musim bola katakan…

    Fav team bro gapo??

    [Reply]

  8. By Jmay on Jun 10, 2010 | Reply

    Aku rsa mcm nk demam gak nih..tp xtau la demam bole ke per.. :D
    Jmay´s last [type] ..Mengapa pentingnya pendapatan pasif

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Jmay,

    Jangan demam H1N1 sudah… :P

    [Reply]

  9. By mijie on Jun 11, 2010 | Reply

    england pilihan ku
    mijie´s last [type] ..Surat cinta untuk mu sayang

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mijie,

    Tu dia, bro mijie pilih England rupanya..
    Buatlah 1 post pasal World Cup kt blog demo :)

    [Reply]

    mijie Reply:

    @Akmal, malas la, heheeh
    mijie´s last [type] ..Surat cinta untuk mu sayang

    [Reply]

  10. By syahrilhafiz on Jun 13, 2010 | Reply

    tunggu game brazil..hehe
    syahrilhafiz´s last [type] ..Jalan Jalan Cari Pasal

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @syahrilhafiz,

    Bila game Brazil??

    [Reply]

  11. By nazra on Jun 14, 2010 | Reply

    1. gelak skrg pn dh bertukar jd waka waka waka :P

    2. yeah dasar pandang ke timur dgn memilih korea selatan n jepun :D

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @nazra,

    1. Uikss mana ada lain la..kalo gelak wakaka…. yg tu gelak utk kaka Brazil… :P

    1. Yeahh.. sokong dasar pandang ke Timur…

    [Reply]

  12. By nazra on Jun 14, 2010 | Reply

    eh lupa lak nk taip. sori anda takleh nk komen kt blog naz. sblm ni buat anonymus tp ramai yg merepek2. tu yg buat google acc tu. tp len lak jdnya. takpa2. mungkin sekarang dh bleh komen. sila la tinggal kn jejak :D

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @nazra,

    Ooo mcm tu yek, ke ramai yg mengorat Cik Nazra…hehehe
    Insya Allah, senang2 nnt saya tinggalkan jejak…
    Cik Nazra pun selalu2 lah lawat blog saya yang kecik ini :)

    [Reply]

  13. By zik on Jun 23, 2010 | Reply

    wah bro terima kasih..patutla dapat pingback…huhu… italy masih ada harapan untuk menang…hehe
    zik´s last [type] ..Jersey untuk dijual

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Skrg, Italy sudah out… :(

    [Reply]

  1. 2 Trackback(s)

  2. Jul 6, 2010: Menuju Kemuncak Demam World Cup 2010 | aktechpage.com
  3. Jul 11, 2010: Kemuncak Demam World 2010 (The Final) | aktechpage.com

Post a Comment

CommentLuv badge