Aug
3rd

Direktori Bloggers Kelantan: blogkelate.blogspot.com

Files under Internet, Kelantan | Posted by Akmal

blogkelate.blogspot.com merupakan satu direktori bloggers kelantan. Apa itu direktori? Ok…dalam dunia internet direktori berasal daripada perkataan bahasa Inggeris directory (yang semua dah tau, saje2 je nak bagitau jugak :P ). Direktori ini membawa maksud dari segi internet ialah tempat berkumpulnya sesuatu perkara di satu tempat, selalunya alamat URL laman web atau blog.  Direktori bloggers kelantan ialah dimana berkumpulnya kesemua bloggers kelantan meletakkan link URL blog masing-masing laman blogkelate.blogspot.com. Syaratnya ialah blog tersebut adalah kepunyaan orang kelantan dan juga bekerja di kelantan (Seperti yang termaktub dalam polisi blog kelantan).

Apakah tujuannya adanya direktori bloggers kelantan ini? Tujuan utamanya adalah untuk membolehkan setiap ahli bloggers dapat mengenali satu sama lain dan dapat melihat post-post terkini daripada blogger kelantan yang lain di Direktori ini.  Terdapat beribu-ribu blogger Kelantan berkumpul di direktori ini dan terdiri daripada pelbagai jenis blog, antaranya ialah politik, diari peribadi, internet, teknologi maklumat, sukan, komuniti portal dan lain-lain lagi. Nampaknya orang-orang Kelantan juga tidak ketinggalan dalam dunia internet dimana segala maklumat dan informasi yang disebarkan dengan pantas sekali.

Dengan adanya direktori bloggers Kelantan, para bloggers Kelantan dapat berkongsi kemahiran dan teknik-teknik terkini dalam bidang blogging semasa yang sudah menjadi trends hari ini. Ini kerana jika kena pada tempat dan masa sesuai, minat blogging ini boleh dijadikan salah satu side income bagi peminat bloggers. Tapi bukan senang membuat duit daripada internet kerana banyak kemahiran dan teknik marketing yang perlu di pelajari. Tetapi bukan perkara mustahil kerana dalam dunia ini dan juga di Malaysiakhusunya  sudah ada yang melakukan blogging sebagai kerjaya profesional dan pendapatan utama. Salah satunya ialah blog Rohaizad. com (aku sudah melalut daaa :P ). Tak percaya?? cuba tanya tuan punya blog ni.

ps: Tetapi kebanyakan dalam direktori ini, hampir 70% adalah blog politik…aku x berapa suka blog politik kerana politik ni mcm pi mai pi mai tang tu. Semuanya putar belit.

Related posts:

  1. MyeBuzz.net: From Blogger to Bloggers Satu lagi direktori blogger buatan Malaysia iaitu MyeBuzz.net: from Bloggers for Bloggers. MyEbuzz.net adalah salah satu direktori yang dikenali sebagai...
  2. www.ebanjir.kelantan.gov.my: Portal Online Info Semasa Banjir di Kelantan Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, apatah lagi dalam beberapa hari lagi Hari Raya Korban...
  3. A'ptus Net, Broadband untuk org Kelantan!!! Pada 26 Mac yang lalu, satu lagi kebanggaan rakyat kelantan apabila Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz...
  4. Kelantan 4 Penang 1 Semalam, buat kali ke-2 dalam hidup aku masuk ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV tengok bola Liga Super Kelantan lawan...
  5. Gambar: Peminat Bola Sepak Kelantan Merusuh Salam, sudah agak lama aku tidak update blog ini sejak masuk bulan April 2009. Ini disebabkan aku terpaksa ke Kuala...


2 Responses to “Direktori Bloggers Kelantan: blogkelate.blogspot.com”

  1. By fathuri on Aug 20, 2009 | Reply

    Assalamulaikum Akmal. Dari blog baloot terus singgah di sini.

    Wah! bestnya blog ini. padat dengan IT info.

    harap kita boleh jadi kawan

    Salam perkenalan dari saya & selamat menyambut ramadhan (lusa)

    Oh ya, bilamana ada kelapangan jemput singgah blog saya ye, tentu ada idea bangaimana RM10 jadi RM100. Kongsikan dengan kami ok..

    Salam ceria dari saya

    singgah ye..

    Assalamualaikum

    [Reply]

  2. By Akmal on Aug 23, 2009 | Reply

    Makacihh bro fathuri…
    bole je.. saya suka berkawan…

    Salam perkenalan untuk awk juga…

    Insya allah saya singgah…

    Mgkn kite bole exchange link blog ke…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge