
Apabila kita bercakap-cakap dan berbual-bual kita sebenarnya berkongsi pengalaman kita dengan individu-individu lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri. Apabila kita bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, kita mencipta makna antara satu sama lain.
Aktiviti bercakap-cakap dan berbual mempunyai banyak fungsi, antara fungsi-fungsinya ialah :
- Menjalin hubungan dengan manusia-manusia lain.
Manusia ialah “makhluk” berkelompok, iaitu mereka tidak boleh hidup bersendirian. Manusia memerlukan manusia-manusia lain. - Memberi rangsangan.
Manusia memerlukan manusia-manusia lain untuk diajak bercakap-cakap dan berbual-bual kerana manusia memerlukan rangsangan. Manusia memerlukan beberapa jenis rangsangan :a) Rangsangan fizikal
seperti sentuhan dan belaian. Aktiviti bercakap dan berbual biasanya mendahului ataupun mengiringinya aktiviti sentuh menyentuh antara manusia.b) Rangsangan emosi
supaya mereka dapat mengalami perasaan seronok, suka, gembira, bahagia, dan puas. Manusia memerlukan kasih sayang drpd manusia lain. Rangsangan emosi boleh diberikan dengan menggunakan kemahiran bercakap dan berbual dengan menggunakan kata-kata secara positif.c) Rangsangan mental
untuk aktiviti otaknya. Dengan cara bercakap dan berbual manusia mendapat rangsangan untuk berfikir dan bertukar fikiran.d) Melalui bercakap
manusia boleh memberi dorongan, perangsang, nasihat dan idea kepada manusia lain. - Fungsi ketiga ialah memenuhi keperluan estim diri
Manusia adalah haiwan yg sangat memerlukan kemulian dan penghargaan daripada manusia lain. Melalui aktiviti bercakap dan berbual dengan manusia lain mereka boleh berasa bahawa diri mereka diperlukan, dihargai, disanjung, dan penting kepada orang lain. - Perkongsian
manusia suka dan bahagia apabila nasib mereka baik dan sedih apabila nasib mereka buruk. Apabila mereka mendapat nikmat, manusia perlu menambahkan lagi rasa kenikmatan yang dialaminya, dan mereka perlu mengurangkan rasa kesengsaraan yang menimpa mereka.
ps : Bercakap apabila diperlukan sahaja….AP lebih suka kurang bercakap bukannya sombong dan x suka bercakap ttg keburukan orang lain(kadang2 terlepas jugak kalo dah overlimit…:P)









By Kidney Expert on Apr 27, 2011 | Reply
Dengan bercakap juga akan dapat meningkatkan kemahiran bersosial kita.Tapi biarlah bercakap kepada perkara-perkara yang perlu dan memberikan faedah sahaja.
Kidney Expert´s last [type] ..10 Langkah Untuk Elakkan Penyakit Buah Pinggang
[Reply]
Akmal Reply:
April 27th, 2011 at 11:05 pm
@Kidney Expert,
Yup, betul tu…aku ni pun bukan reti sgt bersosial… jenis suka menyendiri jee
[Reply]
dnoBiz Reply:
April 28th, 2011 at 8:26 pm
@Akmal, ya la tu cik Akmal oi…
tapi kalau kau dah mula bercakap banyak idea yang keluar
dnoBiz´s last [type] ..Adab Begurau – Batas-batas bergurau
[Reply]
Akmal Reply:
April 29th, 2011 at 2:06 pm
@dnoBiz,
Heheheheh, Byk bercakap dgn org yg kita rapat & percayai shj
[Reply]
By catzer on Apr 27, 2011 | Reply
erm..aku dikategorikan anti sosial gak..tp bile jumpa geng yg ngam berckp tak berenti..hahah
catzer´s last [type] ..Akupun Blogger Gak!
[Reply]
Akmal Reply:
April 27th, 2011 at 11:08 pm
@catzer,
Sama la kite… 1 jenis…
[Reply]
By Miss Tira on Apr 27, 2011 | Reply
Percakapan juga adalah salah satu cabang komunikasi. Kerana fungsi inilah maka terhasilnya telifon dan akhirnya membawa kepada teknologi ICT.
[Reply]
Akmal Reply:
April 28th, 2011 at 12:17 am
@Miss Tira,
Huh… revolusi komunikasi la ni kan.
[Reply]
By MDHAFiZ.NET on Apr 27, 2011 | Reply
kalau cakap x serupa bikin sudah…
[Reply]
Akmal Reply:
April 29th, 2011 at 2:12 pm
@MDHAFiZ.NET,
Yg ni mmg susah, hanya pandai bercakap buat tidak pandai.
[Reply]
By tehr on Apr 27, 2011 | Reply
setiap pagi di kantin aku lebih banyak mendengar berbanding bercakap
hehe
tehr´s last [type] ..Kembali Ke Pangkal Jalan
[Reply]
Akmal Reply:
April 29th, 2011 at 3:45 pm
@tehr,
Kadang2 itu yg lebih baik, banyakkan mendengar drpd byk bercakap..
[Reply]
By dnoBiz on Apr 28, 2011 | Reply
Ramai yang salah guna, dan tak tahu guna kebolehan bercakap…
Terbaik MaL
dnoBiz´s last [type] ..Kuasa Wanita – Lelaki Perkasa Wanita Berkuasa
[Reply]
Akmal Reply:
April 29th, 2011 at 4:05 pm
@dnoBiz,
Just for sharing… TQ
[Reply]
By mancai on Apr 29, 2011 | Reply
hhuhuhu… boleh di gabungkan penulisan ni dengan penulisan aku iaitu komunikasi untuk kemahiran rasanya… hampir betul kepada ketepatan
[Reply]
Akmal Reply:
April 29th, 2011 at 4:07 pm
@mancai,
Ooo ye ke…
[Reply]
By aimannajmy on May 12, 2011 | Reply
jenis aku pulak kalo orang start tegur dulu baru aku rancak nak besembang, aku ni jenis susah sikit nak mula ayat nak sembang huhu
[Reply]