Apr
9th

Gambar: Peminat Bola Sepak Kelantan Merusuh

Files under Isu Semasa, Kelantan | Posted by Akmal

Salam, sudah agak lama aku tidak update blog ini sejak masuk bulan April 2009. Ini disebabkan aku terpaksa ke Kuala Lumpur selama lima hari dr 2-6 April 2009 menghadiri Kursus ESQ. Selama berkursus di Ampang aku tidak dapat online kerana di siang hari sibuk berkursus, malam pula jumpa kawan2 lama dan juga jalan2 sekitar Kuala Lumpur (KL). Bukan selalu dapat pergi KL, jadi guna lah sepenuh masa ini untuk enjoy jap drpd kerja. Disebabkan aku agak sibuk minggu ini, tak dapat aku update blog ku ni. Insya allah, aku akan ceritakan sedikit pengalaman aku semasa kursus ESQ selama 3 hari dr 2-5 April 2009 di post yang akan datang.

Untuk kali ini, aku akan paparkan beberapa gambar eksklusif masa rusuhan peminat bola sepak Kelantan selepas pasukan Kelantan tewas 1-0 kepada Negeri Sembilan semasa Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA. Aku dapat gambar2 ini drpd member aku yang ambik masa itu. Layannn….

Aku sebagai orang Kelantan yang sudah mula meminati pasukan bola sepak Kelantan kerana perkembangan yang sangat baik tahun ni merasa amat kecewa dengan gelagat peminat bola sepak yang merusuh ini. Perbuatan ini amat memalukan lebih2 lagi di negeri yang di gelar Serambi Mekah dimana anak2 mudanya mempunyai akhlak yang baik dan mulia tetapi tercalar dengan insiden ini. Dengan insiden ini, seluruh Malaysia sudah menganggap bahawa org kelate ni mmg samseng, Islam di luar sahaja tetapi di dalam tidak Islam. Masya Allah…

ps : Dah tak bole tengok bola kat Stadium Sultan Muhammad IV. Baru nak merasai feel sokong The Red Warriors.  Tak sempat nak pakai T-Shirt logo Superman Kelantan The Red Warriors yg berharga RM17.  :(


10 Responses to “Gambar: Peminat Bola Sepak Kelantan Merusuh”

  1. By airmien on Apr 9, 2009 | Reply

    Assalamualaikum..

    aloh la wei lok..
    gitu mo lalu nah
    sek demo nie wat..

    gapo nok jadi la
    pahni..kam keno ban
    kam sek bola kelate
    bokte tokleh kawal
    penyokong..ados..

    [Reply]

  2. By Akmal on Apr 10, 2009 | Reply

    Sabor je la airmien…
    Harap2 rayuan KAFA kita boleh tgk lg bola kat Stadium Sultan Muhammad IV

    [Reply]

  3. By Shaffik on Apr 12, 2009 | Reply

    Wah sampai macam ni eh..ni betul2 fanatik bola ni..aku dengar skang tak tak boleh main / tgk bola kat stadium sultan muhammad IV..Kafa kena denda eh?

    [Reply]

  4. By Akmal on Apr 12, 2009 | Reply

    secara rasminya FAM telah menyatakan sepanjang kempen Liga Super thn ni, stadium Sultan Muhammad IV bukan lg tuan rumah, guna stadium Bukit Jalil daa….

    X leh doh la kawe tgk live bola kt Stadium Sultan Muhammad IV.

    [Reply]

  5. By khairole on Apr 18, 2009 | Reply

    salam bos..
    lamo tak jupo sahabat..

    [Reply]

  6. By Akmal on Apr 18, 2009 | Reply

    wassalam khairol…lamo x dgr kaba…dah kawin da…dgr kaba ade anak dh sore, betol ko??

    [Reply]

  7. By khhairole on Apr 18, 2009 | Reply

    kawe mmg da khwin tapi xdok anak lagi..Bilo la buleh jupo demo?nati bg no anset demo ke email kawe.Sbln sekali kawe blik kelate sebab wife kursus jqaf kat mpkb. kawe kijo bangi.kiro travel sokmo la blik kg.

    [Reply]

  8. By Akmal on Apr 19, 2009 | Reply

    Berehh…insya allah…nnt kawe email demo

    [Reply]

  9. By Adikka on Jun 10, 2010 | Reply

    Adik kawe kena tembak ko FRU…. pemilik blog nie sila hubungi saya

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @Adikka,

    Apa pasal aku kena hubungi ko???

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled