Tiada cara yang lebih baik menghilangkan stress, tension atau boring di PC selain bermain games. Bukan saje menyeronokkan malah jika ianya percuma tentu lebuh mengujakan. Di www.addictinggames.com pasti membuatkan anda ketagih untuk bermain games kerana ia menawarkan lebih 3000 games pelbagai genre secara percuma dalam format flash.
Anda boleh memilih genre aksi, sukan, teka-teki (Puzzle & Board), menembak, arked dan klasik, strategi/RPG serta bermacam-macam lagi apabila anda klik pada butang More di bahagian kanan laman web ini. Selain itu, anda juga boleh mencari games yang mencabar dan popular menerusi kategori What’s Hot, Popular, susah, senang, atau mencari games mengikut susunan abjad.
Masa loadingbergantung pada kelajuan server dan jumlah pengunjung pada satu2 masa. Ada masanya anda akan dapati games download cepat dan ada masanya juga anda perlu bersabar (biasa berlaku untuk online games). AddictingGames.com menyediakan arahan dan deskripsi permainan yg boleh anda lihat sebelum memulakan games.
Sayangnya addictinggames.com tidak membenarkan anda save games dalam komputer anda. Jika anda hendak main games yg sama, anda perlu bermain drpd awal games. Bagaimanapun, anda boleh register ke laman web ini dan memilih serta save games kegemaran di My Favourites untuk bermain setiap kali anda log in. Terdapat ruangan Review di bahagian bawah untuk anda lihat komen pelawat lain tentang sesuatu games. Malah anda sendiri boleh tinggalkan komen atau pendapat tentang games serta tip dan cara untuk mendapatkan markah yang lebih baik.
Related posts:
- 5 Top Emel Percuma Online Bayangkan hidup tanpa emel, lebih-lebih lagi emel percuma. Dalam 10 tahun dulu, hanya emel percuma seperti Hotmail dan Yahoo! memberikan...
- Travian.com.my : Permainan Strategi Online Yang Semakin Diminati Ramai Anda bosan terpaksa stay up sorang-sorang di pejabat, kerja semua dah setel. Takde mende nak buat!! Ape kata anda cuba...
- PrimoPDF: Perisian Converter PDF Percuma No. 1 Kebanyakan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar...
- 16 Buah E-Book PERCUMA je!!! (Masa Terhad) Anda ingin dapatkan 16 buah eBookyang berkualiti secara PERCUMA daripada penulis yang NEWBIE untuk semua golongan??!!!…. PERCUMA beb, xde kena...











By ferd on May 9, 2009 | Reply
waah.. bagus nih.. bosan2 boleh main game
[Reply]
By Akmal on May 10, 2009 | Reply
hheheheh
Jom main games….
[Reply]