Mar
16th

GengBlogger.com: Komuniti Blogger Anda

Files under Internet | Posted by Akmal


Kali ini aku ingin review satu komuniti portal yang semakin popular dan hangat pada  tahun 2010 di dunia internet Malaysia kini, iaitu laman www.GengBlogger.com: Komuniti Blogger Anda. GengBlogger.com atau nama pendeknya GB adalah komuniti portal yang mengumpulkan blogger-blogger di seluruh Malaysia tidak kira tua dan muda yang terdiri daripada pelbagai jenis golongan. Syarat utama untuk menjadi ahli GengBlogger ialah anda mestilah rakyat Malaysia, mempunyai blog dan akaun Facebook (Untuk Pendaftaran).

Apakah yang menariknya dengan GB ini?? Banyak yang menariknya, antaranya ialah anda dapat berkomunikasi dan berkenalan dengan rakan rakan lain yang sama minat dalam bidang blogging. Tidak kiralah anda blogger suka-suki je ke, blogger part-time ke, blogger fulltime ke, blogger amatur ke, blogger profesional ke atau apa saja jenis blogger anda. Asalkan anda ada blog dan mempunyai isi kandungan yang update sebulan sekali ke, seminggu sekali ke, setiap hari ke, maka anda boleh menjadi ahli GB. Tetapi dengan syarat anda mempunyai akaun FaceBook kerana GB hanya dapat login dan daftar  menggunakan akaun FaceBook sahaja.


Di dalam GB terdapat pelbagai jenis blog. Anda berpeluang untuk mengenali blog orang lain dan juga dapat memperkenalkan blog anda kepada orang lain melalui fungsi PING BLOG dan profail anda. Secara tak langsung anda berpeluang mendapat trafik secara percuma sambil mendapat pelbagai informasi melalui blog-blog yang terdapat di GB. Malahan di GB juga terdapat beberapa contest yang di anjurkan oleh ahli GB lain ataupun pihak admin GB sendiri. Anda juga dapat berforum atau berkomunikasi melalui ruangan forum dalam bertukar pendapat dan pandangan mengenai sesuatu perkara. Daripada pemerhatian peribadi aku, kebanyakan blogger dalam GB menggunakan platform Blogspot.com dan kebanyakan umur blogger adalah dalam ruangan 15thn-25thn.

Terdapat 25 jenis kategori yang anda boleh pilih untuk menentukan kategori manakah post entry anda yang terkini apabila ingin PING BLOG anda. Dan setiap kategori ini boleh dijadikan rujukan oleh ahli GB untuk membaca informasi melalui blog. Untuk menjadikan GB ini semakin menarik, terdapat ruangan memaparkan Blogger Bulan Ini, Geng Blogger Terbaru, Blogger Paling Friendly, Ulasan Blog dan Blogger Paling Glamor Bulan ini. Selain itu juga terdapat Entri Popular Hari Ini, ruangan chat, Profail ahli GB yang popular hari ini dan macam-macam lagi. Dan yang teristimewa sekali ialah part Blogger We Care dimana post entry diibaratkan seperti untuk kerja-kerja amal membantu yang memerlukan.


Pendek kata komuniti portal ini memang sangat sesuai untuk semua jenis blogger dari rakyat Malaysia dalam bahasa Melayu. Jika anda mempunyai blog yang berbahasa Melayu atau bahasa Inggeris, apakata cuba join komuniti portal GengBlogger.com ini.  Pasti menarik!!! :)

Related posts:

  1. Joomlayan.com: Komuniti Usahawan Internet Joomla Malaysia Satu lagi website malaysia yang dibangunkan menggunakan CMS Joomla iaitu JOOMLAYAN.COM. Laman web ini mengandungi banyak content mengenai Joomla dalam...
  2. MyeBuzz.net: From Blogger to Bloggers Satu lagi direktori blogger buatan Malaysia iaitu MyeBuzz.net: from Bloggers for Bloggers. MyEbuzz.net adalah salah satu direktori yang dikenali sebagai...
  3. DocStoc.com: Sumber Rujukan Profesional Anda Adakah anda sedang mencari bahan rujukan seperti kertas kerja? tesis? tutorial? atau apa-apa dokumen rujukan. Anda boleh cuba mencari di...
  4. Bayar RM50, Anda Dapat 100++ Buah eBook Pelbagai Jenis Selalunya eBook di jual satu persatu dengan 1 jenis skop sahaja di pasaran internet. Contohnya jika ebook tersebut menerangkan salah...
  5. JomLinux.com: Forum Komuniti Linux Malaysia Anda ingin belajar linux daripada A – Z ??? Anda ingin mendalami ilmu linux dengan lebih mendalam lagi ?? Kini...


10 Responses to “GengBlogger.com: Komuniti Blogger Anda”

  1. By mancai on Mar 16, 2010 | Reply

    memang best… aku suka pendekatan minda yang kreatif dari web gengblogger ni… silap2 lama2 nanti meletup.. tapi tau ke sapa owner dia? aku tak taula…
    .-= mancai´s last blog ..google, kata benda yang akan menjadi kata kerja =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Tak tau plak sape owner, tp ada ruangan khas bersama Kak Kujie, dia kot…lgpun gengblogger interface ni nampak feminin je..

    [Reply]

  2. By aini on Mar 16, 2010 | Reply

    gengblogger memang best =)
    .-= aini´s last blog ..Selamat Pengantin Baru Datin Paduka Umie Aida & Datuk Paduka Khairudin Abu Hassan =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Yup, semakin hari semakin beshhh…

    [Reply]

  3. By kong on Mar 16, 2010 | Reply

    oops..mekasih atas review ni…tak lama lagi glemer la GB..dah kuar aktechpage.com ni.

    thanks

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Oooo ini lah Mr.Kong, kalo x silap developer gengblogger.com ni…
    Yeahhh…semakin glamerla GB ni, hehehe :D

    [Reply]

  4. By sangilapi on May 1, 2010 | Reply

    aku ank join tapi mesti ada facebook pulak :(
    .-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Takkan ko xde Facebook kot… :P , alahh senang je daftar FB…

    [Reply]

  5. By UcH|Ha on Dec 30, 2010 | Reply

    xpaham sangat la…
    UcH|Ha´s last [type] ..Badi 14 tahun berakhir

    [Reply]

  6. By cik ema on Jul 26, 2011 | Reply

    sy dah join tp setiap kali buka web nie dier mnta usernm ngan pasword..dah bagi mcm2 trmasukla nma kat akaun fb tuh..ttp lak tak leh log in..aduhaiii

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge