Alhamdulillah…walaupun sepanjang bulan Julai 2009 banyak dugaan yang mendatang. Tapi hari ini bila check blog Balootisme.com apabila aku dapat email subscription drpd blognya, tak sangka dapat jugak aku hadiah bonus hasil daripada pertandingan review Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1. Walaupun sekadar hadiah bonus, tetapi bagi aku besar maknanya kerana inilah kali pertama aku menyertai pertandingan review produk. Sebelum ini aku memberi Review secara percuma dan suka-suka sahaja. Tetapi dengan menyertai pertandingan sebegini, bolehlah aku mengasah bakat penulisan dalam blogging. Dan inilah salah satu kelebihan mempunyai hobi blogging, senang2 je dapat hadiah. Alhamdulillah…Syukur.
Walaupun hadiah bonus, tapi bagi aku hadiah ini sangat2 bernilai kerana mendapat 1 DVD Percuma Raja Grafik Malaya Vol 1 (Jimat RM70
) dan 1 slot iklan 125×125 percuma selama 3 Bulan di Blog Balootisme.com (Beratus juga harga nak letak iklan kat blog otai Joomla & WordPress ini). Ape pun, dengan Hadiah Bonus ekslusif ini diharap memberi dorongan untuk aku dan rakan blogger lain menyertai lagi mana-mana pertandingan Review yg ditawarkan oleh usahawan Internet Malaysia. Inilah salah satu kelebihan anda mempunyai hobi blogging dan blog dor com sendiri, senang2 je dapat hadiah, tak payah keluarkan duit pun untuk beli borang, pos borang atau membeli barang, hanya perlu menulis.
Anda ingin baca Review saya?? Sila Klik sini ==> Review: Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1
ps : Dapat juga aku mengasah bakat dalam bidang penulisan blogging aka Stringer Online (Wartawan Bebas Online
)







1 Trackback(s)