Laptop mini terbaru daripada HP ini menampilkan papan kekunci terbesar dalam kelasnya iaitu 92% daripada saiz sebenar, memudahkan anda menaip dengan selesa di mana jua, pada bila-bila masa. Ia menekankan pengalaman mobiliti terbaik menerusi faktor bentuk kecil, kerangka bergaya dan skrin lebar 10.2 inci. Terdapat kamera web sedia ada, mikrofon dan WLAN untuk anda video chatting atau membuat online persidangan/mesyuarat. Manakala storan tambahan 2.4 dan 8 GB membolehkan anda menerima atau memindahkan data dengan mudah.
HP Mini 1001 TU juga boleh didapati dalam edisi khas Vivienne Tam. Ia bukan sahaja kecil dari segi saiz, malah ringan untuk anda bawa atau simpan dalam beg tangan.
Spesifikasi
- Pemproses Intel Atom N2720
- 1.60GHz/512KB L2/533Mhz FSB.
- Intel 945GSE Chipset
- Skrin 8.9″/10.2″/BrightView
- Storan 60GB/4200RPM
- 2xUSB 2.0/Ethernet/Fon Kepala/Jek Kombo Mikrofon/Port Tambahan/Kuasa AC
- WiFi/Bluetooth Windows XP Home
- Harga Bermula RM1,699 (Mengikut harga semasa)
Related posts:
- 5 NetBook Pilihan aktechpage.com Netbook atau laptop mini semakin diminati dikalangan pengguna yang inginkan mobiliti pengkomputeran yang mudah dan kompak. Pengguna kini lebih gemar...
- eBook LY-EB01: Netbook Termurah di Dunia??? Ya, ini adalah netbook yang yermurah di dunia dengan harga yang sangat mengejutkan iaitu hanya USD$98 ataupun dalam mata wang...
- MSI X340: Notebook Nipis & Bergaya Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain...
- BlackBerry PlayBook: Sebuah Tablet PC, Bukan Telefon Bimbit Research In Motion(RIM) telah memperlihatkan Tablet PC pertama mereka, BlackBerry PlayBook, kepada umum terutamanya golongan profesional yang inginkan peranti pada...
- Lenovo IdeaPad Y650: Era Laptop Nipis Salah satu laptop yang hangat di pasaran terkini ialah Lenovo IdeaPad Y650. Laptop ini menampilkan kerangka yang nipis dan ringan...











By farid on Jun 8, 2009 | Reply
bape rege dier nie.. menarik nie..
[Reply]
By Akmal on Jun 9, 2009 | Reply
Harga ada dah tertulis kat Spesifikasi, dalam RM1699 (Harga pasaran semasa)
[Reply]