May
13th

HTC Touch HD: Telefon Sentuhan Eksklusif

Files under Technology | Posted by Akmal

Hari Jumaat lepas 8 May 2009, aku jumpa penaja bisness Ceramic (Peja) aku dgn geng2nya di pejabat tempat aku kerja. Ada meeting ckit :) , apa yg aku tertarik sekali ialah HP nya yang baru, iaitu HTC Touch HD.  Pertama kali aku dapat sentuh dan kodek2 HP canggih dan mahal ini. Kata penaja aku tu harganya dalam lebih kurang RM3500. Aku sebenarnya x tau apekebende la HTC tu, jadi ukt post kali ni, aku cari lah info pasal HTC dan kongsikan serba sedikit info pasal HTC ni.

HTC adalah jenama telefon bimbit berskrin sensitif sentuhan dan HTC Touch HD adalah salah satu model HP yang fokus kepada hiburan dan multimedia. HTC Touch HD menampilkan skrin lebar 3.8 inci paparan VGA (WXGA), jek audio 3.5mm dan kamera 5 megapiksel dengan auto fokus. Ia dinamakan ‘HD’ kerana membenarkan anda memainkan kandungan definisi tinggi berserta kelajuan internet 3.5G (sehingga 7.2Mbps) memberi kepuasan menonton video di YouTube atau berita terkini secara mobil.

Telefon ini turut menampilkan antaramuka pengguna TouchFLO 3D popular HTC untuk anda segera berhubung dengan rakan, mesej dan mengakses kandungan. Terdapat peta atau antena GPS terbina untuk anda mencari arah dan hanya sentuh skrin untuk kawalan.

Spesifikasi

  • Pemproses Qualcomm MSM 7210A 528MHz
  • Windows Mobile 6.1 Profesional
  • ROM 512MB/RAM288MB
  • Skrin 3.8″ TFT/LCD/Sensitif Sentuhan/400×800 WVGA
  • HTC TouchFLO 3D/Antenna GPS Dalaman.
  • Bluetooth 2.0/A2DP/Wifi IEEE 802.11 b/g/HTC ExtUSB
  • Jek Audio 3.5mm/Mikrofon/Radio FM
  • Saiz 115x62x12mm/147g
  • Harga – RM3,399 (Pasaran semasa)

Berita Terkini!!!:-
Asia Ceramic Marketing
telah dianugerahkan dengan satu lagi anugerah menjadikan koleksi anugerah ialah 4 setakat ini, iaitu Top 10 CEO Award oleh Business Global Magazines. Satu majlis untuk meraikan pemenang2 anugerah ini akan diadakan di bukit jalil pada bulan mei ini. ACM diberikan 2 helai muka surat di majalah Global Business Magazines untuk dipaparkan mengenai syarikat dan perniagaan CBC.

p/s : *Antara baucer2 yg sedang dalam proses permohonan dan pertimbangan syarikat ialah TESCO dan baucer MYDIN. *e-baucer air asia akan bermula tak lama lagi..nantikannya

Related posts:

  1. BlackBerry PlayBook: Sebuah Tablet PC, Bukan Telefon Bimbit Research In Motion(RIM) telah memperlihatkan Tablet PC pertama mereka, BlackBerry PlayBook, kepada umum terutamanya golongan profesional yang inginkan peranti pada...
  2. MyIman: Telefon Bimbit Islamik Pada zaman serba serbi menggunakan gadjet digital kini, mempunyai Al-Quran digital yang sentiasa disisi menjadi satu kelebihan. Dimana jua anda...
  3. Panduan TV untuk Telefon Pintar dari ASTRO Bagi memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pelanggan ASTRO, ASTRO melancarkan panduan TV ASTRO untuk telefon pintar yang membolehkan pengguna melihat...


2 Responses to “HTC Touch HD: Telefon Sentuhan Eksklusif”

  1. By Shaffik on May 15, 2009 | Reply

    Lawa jugak phone nie…Tapi harga pun lawa :)

    [Reply]

  2. By Akmal on May 18, 2009 | Reply

    heheeh….sbb tu hp tu lawa, kerana harganya lawa… :P

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge