Nov
14th

ICT Team Building@Agrotek Garden Resort

Files under Personal | Posted by Akmal

Dalam akhir 2 minggu ini aku agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja pejabat terutamanya masalah server, house keeping data dan membantu  menyelesaikan masalah-masalah ICT yang dihadapi oleh rakan sekerja di pejabat (Sibuk sokmo). Walaubagaimanapun aku sempat menghadiri team building yang dianjurkan oleh majikan aku untuk kali ke-2. Sebelum ini team building di adakan di Genting View Resort, Genting Higland, tetapi kali ini hanya Jabatan ICT sahaja yang terlibat dan di adakan di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat pada 6 Nov 2009 hingga 8 Nov 2009. Aku bertolak ke sana pada malam 5 Nov 2009 dengan menaiki Bas Ekspress.

Team Building kali ini agak berlainan sedikit kerana ia di adakan khas untuk Jabatan ICT sahaja, malahan ramai jugak staff baru yang tidak begitu aku kenali kerana ramai jugak staff yang lama berhenti. Perasaan hari pertama kursus agak berdebar-debar dan ketahuan sedikit kerana aku ingin berjumpa beberapa staff baru seperti Chief Technical, technical staff, admin ICT staff dan lain-lain lagi. Jadi hari pertama aku agak kekok sedikit la. Lagipun selama ini sebagai wakil ICT di Kelantan & Terengganu yang bekerja seorang diri tetapi jika ada masalah-masalah ICT kritikal barulah aku akan inform kpd otai2 ICT Engineer di HQ, Shah Alam untuk membantu menyelesaikan masalah ICT.

Tetapi pada hari ke-2 dan ke-3 aku sudah boleh dikatakan agak serasi dan mula masuk dengan geng2 ICT di HQ yang sememangnya gila2, havoc dan suka bergurau senda.  Aku bergelak sakan je bila bersama dengan diorang ni. Chief Technical dan beberapa staff technical yang selama ini aku kenali melalui telefon dan communicator sangatlah friendly dan sering merendah diri serta hormat menghormati antara satu sama lain. Pendek kata hubungan di dalam jabatan ICT ini sangat rapat seperti adik beradik. Jabatan ICT ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Team Technical Support (Aku punya team dan yg paling ramai, semuanya lelaki), Team ICT Sinar Harian (aku jugak), Team MIS, Team OCC dan akhir sekali Team Admin ICT (Kira macam HR utk ICT Dept la).

Antara aktiviti2 yang dijalankan sepanjang kursus Team Building ini ialah ICT Amazing Race (penat beb), Karaoke, BBQ, pertukaran hadiah antara satu sama lain, menonton perlawanan Final Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan bersama2 (Ketua Jabatan sokong N9 daa), bermain indoor games bersama2, mempelajari teknik meningkatkan produktiviti, efektif & kualiti kerja dalam sesebuah organisasi yang besar, ceramah HR, membuat bendera Dept dan banyak lagi. Kursus Team Building ini di kawal selia oleh Unit Latihan & Implementasi (ULI) yang berada di bawah Jabatan Sumber Manusia majikan aku. Ketika kursus ini berlangsung, semua staff dalam ICT Dept sama sahaja tidak kira boss atau ketua unit, kesemuanya sama taraf sahaja dalam menjayakan Team Building ICT yang julung-julung kali di adakan untuk Jabatan ICT, ia ibarat seperti Family Day.

Akhir sekali aku berharap agar Team Building atau Family Day seperti ini dapat diadakan setiap tahun untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain memandangkan ada 2 org ICT yang tidak bekerja sekali iaitu aku yang diberi tanggungjawab menjaga ICT Kelantan & Terengganu dan yang terbaru ICT Penang yang menjaga Perak & edisi Utara. Tidak lama lagi ICT Johor akan masuk pulak, nampaknya keluarga ICT semakin membesar seiring dengan pembesaran syarikat tempat aku kerja.

Last sekali, tagline ICT Dept “We Help, We Support, We Solve

ps :  aku hanya menceritakan serba ringkas sahaja … :-)

Post a Comment

CommentLuv Enabled