Bagi yang suka memberi komen di Friendster, Tagged dan MySpace pasti akan teringat grafik komen-komen daripada Testi iluvislam.com trademark yang terletak di dalam setiap grafik comment yang digunakan. Itu adalah salah satu cara promosi yang digunakan iluvislam.com untuk mendekatkan diri dengan pengguna internet yang kebanyakan orang muda. Sebenarnya iLuvislam.com bukanlah setakat menyediakan grafik-grafik yang menarik untuk di gunakan di dalam Social Networking, tetapi lebih daripada itu.
Kebiasaanya pengguna internet membayangkan laman web keagamaan akan menjadi laman web yang serius, kurang menarik dan informasi hanya fokus kepada soal-soal keagamaan semata-mata. tetapi, di www.iluvislam.com menjadikan laman web yang dibina oleh lima anak muda ini menjadikan pengguna internet mendekati Islam dengan cara lebih interaktif dan menarik. Ia membawa Islam dari perspektif tempatan dan global serta di perkukuhkan lagi dengan isi kandungan berkualiti yang boleh dimanfaatkan. Tidak hairanlah iluvislam.com kini dilawati lebih 13 juta orang sejak tahun 2007 malahan sekarang ini sudah diterbitkan dalam bentuk fizikal iaitu Akhbar Majalah ILuvIslam.com
Apa yang membuatkan iluvislam.com menjadi sangat menarik ialah dari segi kandungan dan rekaan laman web ini sendiri. Ia mempunyai menu yang menarik seperti Artikel, Forum, Tanya, Hiburan, Design, Pendidikan, Resipi dan banyak lagi. Subdomain Celik IT (Sebelum ini Tutorial) dibina untuk berkongsi pengalaman serta teknik membina laman web serta grafik oleh pereka laman web iluvislam.com. Manakala Menu Pendidikan membolehkan pengunjungmengikuti aktiviti yang bakal dijalankan, muat turun eBook dan melihat peluang pendidikan yang terdapat di dalam negara dan luar negara.
Anda juga boleh melihat ratusan koleksi artikel atau mungkin anda sendiri boleh menyumbang artikel berkaitan Islam ke iluvislam.com (Tetapi kena daftar keahlian dahulu). Sebarang soal jawab agama bolehlah di ajukan ke ruangan Tanya Ustaz yang akan dijawab oleh Ustaz dan Ustazah bertauliah terpilih. Anda juga boleh mengajukan soalan ke Tanya Kaunselor, Tanya Engineer, Tanya Doktor dan ada juga Tanya Dr. Cinta
untuk soalan-soalan berkaitan. Semuanya dengan hanya 1 ‘klik’ sahaja.
Akhir sekali, jika anda ingin menikmati faedah-faedah yang terdapat di iluvislam.com, bolehlah segera mendaftar jadi ahli, sememangnya laman web ini memperlihatkan keindahan islam menerusi cara kreatifnya tersendiri.
ps: Jangan lupa dapatkan Akhbar Mingguan ILuvIslam.com di kedai-kedai buku yang terdekat untuk edisi Pengenalan sebanyak RM1.00, edisi sulong ialah pada Januari 2010 dan akan di jual pada RM2 sahaja.
Related posts:
- I LUV ISLAM: Akhbar Majalah Mingguan Islamik Terbaru Produk terkini, Kumpulan Karangkraf – I LUV ISLAM – akhbar majalah mingguan Islamik edisi pengenalan (November/Disember 2009) dijual dengan harga...
- Zaharuddin.net: Blog Rujukan Agama Islam Semasa Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin review salah 1 blog keagamaan yang selalu menjadi rujukan dalam bab-bab agama...
- fuhyooFM.com: Radio Internet Yang Lebih Berilmu & Berinformasi Adakah anda pernah mendengar radio internet? Adakah radio internet ni sama dengan radio-radio terkenal yang lain seperti Radio ERA, Hot...
- PuzzleMaker.DiscoveryEducation.com: Cara Mudah Bina Puzzle Anda suka permainan teka silang kata, carian perkataan atau menyelesaikan mesej tersembunyi? Jika anda suka anda boleh membina sendiri teka-teki...
- www.abooain.com: Sumber Informasi Perniagaan Internet Produk PLR, RR & MRR Anda ingin mencari apakah laman web yang mempunyai pelbagai informasi berkenaan perniagaan internet, ingin membeli ebook yang diperlukan untuk menambahkan...











By syinrayafa on Dec 15, 2009 | Reply
memang feymes web ni…jadi tunpuan ramai…
pompuan ramai yg minat..hahaaha..
.-= syinrayafa´s last blog ..Tiga dalam Satu =-.
[Reply]
Akmal Reply:
December 15th, 2009 at 1:20 pm
Ooo ye ke ramai pompuan minat!!??
Wahhh best ni, kena cepat2 daftar jd ahli..heheheh
[Reply]
eima fahimah Reply:
October 31st, 2010 at 10:24 am
@Akmal,klu nak jadi ahli dlm iluvislam ni kene daftar kat mana ha?
[Reply]
Akmal Reply:
October 31st, 2010 at 1:48 pm
@eima fahimah,
Sistem pendaftaran diberhentikan buat sementara untuk penyelenggaraan.
Rujuk sini => http://www.iluvislam.com/v1/register.php
[Reply]
By eima fahimah on Oct 31, 2010 | Reply
saya suka sangat cerpen yang ade dlm iluvislam ni.ia nya attractive sangat.i like very mucccccccccccccchhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
[Reply]
By eima fahimah on Oct 31, 2010 | Reply
eeeeeee,bosan la!ade sape2 nak tolong?
[Reply]