Feb
1st

Intel Core i7 di Malaysia

Files under Technology | Posted by Akmal

Rasanya masih belum terlambat untuk menceritakan tentang pelancaran pemproses Intel yang baru di Malaysia. Walaupun dilancarkan pada November 2008 lalu, pemproses ini masih belum lagi begitu dikenali. Intel Corporation mengumumkan pemproses Intel Core i7, ahli pertama dalam siri pemproses Nehalem yang dikatakan paling sofistikated setakat ini. Ia direka dengan teknologi untuk membantu meningkatkan kecekapan dan memaksimakan hasil data. i7 membolehkan penyuntingan video dilakukan dengan lebih pantas, bermain permainan komputer rumit dan lain-lain aktiviti komputer serta Internet sehingga 40% tanpa menambah penggunaan tenaga.

Pemproses ini juga dikatakan pemegang rekod dunia 117 untuk ujian ukuran SPECint_base_rate2006 yang mengukur kecekapan pemproses dan mencapai lebih 100 markah (pemproses tunggal pertama mencapainya). Teknologi Turbo Boost unik Intel pula memberi pecutan kecekapan untuk memenuhi kehendak kerja penggunaan pengguna sama ada untuk multimedia, permainan atau aplikasi rumit.

Selain itu, i7 turut menawarkan dua kali lebih lebar jalur berbanding platform Extreme Intel sebelum ini; dilengkapi teknologi Intel Quickpath dan menggunakan transistor termaju Intel 45 nanometer Higk-K Metal. Teknologi Hyper-Threading Intel pula membenarkan beberapa Thread perkomputeran dijalankan serentak, agar pengguna boleh melakukan lebih banyak kerja pada satu masa tanpa gangguan.

Related posts:

  1. AMD Phenom II X4 Cip terbaru dalam siri Quad Core AMD Phenom II direka bagi hiburan definisi tinggi (HD), permainan, kreativiti (editing grafik) dan...
  2. MSI X340: Notebook Nipis & Bergaya Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain...
  3. Lenovo IdeaPad Y650: Era Laptop Nipis Salah satu laptop yang hangat di pasaran terkini ialah Lenovo IdeaPad Y650. Laptop ini menampilkan kerangka yang nipis dan ringan...
  4. Acer 3180T: Ringan dan Tipis Acer merupakan antara pengeluar laptop utama di Malaysia dan telah menghasilkan beberapa laptop yang berkualiti dan berkuasa serta memenuhi pelbagai...
  5. Evolusi Diri & Teknologi AP masih ingat pada tahun 2001 telah membeli sebuah komputer desktop Intel Pentium 3 dengan memori 256MB RAM dan Hard...


2 Responses to “Intel Core i7 di Malaysia”

  1. By aman on Feb 1, 2009 | Reply

    hoho..biler la agaknya aku leh nak upgrade prosessor aku…huhu

    [Reply]

  2. By Akmal on Feb 3, 2009 | Reply

    huh… pro blogger malaya komen dlm blog aku…
    Tq aman sbb drop ur comment here…
    Sila datang lg…hehehe

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge