
Adakah anda pernah mendengar radio internet? Adakah radio internet ni sama dengan radio-radio terkenal yang lain seperti Radio ERA, Hot FM, Mix FM, THR dan lain-lain? Sebenarnya radio internet adalah salah satu cara komunikasi menyalurkan siaran radio dari konti melalui medium internet. Memandangkan sekarang ini hampir kesemua syarikat radio sudahpun mempunyai radio internet tersendiri kerana ia sekarang adalah salah satu keperluan asas di zaman serba serbi menggunakan internet. Sebenarnya membuat radio internet tidaklah begitu susah dan kosnya adalah murah sedikit berbanding radio popular yang lain. Anda hanya perlukan beberapa peralatan dan perisian untuk membuat radio internet. Namun begitu bukan perkara mudah untuk menyelenggara sebuah radio internet terutama yang beroperasi 24 jam tanpa henti dan menjadikannya sebuah radio yang memenuhi selera pendengar. Komitmen setiap ahli dan penyusunan strategi yang teratur diperlukan untuk menjayakan sesatu radio internet beroperasi dengan baik dan memenuhi permintaan pendengar.
FuhyooFM Dot Com adalah radio internet pertama di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama dalam mengcungkil bakat-bakat muda khususnya bagi mereka yang minat dalam bidang penyiaran.
FuhyooFM Dot Com?
Salah satu radio internet yang sedang meningkat popular dan mula beroperasi secara agresif pada penghujung tahun 2009 adalah Radio internet Fuhyoo FM Dot Com yang boleh dilayari dengan menggunakan alamat http://www.fuhyoofm.com dan blognya plak ialah http://blog.fuhyoofm.com . Radio internet ini adalah hak milik penuh dan ditadbir sepenuhnya oleh Fitrah Media Enterprise. Dengan bertemakan tag line iaitu “Lebih Berilmu & Berinformasi” menjadikan radio internet ini lain daripada yang lain dan bukanlah bertujuan untuk hiburan semata-mata, tetapi untuk menyalurkan pelbagai ilmu dan informasi yang menarik kepada pendengar disamping lagu-lagu yang menarik. Jika anda mendengar radio ini, boleh dikatakan setiap 30 minit akan sentiasa ada informasi yang diudarakan seperti pengetahuan am, fakta sejarah, tips blogging, tips perniagaan internet dan lain-lain lagi.
Deejay – DJ?
Siapakah DJ yang bertugas di radio internet Fuhyoo FM Dot Com ini? Ini juga merupakan antara tarikan utama Fuhyoo FM Dot Com kerana DJ di radio internet ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan golongan profesional. Antara DJ-DJ adalah terdiri daripada DJ berpengalaman yang pernah mengendalikan radio agensi kerajaan, DJ blogger & Usahawan Internet dan juga DJ Remaja yang masih lagi bersekolah menengah. Anda boleh melihat profail Deejay Fuhyoo FM di bahagian Deejay di website rasminya. Walaupun DJ-DJ yang bertugas di konti itu tidaklah terkenal ataupun popular seperti DJ radio biasa yang lain tetapi celotehnya tetap menghiburkan sanubari pendengar.
Apa yang menarik dengan FuhyooFM Dot Com?
Antara pengisian yang menarik sekali berkenaan radio internet FuhyooFM Dot Com ini ialah rancangan Dunia IE yang diudarakan setiap hari Khamis pada jam 12.00 tengahari selama lebih kurang 78minit, manakala siaran ulangan ialah pada hari Rabu berikutnya pada jam 2.00 petang. Perkataan IE ialah ringkasan daripada Internet Entrepneur. Rancangan ini bukanlah berbentuk hiburan tetapi rancangan informasi yang memberikan penerangan dan maklumat tentang dunia usahawan internet di Malaysia. Rancangan Dunia IE ini sesuai untuk pendengar yang ingin mengetahui dan memahami apakah dunia usahawan internet bolehlah mengikuti rancangan ini. Rancangan ini dikendalikan sendiri oleh beberapa blogger & Internet Marketer yang sememangnya sudah terkenal yang melakukan perniagaan internet dan juga menjana duit internet secara separuh masa dan juga sepenuh masa. Antara Blogger & IM yang pernah menjadi DJ ialah SmartZul, Rohaizad Dot Com, WanMus, Zamrin dan lain-lain lagi.
Malahan dalam rancangan Dunia IE ini juga terdapat segmen “Terjah Blog”, kira macam terjah-terjah kat Melodi TV3 la
, tetapi ini bukannya pergi terjah artis ye
tetapi terjah blog-blog yang beshhh di Malaysia untuk tatapan pendengar FuhyooFM Dot Com. Seminggu sekali akan terdapat 1 blog yang akan di terjah, blog yang diterjah itu akan dikupas dan dihebahkan kepada pendengar apakah yang menariknya dengan blog yang diterjah tersebut. Segmen ini secara tidak langsung akan memberi informasi berguna kepada pendengar mengenai dunia blog di Malaysia.
Selain daripada rancangan Dunia IE yang menarik, terdapat juga beberapa rancangan menarik yang lain iaitu Carta 10, Slot Tazkirah dan beberapa lagi rancangan lain yang akan datang.
Bagaimana Untuk Mendengar FuhyooFM Dot Com?
Senang je nak dengar radio internet, mula-mula pergi ke laman web rasminya. Laman web rasmi FuhyooFM Dot Com ialah http://www.fuhyoofm.com dan secara automatiknya anda akan mendengar radio internet ini. Jika tidak mendengar, cuba klik butang Play pada pemain windows media player yang berada di laman web FuhyooFM Dot Com.
Jika anda ingin lebih smart dan mudah lagi dan tidak perlu ke laman web rasminya, anda boleh DOWNLOAD TOOLBAR FUHYOO FM dengan sekali klik sahaja. Ini bermakna selepas anda download toolbar ini, maka IKON FUHYOOFM akan secara automatik berada di toolbar BROWSER anda seperti ini setiap kali anda menggunakan internet, anda boleh klik Play untuk mendengar ataupun Stop jika tidak mahu mendengar lagi, cubalah.

Untuk Download TOOLBAR FuhyooFM.com & maklumat tambahan, bolehlah ke Extra Info.
Kesimpulan
Akhir sekali, radio internet ini memang sesuai untuk halwa telinga semua peringkat pendengar terutamanya ketika melayari internet. Lagu pun bermacam-macam yang ada, sepanjang aku mendengar Fuhyoo FM, aku menagandaikan 60% lagu Melayu, 35% lagu Inggeris dan 5% lagu Hindustan. Bagi sebuah radio internet yang baru beroperasi, boleh dikatakan radio internet ini sudah berjaya bertapak di dunia internet Malaysia. Dengan ada nya beberapa rancangan yang menarik yang akan di adakan pada masa akan datang, saya percaya radio internet FuhYoo FM boleh pergi lebih jauh lagi.
Selamat Maju Jaya untuk FuhyooFM.com
Related posts:
- Malaysia Internet Summit 2010: Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia Pertama Buat julung-julung kalinya Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC). Konvesyen ini yang dinamakan sebagai Malaysia Internet Summit 2010 diadakan selama 1 hari yang mengumpulkan 12 orang pakar pemasaran internet Malaysia yang akan memberi ceramah mendedahkan rahsia kejayaan mereka membina empayar [...]...
- 5 Laman Web Berita Internet PopularDi zaman dunia sekarang yang bergelar Zaman ICT ataupun Dunia internet. Semua sumber informasi seperti berita sangat cepat tersebar, contohnya kematian Raja Pop Dunia Michael Jackson menyebabkan traffik internet sangat sibuk hingga beberapa server down pada satu ketika yang melibatkan Google, Twitter, CNN, Wikipedia dan lain-lain. Sekarang berita bukan sahaja boleh diperoleh di TV, radio [...]...
- iluvislam.com: Mendekati Islam Dengan Cara Lebih InteraktifBagi yang suka memberi komen di Friendster, Tagged dan MySpace pasti akan teringat grafik komen-komen daripada Testi iluvislam.com trademark yang terletak di dalam setiap grafik comment yang digunakan. Itu adalah salah satu cara promosi yang digunakan iluvislam.com untuk mendekatkan diri dengan pengguna internet yang kebanyakan orang muda. Sebenarnya iLuvislam.com bukanlah setakat menyediakan grafik-grafik yang menarik [...]...
- Test Your Internet SpeedBagaimana anda ingin tahu kelajuan internet yang anda gunakan seperti streamyx, celcom broadband, maxis broadband, jaring atau lain2 Internet Service Provider? Apa kata anda cuba www.speedtest.net Ini adalah sedikit description tentang speedtest.net di websitenya: Speedtest.net is a broadband connection analysis tool with a huge selection of geographically dispersed testing servers. Ookla provides this service free to hundreds [...]...
- Joomlayan.com: Komuniti Usahawan Internet Joomla MalaysiaSatu lagi website malaysia yang dibangunkan menggunakan CMS Joomla iaitu JOOMLAYAN.COM. Laman web ini mengandungi banyak content mengenai Joomla dalam bahasa Melayu. Tagline website ini ialah Komuniti Usahawan Internet Joomla. Mungkin ini adalah website pertama untuk komuniti usahawan internet Malaysia yang menggunakan CMS Joomla sebagai platform untuk perniagaan internet mereka. Secara peribadi, aku pernah menggunakan Joomla [...]...





By mancai
on Jan 26, 2010 | Reply
aku dah layan dan dengar peh menarik… mari support dan layan ramai2
mancai´s last blog ..apakah CSS?
[Reply]
Akmal
Reply:
January 26th, 2010 at 8:38 am
Aku paling suka rancangan Dunia IE, banyak info2 menarik dlm tu… jom sama layan n support barangan buatan Malaysia. heheh
[Reply]
By lazaac
on Jan 26, 2010 | Reply
ok tu mmg ok, cuma bagi yg guna broadband, kesian ckit… nak surf pun lambat, jgn kata nak dgr radio online… kena la simpan hajat, balik sem nanti, dgr kat umah yg guna line screamyx… lol..
lazaac´s last blog ..Virtual Private Server ( VPS ) GIVEAWAY!!!
[Reply]
Akmal
Reply:
January 26th, 2010 at 10:57 pm
Oh ye ke, yg tu x leh wat pe lahh…TM punya prob laaa…harap2 line broadband kt Malaysia ni dipertingkatkan lagi..
[Reply]
lazaac
Reply:
January 27th, 2010 at 3:40 am
bukan tm bro… guna DiGi Broadband… salah digi… huhu
[Reply]
Akmal
Reply:
January 27th, 2010 at 10:20 am
Ok ye ke sekali lg, heheheh, aku igtkan Celcom/TM. Kalu gitu broadband2 di Malaysia ni semualah perlu dipertingkatkan. Broadband kt Malaysia ni masih belum stabil lg di beberapa kawasan. Jd xde 1 pun broadband yg perfect buat masa kini. X gitu bro???
By Shaffik
on Feb 1, 2010 | Reply
fuhyoofm memang best. Lebih bersantai. Sure menghilangkan rasa bosan ..
Shaffik´s last blog ..Blogger, Penulisan Anda Dipantau.
[Reply]
Akmal
Reply:
February 2nd, 2010 at 4:53 pm
Yeahhh, fuhyoo FM mmg best, especially bila ada DJ Shaffik.com, heheheh
[Reply]