
Buat julung-julung kalinya Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC). Konvesyen ini yang dinamakan sebagai Malaysia Internet Summit 2010 diadakan selama 1 hari yang mengumpulkan 12 orang pakar pemasaran internet Malaysia yang akan memberi ceramah mendedahkan rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan internet masing-masing. Antara 12 orang pakar pemasaran internet yang dilantik panel penceramah ialah Irfan Khairi, Shuth, SmartZul, Gobala Krishnan, SaifulSham, Ammar Zahar, Labanon Flarebiz, Amirol, Sifu Lan, Zaki Yusof dan Puan Ann. Kesemua 12 panel ini adalah sebahagian nama-nama besar di persada pemasaran internet Malaysia.
Untuk menyertai konvensyen ini anda bolehlah melawat laman web rasmi iaitu www.malaysiainternetsummit.com untuk pendaftaran. Di laman web tersebut ada butir-butir penerangan yang lebih terperinci mengenai perjalanan konvenyen selama 1 hari tersebut. Tujuan utama konvensyen ini diadakan adalah mungkin untuk mendedahkan kepada rakyat malaysia yang masih lagi belum memahami apakah itu dunia keusahawan internet/perniagaan internet. Malah melalui konvensyen ini juga membolehkan usahawan-usahawan internet part-time, full time ataupun yang baru nak berkecimpung berkumpul beramai-ramai untuk mengenali antara sama lain dan juga berbincang dengan lebih mendalam lagi apa itu perniagaan pemasaran internet.
Bukan sahaja anda hanya mendengar ceramah daripada 12 orang pakar yang mendedahkan rahsia kejayaan masing-masing tetapi juga dapat menyertai forum bersama-sama berbincang mengenai perkembangan semasa pemasaran internet di Malaysia. Jadi jika anda ingin menyertai konvensyen tersebut, boleh ke laman web rasminya iaitu www.malaysiainternetsummit.com .
ps; Nampaknya perkembangan pemasaran internet Malaysia semakin berkembang positif.
Related posts:
- Joomlayan.com: Komuniti Usahawan Internet Joomla MalaysiaSatu lagi website malaysia yang dibangunkan menggunakan CMS Joomla iaitu JOOMLAYAN.COM. Laman web ini mengandungi banyak content mengenai Joomla dalam bahasa Melayu. Tagline website ini ialah Komuniti Usahawan Internet Joomla. Mungkin ini adalah website pertama untuk komuniti usahawan internet Malaysia yang menggunakan CMS Joomla sebagai platform untuk perniagaan internet mereka. Secara peribadi, aku pernah menggunakan Joomla [...]...
- 1Malaysia F1 Team: Pasukan F1 Malaysia 2010 Selepas kejayaan penglibatan syarikat petroleum negara Petronas dalam sukan permotoran antarabangsa Formula One (F1) selama 14 tahun sejak menjadi penaja utama pasukan F1 Sauber pada tahun 1995. Kini Malaysia melangkah setapak maju lagi dengan menubuhkan pasukan F1 sendiri pada tahun 2010 selepas FIA menerima permohonan Malaysia untuk menjadi pasukan F1 yang ke-14 dan pasukan baru [...]...
- www.abooain.com: Sumber Informasi Perniagaan Internet Produk PLR, RR & MRR Anda ingin mencari apakah laman web yang mempunyai pelbagai informasi berkenaan perniagaan internet, ingin membeli ebook yang diperlukan untuk menambahkan ilmu peniagaan internet anda? atau anda ingin mengetahui pelbagai produk jualan internet yang baru berada di pasaran. Kini terdapat 1 laman web yang boleh menjawab pelbagai persoalan ini dengan adanya laman web www.abooain.com (abooain.com). Laman [...]...
- 5 Laman Web Berita Internet PopularDi zaman dunia sekarang yang bergelar Zaman ICT ataupun Dunia internet. Semua sumber informasi seperti berita sangat cepat tersebar, contohnya kematian Raja Pop Dunia Michael Jackson menyebabkan traffik internet sangat sibuk hingga beberapa server down pada satu ketika yang melibatkan Google, Twitter, CNN, Wikipedia dan lain-lain. Sekarang berita bukan sahaja boleh diperoleh di TV, radio [...]...
- Selamat Tahun Baru 2010 Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba merenung kembali apakah azam tahun 2009 sudah tercapai atau tidak? Sebenarnya aku nak tulis azam tahun baru pada 18 Dis 2009 yang lalu sempena tahun baru Islam Maal Hijrah 1431, tetapi hari tu aku terpaksa [...]...





By hasbulaqill
on Jan 22, 2010 | Reply
hajat nak pergi
tp ada perkara yang lebih penting tarikh tu
[Reply]
Akmal
Reply:
January 22nd, 2010 at 11:59 pm
Aku pun mgkn x g kot. Sbb jauh, lgpun x leh tinggalkan jauh2 server2 yg dijaga kt ofis sini.
[Reply]
By Pak Unik
on Jan 23, 2010 | Reply
Salaaam. Sayang sungguh diadakah di KL, kalau kat K Trg kan bagus hehe. Moga nnt mereka juga akan datang buat kat sini, tp mungkin jugak ini satu mimpi je, psl x berbaloi kut datang ke sini psl IT x berkembang molek lg kat Ganu ni

Pak Unik´s last blog ..Budak lelaki usia 9 tahun, jurutera IT termuda yang diiktiraf oleh Microsoft
[Reply]
Akmal
Reply:
January 23rd, 2010 at 3:50 pm
Salam Pak Unik, biaslah tu yg grand2 mesti buat kt KL. Pak Nik org TRG ke?? tp TRG beshhh utk cuti2 Malaysia, byk tempat menarik kt sana. Sayapun sebulan sekali ke TRG utk outstation sambil2 lepak kt Pantai Batu Burok.
[Reply]
By mr.eims @ perfume
on Jan 24, 2010 | Reply
wow..sangat menarik ..
insyaAllah nk pergi.. sume otai2 perniagaan internet ada kat sana.
mr.eims @ perfume´s last blog ..Paris Hilton perfume floral fruity & clean
[Reply]
Akmal
Reply:
January 25th, 2010 at 1:47 am
Sesiapa yg bole pergi tu baik pergi, mana tau bole berkawan dgn otai2 Internet bisness. Bole cedok2 ckit ilmu diorang tu
[Reply]
By Zamrii
on Jan 28, 2010 | Reply
Speaker semuanya hebat belaka, memang rugi kalo tak dapat datang. Tapi saya memang tak dapat datang sebab2 yang tak dapat nak dielakkan… huhuhu
[Reply]
Akmal
Reply:
January 28th, 2010 at 8:37 pm
Ha ah, speaker semua hebat2 belaka.
Saya pun x dapat pergi jugak
[Reply]