Kali ini 1 lagi blog aku ingin review, iaitu blog isuhangat.net: Yang Hangat Sememangnya Disini. Adakah blog ini benar-benar hangat seperti mana tag linenya?? Mula-mula sekali, blog isuhangat.net baru sahaja berumur lebih kurang 3 bulan dan baru berpindah ke hosting yang baru. Blog asalnya ialah di http://isuhangat.blogspot.com .
Daripada pemerhatian, blog isuhangat.net merupakan blog yang memaparkan pelbagai informasi ringan atau hiburan yang lebih menumpukan kepada bacaan santai untuk pengunjung blog ini. Antara isi kandungan blog ini ialah seperti gambar-gambar pelik (bukan gambar lucah yek
) yang jarang di lihat boleh didapati di sini, ada juga cerita-cerita lucu pendek yang menarik untuk di baca, ada juga berita-berita hangat yang berkaitan dan macam-macam lagi. Pendek kata semua jenis informasi yang berkaitan dengan hangat kira ada di dalam blog ini.
Terdapat 2 bahagian dalam penulisan review kali ini berkenaan blog isuhangat.net ini, bahagian pertama ialah kelemahan blog dan bahagian kedua ialah kelebihan blog.
a.) Kelemahan Blog isuhangat.net
Pertama kali melawati blog ini, banyak yang perlu diperbaiki terutama ialah theme yang digunakan. Beberapa perkara lain yang perlu di perbaiki mengenai blog isuhangat.net adalah seperti dibawah:
1. Penggunaan Theme WordPress
Theme blog yang digunakan di isuhangat.net sekarang ini sangatlah tidak menarik dari segi warna gelap yang digunakan iaitu kelabu dan hitam serta susun atur yang agak berserabut terutama dibahagian side bar. Ini kerana tulisan di side bar tidak begitu jelas. Adalah lebih baik jika theme yang digunakan mempunyai susunan yang menarik dan berwarna cerah seperti warna putih atau silver, manakala background di biarkan berwarna gelap. Manakala tulisan font adalah lebih baik warna yang bertentangan daripada warna latar belakang. Contohnya jika latar belakang warna silver atau putih, font tulisan itu biarlah warna yang gelap seperti warna hitam agar kandungan artikel dapat ditonjolkan dan jelas dibaca oleh pelawat.
Jika dibuat perbandingan theme antara blog isuhangat.net dengan blog asal di isuhangat.net.blogspot.com, theme blog isuhangat di blogspot.com adalah lebih sedap mata memandang kerana ianya amatlah teratur dan mudah untuk di baca. Harap pihak admin dapat menukar theme sepertimana di gunakan di BlogSpot.com .
2. Iklan Terlalu Banyak
Terdapat terlalu banyak jenis iklan di blog ini menyebabkan isi kandungan blog kelihatan tenggelam dengan adanya iklan yang banyak. Lebih memburukkan keadaan ialah di mana setiap artikel terdapat 3 atau 4 iklan banner yang besar yang boleh mengelirukan pelawat yang manakah gambar isi kandungan artikel tersebut dan yang mana satukah iklan. Seakan-akan blog ini kelihatan seperti blog iklan sahaja dan bukannya blog informasi. Dicadangkan agar blog ini memaparkan hanya 1 iklan yang rotate di akhir setiap artikel agar motif utama blog ini dapat disampaikan, iaitu menyampaikan informasi santai dan hiburan. Cara ini lebih menarik kerana selepas pelawat membaca artikel, barulah ada kemungkinan pelawat untuk klik iklan yang dipaparkan di setiap akhir artikel.
3. Bahagian Tulisan Komen Gelap
Apa yang membezakan antara blog dengan laman web ialah bahagian komen di setiap artikelnya. Bahagian komen di blog ini sangatlah tidak menarik kerana warna font yang digunakan tidak begitu cerah. Agak susah untuk membaca komen-komen yang diberi di setiap post entry kerana warna font seakan-akan gelap hampir sama dengan warna latar belakang. Ini boleh menyebabkan pelawat tidak ingin memberi komen. Jika dicerahkan warna fontnya, pasti lebih ramai yang akan memberi komen
.
4. Tiada Daya Penarik Blog
Apakah daya penarik blog? Daya penarik blog adalah plugin-plugin yang digunakan di blog. Adalah amat mendukacitakan bagi seorang pelawat untuk tidak meninggalkan jejak di blog ini yang sememangnya hangat dengan isi kandungan yang terhangat. Contoh daya penarik plugin yang membolehkan pelawat meninggalkan jejak adalah seperti T0p Commentators dan Recent Comment, manakala plugin Recent Entries dan Top Post Entry menjadikan pelawat lebih mudah membaca artikel yang terhangat dan terbaru. Jika diperhatikan, Recent Comment dan Recent Entries di bahagian side bar blog ini ada tetapi fungsinya tidak kelihatan disebabkan oleh theme yang digunakan gelap dan susunan yang berterabur, malahan susunan juga tidak begitu teratur mungkin disebabkan oleh masalah plugin di theme yang digunakan . Diharap pihak admin blog dapat memperbaiki masalah ini secepat mungkin.
Di harap juga agar admin blog isuhangat.net meletakkan plugin Top Commentator sebagai daya penarik kepada pelawat agar meninggalkan jejak komen di blog ini. Malahan setiap pengkomen akan di beri promosi secara percuma melalui link username di plugin Top Commentators, ini akan menyebabkan lebih ramai pelawat memberi komen dan bersaing antara satu sama lain agar tersenarai dalam senarai Top Commentator.
Plugin Top Post Entry pulak boleh menyenaraikan yang manakah artikel-artikel yang terhangat di blog ini berdasarkan jumlah bacaan ataupun jumlah komen pelawat.
b.) Kelebihan Blog isuhangat.net
Walau bagaimanapun, blog isuhangat.net ini juga terdapat daya penarik tersendiri yang lain dan menjadikan kunjungan ke blog ini sangat berbaloi. Antaranya ialah:
1. Kandungan Artikel Unik Dan Lain daripada yang lain
Blog isuhangat.net ini sememangnya memaparkan artikel-artikel lain daripada yang lain dan jarang dijumpai di blog yang lain. Blog ini boleh dijadikan salah satu sumber pengetahuan untuk informasi-informasi pelik dan hiburan, bukan pasal artis sahaja yek. Tetapi hiburan yang sememangnya hangat. Macam-macam informasi hiburan ada kat sini.
2. Kemaskini
Selain daripada artikel yang unik, isi kandungan blog ini juga sentiasa dikemaskinikan. Malahan dalam 1 hari, boleh dikatakan terdapat 3 artikel yang baru. Blog ini betul-betul cepat dalam kemaskini agar isi kandungan blog ini sentiasa fresh untuk di baca oleh pelawat.
3. Kategori Yang Banyak
Antara tarikan utama di blog isuhangat.net ini ialah terdapat 49 jenis kategori artikel. Banyak tu!! Memang sangat banyak. Macam-macam kategori artikel yang hangat ada, contohnya seperti kategori Artikel Hangat, Artis Hangat, Download Hangat, Fakta Hangat, Gambar Hangat, Iklan Hangat dan lain-lain lagi yang terhangat sahaja. Anda hanya perlu pilih yang mana satu kah kategori terhangat pilihan anda.
4. Loading Page Laju
Dari kelancaran blog ini, blog ini sangat cepat loading page walaupun memaparkan banyak iklan. Mungkin hosting provider yang digunakan sangat bagus. Jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk melihat gambar-gambar hangat yang terdapat di blog ini.
5. Traffik Yang Tinggi
Akibat daripada artikel unik yang terdapat di blog ini menyebabkan tarikan traffik yang sangat tinggi. Jika dilihat pada HitStat.com yang terdapat di side bar blog isuhangat.net, secara puratanya setiap hari terdapat 3000 pelawat (Rujuk pada rajah carta di atas yang menunjukkan pelawat dari 1 – 19 Mac 2010 12.00tghr). Sangat sesuai untuk pengiklan internet meletakkan iklan di blog ini kerana tarikan trafik yang tinggi setiap hari.
Rumusan
Itu sahaja lah Review berkenaan blog isuhangat.net pada kali ini. Mohon maaf pada tuan admin blog isuhangat.net jika ada terlebih komen. Pendek kata, setiap blog mempunyai kelemahan dan kelebihan tersendiri. Artikel ini ditulis adalah disebabkan oleh admin blog isuhangat.net sedang menganjurkan Pertandingan Menulis Review Blog Isuhangat.net yang menawarkan hadiah sebanyak RM455 disamping aku sendiri yang sedang mengasah bakat tulisan review. Silalah ke blog isuhangat.net untuk melihat syarat-syarat pertandingan, pertandingan menulis review ini akan di tutup pada 22 Mac 2010.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Ada 3 hari lagi sebelum ditutup, sempat lagi join tu.
Related posts:
- NiagaKit: Sistem e-Dagang Terhangat Buatan Malaysia Sistem e-Dagang merupakan salah satu teknologi internet yang berkembang pesat seiring dengan dunia tanpa sempadan di persekitaran kita. Sistem e-Dagang...
- fuhyooFM.com: Radio Internet Yang Lebih Berilmu & Berinformasi Adakah anda pernah mendengar radio internet? Adakah radio internet ni sama dengan radio-radio terkenal yang lain seperti Radio ERA, Hot...














By blalang on Mar 19, 2010 | Reply
terima kasih atas review anda.
.-= blalang´s last blog ..Seminar internet percuma! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
March 19th, 2010 at 9:42 pm
@blalang,
Sama2 bro
[Reply]
By safis on Mar 19, 2010 | Reply
review yang terbaik, dalam masa yang sama dapat gak tips2 yang berguna daripada review bro ni.. cayalah..
.-= safis´s last blog ..AKHIRNYA MASALAH DAPAT DISELESAIKAN =-.
[Reply]
Akmal Reply:
March 20th, 2010 at 1:10 pm
@safis,
Thanks bro
…masih lg dlm proses pembelajaran penulisan review…
[Reply]
By sangilapi on May 1, 2010 | Reply
teguran-teguran di atas boleh aku gunakan untuk menambahbaikkan blog aku
.-= sangilapi´s last blog ..bulan kelahiranku =-.
[Reply]
Akmal Reply:
May 2nd, 2010 at 2:50 pm
@sangilapi,
Sekadar teguran, dah penganjur pertandingan suh tegur..heheheh
[Reply]
By has on Dec 10, 2010 | Reply
blog ini tetap menarik
[Reply]