Kementerian Wilayah Persekutuan melalui laman www.Blog4ft.com (Blogging For Federal Territories) menganjurkan satu pertandingan blogingg untuk menggalakkan orang ramai untuk berblog secara positif berkenaan sebarang aspek tentang Wilayah Persekutuan. Blog tentang kehidupan, warisan, sejarah, senibina, masyarakat, acara atau sebarang perkara yang menarik minat anda. Pertandingan ini bermula hari ini iaitu tepat jam 12.00 tghr 5 Oktober 2009 sehingga tarikh tutup iaitu pada 5 Januari 2010.
Tujuan utama pertandingan ini adalah untuk menggalak orang ramai blogging secara positif tentang Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan).
Antara Objektif Pertandingan ini di adakan ialah :
- Mewujudkan keterujaan dikalangan pengguna internet tentang Wilayah Persekutuan (WP) dan terutamanya Malaysia secara amnya.
- Mempromosi semangat 1Malaysia sejajar dengan kempen ini yang mempromosikan perpaduan, menaikkan semangat dan menggalakkan rasa kekitaan.
- Menggunakan kaedah web 2.0 sebagai medium pemasaran/promosi untuk KL, Putrajaya & Labuan.
- Menggambarkan Kerajaan Malaysia secara global sebagai Kerajaan dengan idea inovatif dalam internet dengan program Blog untuk WP sebagai contoh.
Format kempen adalah dalam bentuk peraduan blog. Tidak seperti peraduan blog biasa, peraduan Blog untuk WP tidak akan dijalankan hanya melalui Laman Web Peraduan. Dalam Blog untuk WP. Sebaliknya peserta hanya perlu menghasilkan artikel blog seperti biasa dalam blog mereka sendiri. Dengan peraduan memblog biasa, Penganjur perlu menarik pembaca ke Peraduan Blog mereka. Tetapi Blog untuk WP, Peraduan akan disebarkan ke Internet melalui blog para peserta.
Penyertaan boleh dihasilkan dalam bentuk tulisan, blog gambar, blog seni atau blog video.
Peraduan ini akan berjalan selama 3 bulan.
Peraduan dibahagikan kepada 4 kategori:
- Malaysian Public
- International
- Junior (under-18)
- Malaysian Media
Maklumat lanjut seperti Terma & Syarat, Peraduan, anda boleh membacanya di laman blog www.blog4ft.com
Hadiah-hadiah yang ditawarkan untuk pemenang-pemenang setiap kategori tidak pula dinyatakan. Mungkin belum dinyatakan lagi kot
Oleh itu, kepada sesiapa yg berminat menyertai pertandingan ini bolehlah cepat-cepat mendaftar terutama sekali untuk warga Wilayah Persekutuan. Akutidak pasti nak masuk ke tidak sebab aku bukan menetap di Wilayah Perseketuan. Mungkin cuba, mana tau ada rezeki
Related posts:
- Pertandingan 'Komen Terbaik' di Blog Abooain.com Peluang baik untuk kesemua pelayar internet di Malaysia terutamanya bagi mereka yang suka memberi komen di blog (Bukan komen negatif...
- www.Rohaizad.com: Peraduan Teka Jumlah Komen di Blog Rohaizad Dot Com Peluang keemasan akhir tahun 2009 untuk kesemua blogger seluruh Malaysia. Salah satu blog yang tengah top sekarang dan oleh besh...
- Alhamdulillah….Menang Lagi!!! Selepas memenangi Pertandingan Review Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1 pada bulan Julai 2009 yang lalu dengan memenangi hadiah...
- WordPress Menang 2009 Open Source CMS Awards Baru-baru ini WordPress telah diumumkan sebagai pemenang untuk anugerah Overall Best Open source CMS Award 2009 dalam pertandingan Open Source...
- 6 Blog ICT Pilihan AkTechPage.Com ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak...










By dAzz on Oct 5, 2009 | Reply
Menarik gak pertandingan ni. Lain dari yang lain..
.-= dAzz´s last blog ..Berhenti Merokok Sekarang ! =-.
[Reply]
Akmal Reply:
October 6th, 2009 at 5:42 pm
Jom Join…
[Reply]
By sharimi on Oct 12, 2009 | Reply
aku pun nak join……jom join
.-= sharimi´s last blog ..JOM LAYARI =-.
[Reply]