Satu lagi website malaysia yang dibangunkan menggunakan CMS Joomla iaitu JOOMLAYAN.COM. Laman web ini mengandungi banyak content mengenai Joomla dalam bahasa Melayu. Tagline website ini ialah Komuniti Usahawan Internet Joomla. Mungkin ini adalah website pertama untuk komuniti usahawan internet Malaysia yang menggunakan CMS Joomla sebagai platform untuk perniagaan internet mereka.
Secara peribadi, aku pernah menggunakan Joomla selama 3 tahun di aktechpage.com dari tahun 2006 – 2008, apa yang menarik ialah Joomla sangat mudah digunakan dan terdapat banyak plugin dan modules yang boleh digunakan secara percuma atau dibeli. Plugin & Modules ini ibarat seperti enjin dan tayar, Joomla pulak ialah kereta (Ape yang aku melalut ni
), jadi anda tidak perlu terlalu terer sangat dalam php, cuma pakai buang sahaja modules & plugins ini mengikut kesesuaian laman web anda kehendaki. Sungguh mudah.
Terdapat banyak ciri-ciri yang menarik di Joomlayan.com, antaranya ialah :
- Kandungan artikel yang menarik berkaitan dgn joomla seperti tutorial, tips, panduan asas, installation dan lain-lain.
- Senarai 54 laman web perniagaan tempatan dan juga antarabangsa, agensi kerajaan dan swasta, NGO, komuniti, blog dan lain2. (Jika anda menggunakan Joomla, bolelah masukkan website anda dalam senarai ini)
- Anda boleh download plugin, ebook, wallpaper, screen saver dan perisian secara percuma.
- Banyak Joomla Template yang boleh download secara percuma drpd pelbagai tema.
- Forum komuniti untuk ahli yang berdaftar sahaja dimana ahli dapat berdiskusi antara satu sama lain berkongsi idea dan bertukar-tukar maklumat sesama ahli.
- Terdapat juga bahagian istimewa iaitu Joomlayan Core, di sini terdapat beberapa panduan yang istimewa yang boleh membuat duit menggunakan Joomla. Antara yang terdapat di sini ialah Kit Joomlayan, Nuffnang!, Built Joomlayan dan Article.
Joomla pernah memenangi CMS terbaik dunia pada tahun 2006 dan top 3 CMS pada 2007 dan 2008. Anda boleh lihat keputusan undian CMS Award disini Open Source CMS Award.
Bagi pelawat yang ingin belajar apa itu Joomla, disini terdapat banyak tutorial, panduan serta tips mengenai Joomla dalam bahasa Melayu. Joomlayan.com amat sesuai sekali untuk newbie yang ingin menggunakan Joomla sebagai platform laman web dynamic untuk personal, korporat, perniagaan, komuniti, social network dan lain2.







