Mar
25th

Kawan Blogger

Files under Personal | Posted by Akmal

Tadi, masa aku masuk kerja dan seperti biasa on laptop ku dan juga YM sekali, aku dapat mesej drpd biz partner aku Syed Ikhwan memberitahu gambar aku dalam blog adiknya. Aku pun pergilah blog adiknya iaitu Syed Mohd Badril hisyam yang juga kerja dibawah satu bumbung syarikat dengan aku tetapi berlainan lokasi. Rupa-rupanya gambar aku masa aku pergi majlis kahwin kawan ku yang juga bekas Grafik Designer di tempat kerja aku pada 16 Mac 2009 lalu. Kali pertama gambar aku dalam blog orang lain… :) Gambar ini juga masuk surat khabar yang telus & neutral yek.

Apa yang aku maksudkan disini bukan nak berbangga, cuma ingin berkongsi ilmu iaitu salah satu kelebihan bila anda mempunyai blog sendiri. Secara tak langsung anda menjadi blogger biarpun tak professional tetapi mempunyai kawan di alam maya yang mempunyai minat yang sama dan berkongsi pengetahuan. Blogging membolehkan anda mendapat kawan baru dan juga boleh meluaskan social networking. Bagi usahawan internet, di sinilah peluang untuk mencari pasaran dan juga biz partner. Adik member  aku ni adalah seorang Grafik Designer dan juga Photographer sambilan. Ini alamat blog Badrulhisyam anythingphoto. Sesiapa yang berminat untuk mendapat khidmat jurugambar profesional dengan harga berpatutan, boleh la menghububungi dia di blognya.

Secara tak langsung aku juga membantu Sham promosi blog dan juga khidmatnya…

Thanks you Sham…. dan jom exchange link. Mana tau gambar aku masuk lg dlm blog ko lg ke…

Related posts:

  1. Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali Ke-2 Agaknya akulah yang paling lewat post berkenaan tajuk di atas berbanding dengan blogger2 lain yang telah pun post di blog...
  2. GengBlogger.com: Komuniti Blogger Anda Kali ini aku ingin review satu komuniti portal yang semakin popular dan hangat pada  tahun 2010 di dunia internet Malaysia...
  3. Aku Blogger Yang Tersepit Demi menyahut seruan dari seorang sahabat merangkap sifu blogging aku iaitu saudara Rohaizad.com mengenai “Blogger Yang Tersepit“, akhirnya aku buat...

Post a Comment

CommentLuv badge