Mar
20th

Kehebatan Google Chrome

Files under Internet | Posted by Akmal

Google Chrome merupakan pelayar internet terbaru yang dikeluarkan oleh syarikat Google Inc menggunkan teknologi Webkit dan juga V8 Javascript Engine diwar-warkan sebagai pelayar internet yang terpantas.

Pelayar internet baru ini menggabungkan ciri-ciri terbaik dari pelayar internet ternama yang lain. Antara ciri unik yang terdapat Google Chrome adalah:

  1. Omni-BarSearch Bar dan address bar digabungkan menjadi satu. Ia juga berfungsi sebagai Auto Suggestion Bar.
  2. Incognito Mode – Fungsi baru ini apabila diaktifkan, ia tidak akan menyimpan segala maklumat dan data. Apabila pengguna mematikan pelayar Google Chrome, semua maklumat tersebut hilang.
  3. Tab Baru (di bahagian atas) – Tab baru ini diletakkan di bahagian atas, dan berjalan secara berasingan. Ia boleh diceraikan dari induk untuk menjadi page yang baru atau dialihkan ke kiri dan ke kanan.
  4. Anti Crash, task manager – Dalam Google Chrome yang baru ini, pembangunnya memisahkan setiap tab dalam operasi yang berasingan supaya apabila salah satu tab crash, ia dapat dimatikan tanpa mematikan tab-tab yang lain.
  5. Inspector – Jika anda seorang pembangun laman web, fungsi Inspector ini dapat membantu anda dalam membuat pengkodan HTML.
  6. Fungsi seperti dalam Opera – Paparan yang luas tidak dibiarkan kosong, ia diisi dengan alamat-alamat dan gambar laman web yang kerap dikunjungi.
  7. Phishing & Malware detector – Pihak pembangun Google Chrome juga meletakkan satu pangkalan data website yang disenaraihitamkan, jika laman web yang dikujungi oleh pengguna dikesan boleh mendatangkan masalah kepada pengguna, Google Chrome akan memberi amaran kepada pengguna.
  8. Pelbagai ciri terbaru.

Google Chrome boleh diinstall dalam Windows XP SP2.

Download dan Install ==> Google Chrome

Related posts:

  1. Penggunaan Google Maps Sesetengah orang mungkin dah tahu cara menggunakan Google Maps secara optimum. Walaupun dah tahu, aku tetap nak post entry pasal...

Post a Comment

CommentLuv badge