Minggi ini aku agak bz sikit dengan kerja2 di pejabat akibat serangan worm attack di server syarikat aku bekerja. Terpaksa update dan remove virus dikesemua server dan client pc di Kelantan & Terengganu. Disebabkan tak dapat menulis, aku terjumpa artikel yang menarik mengenai Israel di forum. Lagipun hari ini sudah 22 hari Palestin diserang oleh Israel Laknatullah tanpa apa-apa perlindungan daripada rakan seagama mahupun negara jiran arab. Subhanallah.
Artikel yg agak menarik daripada www.apasaje.net
Kekejaman Israel, Permulaan “Perang Siber”.
Hackers Islam mula bertindak…
Israel meneruskan kekejaman mereka, menerusi misi menyembelih masyarakat Islam Palestin buat minggu kedua berturut-turut, kelesuan barisan Pemimpin Negara Arab disekelilingnya dalam menyelesaikan konflik berdarah ini perlu dipandang serius,mereka nampaknya gentar sekali dengan Amerika yang menjadi dalang disebalik kezaliman Rejim Zionis terbabit. Tindakan oleh ”pihak lain” mesti diambil untuk menghentikan kekejaman ini……
Apa yang menarik sepanjang misi kekejaman ini dilancarkan, Hackers dari Negara Islam, seperti Lebanon, Morocco, Iran, Algeria,dan Turkey memulakan kempen “peperangan online” mereka. 48 jam selepas pengeboman pertama lebih 300 laman berpusat di Israel berjaya diceroboh. Sehingga kini beribu-ribu website milik Israel berjaya ditembak & di defaced.Pihak keselamatan Siber di Amerika juga mengeluarkan arahan berjaga-jaga bagi laman-laman mereka. Target mereka bukan sahaja website syarikat perniagaan milik zionis, tetapi membabitkan juga laman web kerajaan, perbankan dan agensi pertahanan Israel. Mengikut salah seorang Hacker, menggunakan nama T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar T@ke Sn!per yang ditemu bual oleh Akhbar Al Arabia sasaran utama mereka adalah Laman Berita, perbankan, pertahanan dan laman milik Kerajaan Israel.
Teknik yang digunakan.
Mengikut pengalaman aku teknik2 yang digunakan oleh mereka dinamakan “Cross site scripting” dimana mereka juga memanipulasi teknik SQL injections untuk “crack” query yang sedang berjalan terhadap server hosting website terbabit. kod ”Skrip Malicious” didalam bentuk javascript di “inject” pada browser seterusnya menuju kedalam query database sesuatu laman.

Teknik ini secara serius tidak dapat mengapa-apakan sistem rangkaian(Networking) & Databases yang lebih advance seperti “Sistem Pertahanan Israel”. Untuk lakukan ini mereka memerlukan masa untuk crack firewalls & menyelesaikan “puzzle security algorithm”, aku rasa dengan kerjasama, khususnya pertolongan para genius hackers dari Indonesia (Indonesia sememangnya terkenal dengan para pengodam yang handal),misi ini dapat dilakukan tanpa masalah.
Jika ”pencerobohan sistem” ini berjaya dilakukan, seluruh sistem pertahanan canggih Israel akan lumpuh Barisan Roket Pemusnah, Jet Pejuang & Jet Pengebom mereka adalah di kontrol oleh sistem pertahanan yang canggih ini. Dapat anda bayangkan jika kita berjaya mengkontrol bahan pemusnah mereka seperti senjata nuklear dan meletupkan terus ditempat simpanan mereka?? INILAH DIKATAKAN PEPERANGAN SIBER YANG SEBENAR!!! ini bukan fantasi….
Peperangan siber ini dapat diaplikasikan dalam pelbagai cara, diambil contoh seperti yang berlaku dalam babak Filem “Die Hard 4.0″ yang mana digambarkan Pihak Pengganas pakar menguasai “Teknologi Siber” mengugut Presiden Amerika untuk meletupkan Bom Nuklear sesudah mereka menguasai dan mengawal keseluruhan Sistem Pertahanan Negara itu. Digambarkan juga pihak Pengganas Siber ini yang melakukan operasi mereka secara “Bawah tanah”, berjaya menguasai sumber utama Tenaga & Telekomunikasi Amerika seterusnya melakukan “Shut Down” kepada sistem tersebut menyebabkan seluruh negara lumpuh & berjuta rakyat Amerika mengalami kegelapan tanpa bekalan elektrik. Bayangkan jika itu berjaya dilakukan oleh Barisan “Tentera Jihad Cyber” terhadap Israel Laknatullah.
Kesimpulan.
Apapon melakukan defaced terhadap laman utama website Agensi Pertahanan & Perbankan Israel, sudah dikira agak hebat juga. Defaced yang dilakukan antara lain memaparkan gambar2 serta kekejaman Rejim tentera zionis, serta perkataan2 yang mencabar mereka. Ini aku rasa cukup berjaya untuk menyampaikan mesej persaudaraan Islam melangkaui sempadan. Mereka cukup berkerja keras, mengikutlaporan hampir 10,000 website Israel berjaya di hack, ini sesuatu yang membanggakan dimana seorang hackers berkerja keras untuk paling kurang pon berjaya melakukan attack kepada lebih 100 websites.
Aku mencadangkan mereka untuk turut melakukan deface terhadap lama CNN yang jelas media propaganda Zionis. Dapat anda bayangkan laman sehebat CNN yang dilayari berjuta orang pada satu2 masa terpapar gambar kekejaman tentera zionis menyembelih kanak2, wanita, orang tua serta orang awam yang tidak berdosa??






By ieda on Feb 6, 2010 | Reply
destroy israil!!!!
[Reply]
faezya Reply:
February 6th, 2010 at 11:32 am
dariabu ubaidah RA berkata ; “perumpamaan hati seorang mukmin laksana seekor burung yg sentiasa berbalik kesana kemari setiap hari”
[Reply]
By Jarno Trulli on Feb 19, 2010 | Reply
WAHAHAHA!! OS apa server yg kau pakai nih!!!???!! Boleh kena virus server kau? Tu bukan server, tu desktop!!
Macam mana firewall kau berfungsi ni? Kalau kawey, kawey awal-awal pecat doh IT administrator makan gaji buta nih.
Lagi lawak bila kata pertahanan israel control guna database web based. bende tu encrypted lah. SSL, dan selalunya guna terminal client ataupun machine language., mana ada dari web based nak control missile. Kalau nak menipu pun cari lah ilmu dulu.. wahahahaha
Meletupkan tanah haram israel dgn nukelear? kau ada akal ke tak? Masjid Aqsa kat situ, orang islam kat situ, nak pegi letupkan nuklear tu buat apa? Natey betul mung ni..nak pedajal ore isley.
Kawey balik Chukai nanti kawey ketuk pale mung..
[Reply]
Akmal Reply:
February 19th, 2010 at 4:17 pm
Nampaknya dendam masih membara lagi…Subhanallah…
[Reply]
By Jarno Trulli on Feb 19, 2010 | Reply
Owh artikel cedok dari blog orang ke? hah, macam tu lah.Patutlah tulisan macam takde akal.
Nasihat kawey, lain kali kalau nak cedok atau nak apa-apa, sila baca dan buat rujukan. Buat malu je kutuk nanti.jatuh repo pulak nanti
[Reply]
Akmal Reply:
February 19th, 2010 at 4:18 pm
Alhamdulillah….
[Reply]
By Jarno Trulli on Feb 19, 2010 | Reply
Kenapa, ada yang aku comment salah ke?Kalau tak betul bagi tau le.
[Reply]
By Jarno Trulli on Feb 19, 2010 | Reply
kalau tak boleh tahan aku punya reply, sila padam dan buang. Cuma aku nak bagitau, kalau nak letupkan israel tu, kau tau tak berapa ramai orang islam dalam tembok haram tu? Tau tak ada berapa masjid yang hidup jemaah di dalam nya dengan ibadat. Nak nuke lagi kat sana?(itu lah niat kau bila tulis post ni kan?kau kata bayangkan apa jadi kalau kita boleh control). Lain kali tulis tu pakai akal. Kalau tak tau apa-apa pasal negara tu better jangan tulis. Jgn mesleading.
Ni bukan fantasi, ni realiti!! Wake up bro!!
Tak suka takpe lah, padam kan reply aku ni. Tapi ingat, aku tegur benda yg betul je.
p.s: kalau aku dendam, dah lama website ni hilang. Skin ni ada berapa banyak punya holes aku jumpa. Ni sebab aku nak berkawan le site ni ada lagi..
[Reply]
Akmal Reply:
February 19th, 2010 at 9:34 pm
Aku sedang menunggu pandangan drpd pakar2 blogger dan IM tempatan yang pernah menghadapi melalui pengalaman begini mendapat komen drpd org yang terkenal spt Jarno Trulli di blog ….
Actually ini bukan aku yg tulis ataupun plagiat…Anda sememang cetek dalam dunia blogging tetapi hebat dalam dunia programming, software engineer yag terhebat di Malaysia katakan…
Ini adalah hasil tulisan drpd http://www.apasaje.net, telahpun di kreditkan kpd pemilik asalnya di awal perenggan…
Sblm bg komen di blog, belajarlah dahulu ilmu blogging.
Berkawan pun perlu memilih, aku hanya berkawan dgn org yang ikhlas sahaja berkawan dgn aku. Agak sukar utk aku berkawan dgn seseorang yang tiada identiti, seperti tiada keikhlasan dalam tegur menegur satu sama lain.
[Reply]
muwiras Reply:
February 22nd, 2010 at 2:21 pm
bro tak leh delete ke komen mamat Jarno Trulli tu… menayakit kan ati…
[Reply]
Akmal Reply:
February 22nd, 2010 at 6:55 pm
Boleh…tp biarkanlah…
Buat utk kenangan peribadi di blog ini
By Omar on Feb 25, 2010 | Reply
nak tergelak aku baca komen-komen kat atas kalau si Jarno tu baca, ada beberapa soalan aku nak jawab balik..
1) “WAHAHAHA!! OS apa server yg kau pakai nih!!!???!! Boleh kena virus server kau? Tu bukan server, tu desktop!!”
J: bro, semua org tahu takde satu pun OS dalam dunia ni yang selamat walaupun Apple sendiri dan linux, dan sekarang kau boleh pulak kau tanya soalan bodoh..”boleh kena virus server kau”? Dijamin boleh!!..lagi satu yang pelik, server tak pakai operating system ke? Abis kalau aku buat server, guna OS Windows Server 2008 RC2, lepas tu kena virus, secara automatik orang panggil benda tu desktop??? Nih, aku nak bagitau kau..tak kira kau guna OS apa pun, server akan kena virus juga…sebab tu la ada perisian antivirus untuk server..
2) “lawak bila kata pertahanan israel control guna database web based. bende tu encrypted lah. SSL, dan selalunya guna terminal client ataupun machine language.”
J: Kau ngat semua encrypted SSL tu selamat yer? Tak semestinya bro..kau pernah dengar kes site Microsoft UK? kalau tak pernah…kau ni takde la terrer mana, dari cara kau taip aku pun menyampah dowh..berlagak sungguh..woi, Microsoft UK lagi guna AES-256 bit SSL tapi tetap juga boleh kena hack..nothing impossible la bro…yup..memang diorang guna Terminal Client coz takkan ada orang pernah letak data sensetive secara online, selagi mana sesuatu workstation tu berhubung dengan internet, risiko untuk sebarang kod jahat, virus tetap terdedah.
Ok, tu..cuma aku ada beberapa pembetulan aku rasa pembetulan sikit:
“aku rasa dengan kerjasama, khususnya pertolongan para genius hackers dari Indonesia (Indonesia sememangnya terkenal dengan para pengodam yang handal)” – Indonesia masih belum mampu menandingi kehebatan para penggodam dari Turki, Lebih 80% serangan siber datang dari negara Turki.
Omar´s last blog ..Muhyiddin hairan tindakan Ku Li berhubung isu royalti minyak
[Reply]
Akmal Reply:
February 26th, 2010 at 10:47 pm
Itu dia apabila buku bertemu ruas…pendek kata…Ilmu yg ada di dada bukan untuk mendabik dada merendah2kan orang lain…tetapi utk digunakan utk kebaikan bersama2 demi membangunkan ummah bersama.
Bersatu teguh, bercerai roboh.
TQVM bro Omar atas penjelasan yg diberi.
[Reply]