Semalam, buat kali ke-2 dalam hidup aku masuk ke dalam Stadium Sultan Muhammad IV tengok bola Liga Super Kelantan lawan P. Pinang. Kali pertama masuk stadium ini ialah pada 7 Mac 2009 yang lalu masa Perlawanan Suku Akhir Piala FA Kelantan lwn UPB-MyTeam. Masa itu Kelantan dengan bergaya mengalahkan UPB MyTeam dengan jaringan 3-1 dan mara ke Separuh Akhir Piala FA dengan aggregat keseluruhan 4-2. Terima kasih kepada Skuad Kota Bharu 1 kerana memberi tiket percuma Grandstand tajaan drpd TM Kelantan, dekat dengan Presiden KAFA. Takde dekat sangat, tp nampakla jugak kepala Presiden KAFA tu
Jadi sebagai bukti, aku rakamkan suasana di stadium untuk tontonan umum dengan HP cikai aku Sony Ericson K530i. Dan untuk kali ke-2, aku amat berpuas hati dengan permainan pasukan Kelantan yang begitu bersemangat dan bertenaga terutamanya drpd perancang pasukan Indra Putra Mahayudin dan penjaring sensasi Mohd Norfarhan Mohammad.
Nampaknya pasukan Kelantan terus menjadi pesaing rapat Selangor dengan menduduki tempat kedua dalam carta liga berikutan kemenangan 4-1 ke atas Pulau Pinang.
Jaringan Mohd Norfarhan Mohamad pada minit ke-23 dan ke-56, Ramzul Zahini Adenan pada minit ke-38 dan kapten pasukan, Mohd Badri Mohd Radzi pada minit ke-65 menjadi pelengkap kepada kemenangn yang cukup berharga buat pasukan pantai timur ini.
Gol Pulau Pinang dijaringkan pada minit akhir melalui Mohammad Noraslan.
Info bola Sepak Malaysia dan Kelantan anda boleh dapati daripada :
www.kelate.net – Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan
www.bolasepak.com – Bola Sepak Malaysia, FAM, Berita Bola, EPL, Sukan
Related posts:
- Piala Malaysia 2010: Kelantan vs N. Sembilan@FAM Pada malam ini, 30 Oktober 2010 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, tepat jam 8.45 malam. Sekali lagi Skuad Bola...
- Gambar: Peminat Bola Sepak Kelantan Merusuh Salam, sudah agak lama aku tidak update blog ini sejak masuk bulan April 2009. Ini disebabkan aku terpaksa ke Kuala...
- MALAYSIA Juara Piala AFF Suzuki 2010, Tersungkurnya KEEGOAN INDONESIA Huh… SYABAS pasukan bola sepak Malaysia terutamanya kepada Jurulatih K. Rajagopal, pemenang kasut emas Mohd Safee Mohd Sali, penjaga gol...
- Akhirnya…. KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2010 Akhirnya setelah menghadapi kegagalan pada cubaan pertama tahun lepas, akhirnya semalam Kelantan berjaya juga merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan...
- www.ebanjir.kelantan.gov.my: Portal Online Info Semasa Banjir di Kelantan Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, apatah lagi dalam beberapa hari lagi Hari Raya Korban...









By abdfatah on Mar 23, 2009 | Reply
bola jangan tak bolaaaa
[Reply]
By Akmal on Mar 25, 2009 | Reply
heheheh….sejak bola sepak kelate naik ni, best la plok suasana stadium sultan muhammad IV loni…cam kt bukit jalil je…
[Reply]