Dah dekat 12 hari aku tidak post baru di blog aku ni. Agak lama jugalah, nampaknya seperti mana tajuk post aku kali ni sememangnya sindrom malas sedang melanda aku sekarang ni. Malas dari segi kerja sama ada yang wajib atau yang tak wajib. huhuhuhu…. Sindrom kemalasan yang melanda aku sekarang ni mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah internet streamyx di rumah aku sekarang ni down dekat 3 minggu daa. Hampeh betullah TMNut ni, nak buat report bukannya senang kena cek semua 1 persatu, dekat 45minit bergayut kat telefon dgn oparator TMNut pada report kali pertama. Mula2 tu aku ingatkan modem aku yang rosak. Pergi ke kaunter Telekom di Kota Bharu, ok je modem aku malah pegawai yang cek modem aku tu mengatakan modem aku tu jenis tahan lasak dan susah nak rosak walaupun jenis model lama.
Lepas tu aku cek plak dekat rumah member aku, ok je. Aku buat report kali ke-2 dua minggu lepas, lps tu TMNut pun telefon aku mengatakan yang kerja-kerja penyelenggaraan kabel bawah tanah sedang di lakukan di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas, internet dijangka kembali pulih pada 14 Ogos 10 Malam. Citt, problem sokmo TMNut ni. Tapi sampai sekarang 18 Ogos internet kt rumah aku masih lg belum berfungsi. Sabor je ler. Dalam masa 3 minggu ni aku hanya boleh akses internet di ofis je, selalunya aku balik rumah lepas abis keje ngadap jap internet, ni internet down, buat taik mata je la kt rumah. Di ofis pun x leh tumpu sangat kepada kerja-kerja luar kerana tanggungjawab/amanah perlu diutamakan dahulu. Jadi x leh fokus sangatlah kerja-kerja luar di ofis. Amanah & tanggungjawab kerja kena jaga beb.
Faktor ke-2 pula ialah persekitaran di tempat kerja aku sekarang, dah rasa x de mood nak kerja disebabkan masalah di tempat kerja. Tak boleh terangkan secara spesifik sangat kat sini sebab post ini boleh dibaca oleh semua orang termasuklah rakan sekerja aku. Bab-bab kerja sensitif sikit beb, periuk nasi utama tu. Apa yek masalah tu, ala biasalah, mesti lah antaranya ialah politik kerja, bebanan kerja yang banyak & pening2 lalat especially bab2 teknikal, gaji sedikit dan lain-lain lagi. Salah satu daripadanya lah, masalah kerja ni takkan habis selagi kita bekerja untuk hidup.
Faktor ke-3 ialah persekitaran, keluarga dan rakan-rakan. Ni berpunca daripada masalah faktor ke-2 juga menyebabkan aku agak moody sedikit dan juga melepaskan kemarahan pada orang lain. Yang ni pun malas nak explain jugak. Lagipun bulan Julai 2009 ni banyak betul ujian2 tuhan kepada ku antaranya ialah Bisness Ceramic yang kena serbu oleh Bank Negara Malaysia yang ntah ape akta yang diorang pakai. Ambik deposit haram lah ape lah, kedai2 judi ataupun magnum tak pula diorang serbu dimana ramai umat Melayu yang menghabiskan duit membeli nombor. Alhamdulillah pada 16 Ogos Bisness Ceramic ini akan kembali dengan jenama dan berwajah baru yang lebih mantap dan sempoi. Tetapi dengar khabar promosi melalui internet buat masa sekarang ini dilarang sama sekali oleh CEO. Buat masa ini apa yang dapat aku buat adalah tunggu dan lihat.
Aku sekarang sedang mencari-cari motivasi untuk melakukan kerja utama, kerja-kerja part time terutamanya making money online dan juga menjalani kehidupan seharian. Lagipun memang susah juga nak buat duit daripada internet ni kerana strategi dan teknik yang digunakan mestilah tepat dan kena pada masanya. Barulah income masyukk :p.
OKlah, malas dah nak tulis. Insya Allah 2/3 hari lagi aku akan post perkara-perkara yang menarik dan juga berkongsi sedikit ilmu yang aku di blog ini. Aku akan cuba fokus kembali dalam bidang blogging ini dan mencari duit di internet.






