Aug
5th

Kembali Dari Bercuti Offline

Files under aktechpage.com, Personal | Posted by Akmal

Nampaknya aku betul-betul lama bercuti, sebenarnya agak sukar untuk aku menulis sejak kembali dari kursus pada tempoh hari. Ini kerana kedua-dua laptop aku iaitu yang personal punya dan office punya kena serangan virus trojan akibat daripada main cucuk-cucuk thumbdrive semasa kursus tempohari. Menyebabkan agak susah untuk aku surfing internet, hampeh betollah :( . Akibat daripada serangan virus itu, Mozilla Firefox aku tak boleh guna. Semalam, baru je setel format laptop personal, laptop office belum lg kerana masih dalam troubleshoot dahulu. Lagipun sayang nak format laptop office kerana perlu setting semula sistem yang ada dalam laptop tersebut beserta dengan data-data yang perlu dibackup.

Lagipun bila habis je kursus, aku perlu bersiap sedia untuk pulang ke Kelantan untuk memulakan tugas baru di sini pada 2 Ogos 2010. Apabila pulang je sampai di Kelantan, aku sibuk pula menyiapkan sedikit kenduri kesyukuran kecil-kecilan dan berjumpa dengan kawan-kawan lama terutamanya di tempat kerja dahulu. Kemudian sebaik sahaja aku melaporkan diri di tempat baru, aku perlu membuat kajian selidik berkenaan hal ehwal ICT pulak kerana aku adalah perintis untuk Jabatan ICT di sini. Pendek kata agak sukar untuk aku menulis blog kerana kesibukan kerjaya di tempat baru sekali lagi dan masalah serangan virus trojan yang menyerang laptop-laptop ku yang menyebabkan tidak boleh menggunakan Mozilla Firefox.

Alhamdulillah, hari ini dapat juga aku siapkan post entry ini dalam masa setengah jam pada jam 2 pagi 5 Ogos 2010 selepas bangun tido sejak maghrib tadi. Hari ini entah kenapa letak je kepala atas bantal terus tido, bangun-bangun je jam dah menunjukkan jam 1.30pg. Lagipun masa maghrib tadi hujan lebat mula turun. Jadi alang-alang tersedar ni tulislah secebis post entry. Blog member-member lain pun lama jugak tak ziarah ni, kena mula ziarah kembali ni :D

Akhir sekali. Nak tanya pendapat member-member semua, apakah Perisian Antivirus yang terbaik setakat ini?

Related posts:

  1. Offline: 19 – 29 Julai 2010 (Cuti daa…. ) Kalau cuti daripada Online, itu bermakna aku Offline la kan??… Rasanya X pernah lagi bercuti daripada Dunia Online, sama ada...
  2. Aktechpage.com Kembali Pulih Online Alhamdulillah, selepas 6 hari down, hari ini blog aktechpage.com kembali pulih online seperti biasa. Nasib baik ada data backup. Cuma...
  3. (MyStory) Kembali Fokus & Konsisten Aku mula mengenali dunia perniagaan internet pada tahun 2005 melalui buku tulisan jutawan internet Dr. Irfan Khairi iaitu Rahsia Jutawan-Jutawan...
  4. Hadiah Bonus Dari Balootisme.com Alhamdulillah…walaupun sepanjang bulan Julai 2009 banyak dugaan yang mendatang. Tapi hari ini bila check blog Balootisme.com apabila aku dapat email...
  5. Acer Iconia Tab A500: Tablet PC dari Acer Jenama ACER adalah salah satu produk teknologi yang AP gemari kerana dari segi kos pembeliannya yang murah dan berkualiti. AP...


12 Responses to “Kembali Dari Bercuti Offline”

  1. By sue on Aug 5, 2010 | Reply

    selamat kembali… skang ni kena pindah kelantan plak ker.. best nye.. akhirnye dapat kembali ke kampung halaman..
    sue´s last [type] ..- JOM MAKAN BUAH -

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sue,

    Terima Kasih :D
    Ha ah, bertugas di Kelantan plak…
    Alhamdulillah, syukur… berkat doa kawan2 & ibubapa…

    [Reply]

  2. By sangilapi on Aug 6, 2010 | Reply

    akhirnya dapat jugak ko bertugas di negeri kelantan…suka lah tu :)

    mal,aku guna kaspersky sekadar boleh bagi tau je, nak ulas aku mana tau :)
    sangilapi´s last [type] ..suara nai

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Alhamdulillah, sgt syukur… x sangka bole bertugas di Kelantan… mcm mimpilah pulak…

    Thx bro sbb beritau pakai Perisian Antivirus apa yg dipakai sekarang…just nak survey je ni…

    [Reply]

  3. By zik on Aug 6, 2010 | Reply

    nampaknya bro dah kembali… yeay.. antivirus?? entahla… sekarang nie guna yang free avira..tuh je..
    zik´s last [type] ..Siapa ahli zikir

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Yezza… I’m back… :D
    Thx for cadangan anivirus..

    [Reply]

  4. By mijie on Aug 7, 2010 | Reply

    kapersky la yang terbaik setakat ni
    mijie´s last [type] ..Buat duit dengan google adsense

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mijie,

    TQ bro…

    [Reply]

  5. By zezebel on Aug 8, 2010 | Reply

    Selamat kembali.
    Saya baru nak belajar blogging. Kalau ada ilmu tu tolong la ajar-ajarkan.
    zezebel´s last [type] ..Server not found lah

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zezebel,

    Sama2 kita belajar yek :D

    [Reply]

  6. By hafizmd on Aug 10, 2010 | Reply

    Senyum jer yer sejak kelek kelate ni..hehe..

    Aku dulu2 guna avast home edition tuh aje..setakat ni, oklah juge..nk ulas lebih2..tak reti kawe..:D
    hafizmd´s last [type] ..Prestasi blog setakat ni

    [Reply]

  7. By mancai on Aug 13, 2010 | Reply

    selamat kembali bro.. antivirus tu kebanyakannya lebih kurang je… bagi aku bitdefender (guna internet security), comodo (fully Free, kalau bayar supportnya sahaja), kapersky (KIS, PURE)… lain2 Avast dan avira…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge