Jika anda menggunakan perkhidmatan Yahoo! Geocities sebagai tempat blogging dan penyimpanan data-data maya seperti fail, gambar, dokumen dan lagu. Lebih baik anda menggunakan perkhidmatan lain secepat mungkin kerana Yahoo! akan menutup Geocities ini sekurang-kurangnya hingga akhir tahun. Jika anda login ke akaun Geocities, anda akan dapat lihat notis daripada Yahoo! Geocities adalah seperti gambar di bawah.
Berdasarkan daripada notis diatas, Yahoo! 360 akan ditutup pada 13 Julai 2009, lebih baik anda membuat data backup secepat mungkin utk content blog jika anda menggunakan Yahoo! 360 sebagai platform blogging. Ini kerana selepas 1 Julai 2009, segala update pada blog Yahoo! 360 tidak lagi boleh dilakukan. Aku cadangkan lebih baik anda pindahkan content blog anda ke blogger.com (Kepunyaa Google Inc) atau wordpress.com .
Kenapa perkhidmatan percuma Yahoo! Geocities dan Yahoo! 360 ini ditamatkan? Segala jawapan utk persoalan ada di sini, Yahoo! Geocities Help. Pendek kata, Yahoo! ingin pengguna upgrade kepada perkhidmatan berbayar Yahoo! Web Hosting Service.
Di Yahoo! Geocities aku selalu gunakan sebagai tempat penyimpanan data-data maya terutamanya gambar. Gambar2 drpd blog seperti blog aktechpage.com ini juga banyak menggunakan gambar link url daripada Yahoo! Geocities. Nampaknya berkemungkinan besar selepas ini aku perlu memindahkan segala file gambar2 ini ke web hosting free yang baru. Semetara waktu ini aku upload gambar2 did dalam databse wordpress blog ini.
Apa komen anda tentang penutupan khidmat Yahoo! Geocities dan Yahoo! 360??







By payen83 on Jun 4, 2009 | Reply
rasanya dah banyak competitor utk social website ni macam friendster, facebook, blogger dan wordpress utk blog, flickr utk gambar. Yahoo maybe kene cari alternatif lain supaya produk2 dia lebih digemari dan menarik advertiser juga.
[Reply]
By Akmal on Jun 6, 2009 | Reply
payen83 – I agree with ur statement…. antara byk2 social website yg ko nyatakan, aku rasa facebook yg paling popular kt Malaysia skrg ni…
[Reply]