Feb
21st

Kisah Forumers Tua Yang Terlampau

Files under Personal | Posted by Akmal

Aku sebenarnya malas nak tulis pasal post entry kali ini, tetapi disebabkan oleh seorang forumers tua terlampau yang masih berdendam dengan aku sehingga menulis pasal aku di blognya yang tak boleh nak bagi komen sebab menggunakan blogspot, lepas tu pulak letak di signature salah 1 forum lagi. Ikutkan hati sebenarnya malas nak balas balik kerana aku tidak suka sangat mengeruhkan lagi keadaan dengan menceritakan hal-hal remeh seperti ini dan lebih suka post entry pasal pelbagai informasi sepertimana di tulis di bahagaian Hotz Welcome sebelah kanan blog ini,  tetapi kerana ingin memperbetulkan keadaan dan mempertahankan diri, nak tak nak terpaksalah meluahkan perasaan sedikit di blog ini selepas di fitnah dalam salah 1 thread forum komuniti internet tersebut.

Di dalam forum sepatutnya kita saling hormat menghormati antara satu sama lain, pertelingkahan kecil di dalam forum itu biasalah, adat berforum. Lepas tu lupakan je lah. Orang yang lebih tua daripada kita sepatutnya di hormati, begitu juga orang tua juga perlu menghormati orang muda. Tetapi bagaimana pulak jika forumers tua itu tidak menghormati forumers muda dan tidak sedar diri serta suka pulak menggelarkan orang lain dengan gelaran-gelaran yang mengjengkelkan di internet terutamanya di forum komuniti.


Bak kata pepatah, masuk kandang lembu menglembu, masuk kandang kambing mengembek. Ni tidak masuk kandang kambing tetap juga nak menglembu. Itulah yang terjadi apabila forumers tua berdiskusi dalam satu forum di internet dengan tidak menggunakan pendekatan secara hikmah. Walaupun forumers tua ini sesetengah pendapatnya memang boleh pakai dan ada betulnya, tetapi dari segi pendekatan yang di gunakan olehnya membuatkan aku dah hilang rasa hormat kepada forumers tua yang hebat ini.

Akibat daripada perselisihan faham kecil di dalam satu thread di forum komuniti internet tersebut, dendamnya terhadap aku  tak habis-habis lagi walaupun sudah saling bermaafan di dalam thread terhangat tersebut di penghujung akhir tahun 2009 yang lalu.  Bagi aku forumers tua ini sudah melampau dan sudah tidak boleh lagi nak dinasihatkan lagi, semua apa yang dilakukan oleh forumers  tua ni sahajalah yang betul je ,  orang lain semua salah jika tidak sehaluan dengannya termasuklah aku.

Lagipun motifnya hanya FOKUS mencari kesalahan dan mengkritik orang lainnya sahaja di sebalik identitinya yang terselindung di dalam forum tersebut. Apabila identiti terselindung di internet sudah  pastilah mendapat lesen paling besar di internet. Seseorang itu boleh katakan apa sahaja di internet kerana ia tidak akan memudaratkan kehidupan dan juga kerja peribadi anda dan tidak memalukan peribadi anda sendiri. Tiada siapa tahu siapakah diri anda sebenarnya. Anda bebas bercakap, menghina, mengcerca dan mengkritik orang lain terutama terhadap identitinya di kenali di internet walaupun hanya menunjukkan mukanya yang hensem sahaja.

Manakala bagi orang yang ikhlas untuk mencari rezeki di internet ataupun mencari ilmu dan juga kawan di internet, pendedahan identiti adalah untuk menunjukkan keikhlasan dan perlu menjaga adab tatasusila berkomunikasi di internet kerana kita tidak boleh bersikap melampau sebagaimana identiti yang tidak dikenali kerana ia sememangnya mewakili diri kita sendiri.


Malahan forumers tua  ini juga sangat sensitif, setiap post reply aku dalam forum tersebut dianggap di tujukan kepada dirinya, padahal aku tujukan kepada orang lain. Jikalau orang tua ini diberi nasihat dan di bangkangnya, dia akan sedaya upaya akan mempertahankan pendiriannya dengan memberi pelbagai cara. Mungkin hormon sensitifnya terlebih kot :P .

Si forumers tua ini juga suka sangat mengecop kesemua forumers yang ada blog sendiri ini hanya blogging untuk mencari duit sahaja. Pendek kata semua blogger di Malaysia ini memang gila duit je la.  Untuk membuatkan seseorang pelawat itu klik iklan-iklan seperti di blog ini bukanlah senang. Lagipun kebanyakan rakyat Malaysia sudah cerdik dalam iklan-iklan affiliate seperti di sebelah kanan blog ini. Hanya seorang blogger yang berkredibiliti tinggi sahaja yang boleh membuatkan pelawat blognya klik iklan-iklan di blog. Perletakan iklan di blog ini pun hanya lah sebagai perhiasan, kalo ada rezeki orang klik dan membeli alhamdulillah. Selalunya blog English la yang mudah untuk menjual iklan di blog yang mempunyai niche kerana trafiknya berkali ganda lebih besar drpd blog berbahasa Melayu.

Adohaiii….aku sebenarnya amat menghormati forumers tua yang terlampau ini dari segi ilmunya terutama dalam bidang  software engineering, tetapi dalam dunia internet aku lihat dia kureng ckit terutama dalam hal ehwal blogging. Biasalah, tak semua ilmu seseorang itu boleh kuasai. Contohnya dalam bidang internet marketing ini, ada yang pakar blogger, pakar Adsense, pakar Affiliate, pakar eBook dan lain-lain. Pendek kata semua orang mempunyai kepakaran tersendiri.

Tujuan aku berblogging adalah sekadar sebagai hobi mengisi masa lapang untuk meningkatkan pengetahuan dalam ilmu ICT melalui update informasi terkini di blog sendiri untuk tatapan bacaan umum, juga untuk mempelajari ilmu internet marketing seperti SEO/Backlink dan lain-lain.  Duit itu hanyalah sebagai side income sahaja. Kalau ada, alhamdulillah, kalau tiada pun takpe, ia adalah rezeki.



Tujuan aku aktif di dalam forum komuniti internet tersebut bukanlah untuk berdebat perihal isu semasa tunjuk hebat dan pandai dengan ahli forum yang lain. Aku hanyalah ingin memeriahkan forum tersebut, mencari ilmu dan mencari kenalan yang boleh berkongsi ilmu dan minat dalam sesuatu bidang. Contohnya forum komuniti internet yang FOKUSnya adalah internet marketing, jadi FOKUS utama aku adalah untuk belajar internet marketing sahaja. Setiap forum komuniti di dunia ini pasti ada ruangan Sembang Umum, sudah diketahui umum terutama pengguna internet seluruh dunia ruangan ini hanyalah untuk berdiskusi secara suka-suka sahaja, kira utk release tension daripada FOKUS utama forum.  Tetapi ada juga topik-topik berat yang dibincangkan oleh ahli forum lain, ianya tidak salah dan jika aku ada idea aku akan mencelah, tetapi jika tiada idea aku hanya menjadi silent reader sahajalah.

Sebabnya  FOKUS utama aku adalah untuk mencari ilmu dan mencari kawan untuk mempelajari internet marketing bersama-sama, bukannya berdebat tidak tentu pasal. Lagipun selepas mencedok ilmu di forum komuniti internet tersebut, perlulah di praktikkan dan di amalkan berkesan atau tidak ilmu yang diperolehi, bukan setakat hanya tahu dan membaca sahaja. Jadi keterbatasan masa untuk aktif dalam perdebatan di forum komuniti internet agak terbatas untuk aku. Bagi aku forum komuniti hanyalah untuk komunikasi dua hala berkongsi ilmu dan pendapat dengan ahli-ahli forum yang lain, bukannya berdebat seperti di Dewan Rakyat ataupun Dewan Parlimen.

Si Forumers tua yang terlampau ini juga pernah mengugut aku beberapa kali untuk Hacked blog aku ini di dalam forum tersebut dan juga komen-komen di blog ini, sungguh tiada adab langsung di dalam tatasusila komunikasi di internet ini. Ilmu software engineering yang padanya disalah gunakan untuk mengugut orang lain seperti aku demi memuaskan dendam hatinya yang membara akibat daripada  pertelingkahan yang kecil sahaja di 1 thread forum tersebut, ia bukannya melibatkan kecederaan fizikal dan juga menggangu hal peribadi serta periuk nasinya sendiri. Sungguh aku tak sangka sampai ke tahap begitu sekali. Kan lebih bagus jikalau ilmu ‘source code‘ nya digunakan untuk perkara yang lebih baik seperti hacked laman web yang menghina agama Islam yang sangat banyak di internet masa kini.

Walau apapun, aku tetap redha, sabar dan tabah dalam menghadapi ujian sebegini walaupun dengan hanya menjadi blogger part time kecik sahaja. Walaupun di fitnah, di hina dan di cerca oleh hanya 1 atau 2 orang identiti yang tidak dikenali di internet seperti ini, perjuangan dalam blogging dan IM akan tetap aku teruskan untuk bersama-sama memajukan ekonomi peribadi, keluarga, ummah dan negara amnya.

Akhir sekali, aku harap dapat kita renungkan sebahagian 5 tips yang di ambil daripada blog SmartUsaha.com yang bertajuk Mutiara Motivasi Untuk Blogger dan Usahawan Internet berkenaan serangan pengkritik-pengkritik misteri  yang profesional ini.

1. Kita perlu ada prinsip yang kuat. Maka, tidak perlu risaukan ‘undang-undang’ ciptaan manusia yang tidak bertanggungjawab seperti menghendaki kita melakukan itu dan ini yang tidak perlu kita ikut dan buat.

2. Kita tidak boleh memuaskan hati semua orang, tetapi jika juga perlu tahu, kita tidak selalu dapat memuaskan hati kita sendiri. Kata kunci di sini adalah toleransi, bertolak ansur dan menghormati cara dan prinsip orang lain. Namun hakikatnya, menjaga hati diri sendiri dahulu adalah lebih penting. Mengapa? Kerana siapa lagi yang boleh memahami dan menjaga hati kita melainkan diri kita sendiri.

3. Komen-komen dan kritikan negatif daripada manusia yang tidak mendedahkan diri mereka sebenar dan juga disampaikan dalam bahasa yang tidak beradab, adalah komen yang tiada nilai sama ada di sisi ALLAH atau di sisi mana-mana makhluk. Ia terlalu hina untuk manusia yang berakal waras. Jadi tidak perlu sakit hati atau kecewa dengan perkara yang tiada nilai.

4. Kritikan adalah baik. Namun jika kritikan itu terlalu menyeksa jiwa dan hati, abaikan sahaja kritikan itu. Kita boleh memilih sama ada untuk menerimanya atau tidak, memikirkannya atau tidak. Tiada salah atau betul di sini, malah tiada hukum atau undang-undang yang mewajibkan kita menerima mana-mana kritikan. Melainkan kita jelas salah di sisi Agama. Abaikan manusia yang mahu mencipta peraturan hidup untuk kita.

5. Jangan membazir masa dan tenaga kepada perkara-perkara yang tidak produktif. Termasuklah meluangkan masa untuk berdebat dengan pengkritik-pengkritik yang hanya mahu melihat kita jatuh. Fokuskan tenaga kita kepada usaha yang sedang dilakukan. Ucapkan terima kasih kepada mereka dan kemudian abaikan mereka (tidak perlu berdebat/berdiskusi apa-apa).

Untuk tips-tips selanjutnya, anda bolehlah ke blog SmartUsaha.com ==> Motivasi untuk Blogger dan Usahawan Internet.

Adakah mungkin ini akan menjadi post entry aku yang terakhir di blog ini?? Adakah kemungkinan blog ini akan di hacked untuk memuaskan hati si forumers tua yang terlampau itu??. Wallahualam,  apa yang boleh aku buat, hanya berdoa dan berusaha sebaik mungkin sepanjang menulis di blog kecik ini.


20 Responses to “Kisah Forumers Tua Yang Terlampau”

  1. By lazaac on Feb 21, 2010 | Reply

    salam bro… biasa la tu… bila besar makin menjadi ada la.. mmg ramai org kita mcm tu… ni la yg berlaku kat lazaac skrg bila ada sorang admin forum kat Malaysia ni… pernah juga sy bermasalah ngan dia, sbb thread politik, biasa la, bila bincang bab politik, suma nak dia jer yg betul… kitorang pernah bergaduh, sampai terbawa-bawa ke blog masing2… tapi lepas hampir setahun berlalu, nampaknya si dia (pompuan gemuk tak sedar diri..) masih berdendam ngan sy.. nak tak nak sy mengalah jer, sbb lagi sy layan, lagi pelik tindakan dia dan agak melucukan…
    lazaac´s last blog ..Music For Relief My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Betul tu..lagi layan lagi menjadi, jadi better abaikan sahaja…menghabiskan borehhh je melayan…banyak lg benda pekdah yg nak di lakukan ni drpd layan org macam ni…

    [Reply]

  2. By mancai on Feb 22, 2010 | Reply

    salam… pendapat ko aku setuju… kekadang kita kena berfikiran jauh untuk diri kita bukan untuk orang lain…tapi untuk diri kita bersama2 orang lain sampai kesatu puncak kejayaan… perkongsian sebarang ilmu dan sebagainya adalah sesuatu yang perlu dan manfaat ini dapat dipergunakan sesama… bukankah itu satu pahala? bertekak didalam forum, blog dan sebagainya tu memang asam garam dalam internet tapi kalau berlebihan sampai tahap tak puas hati (gaduh tak sudah) pendapat aku dah termasuk dalam psikologi problem… terima kasih jugak dengan tips dari smartusaha.com ni….
    mancai´s last blog ..apple ipad keynote My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Itulah sebab aku buat blog ini, sedikit ilmu yg ada kat aku ni boleh aku sampaikan melalui blogging ini. Aku setuju bab pahala tu, blogging juga merupakan salah satu cara ibadah utk menyampaikan ilmu berguna cara moden utk org ramai…kalo dulu, org kena pergi ke kelas utk mendapat ilmu, skrg just melalui internet. Salah 1 cara ialah blog.

    Aku harap dapat terus menyampaikan ilmu melalui blogging ini semampu yg boleh.

    [Reply]

  3. By Thoha on Feb 24, 2010 | Reply

    memang rasa teruk apabila ada orang yang selalu tidak puas hati dengan kita ni..
    saya harap bro tabah menghadapinya..
    Thoha´s last blog ..Cara-cara Dan Tips Untuk Melupakan Seseorang My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Xpe la bro…dah tu cara dia…asalkan kita x menyusahkan hidup diorang sudah..

    Thx for support bro :)

    [Reply]

  4. By Omar on Feb 25, 2010 | Reply

    wow..benda ni biasa, tapi aku macam teruja bila dengar dia nak hack blog kau..sebab apa? adakah pak cik tua tu ngat dengan hanya view source code dah dapat hack website orang, dengan hanya view source code dah dapat tahu vulnerabilities dekat website korang..mungkin dia hanya dapat tahu versi WordPress yang kau guna dan dari versi tu, dia dapat kesan sebarang vulnerabilities dalam website kau..

    Lagi aku bertambah pelik adalah, apa moderator forum tu buat?? Admin forum tu buat apa? Takkan diorang tido kot, ntah-ntah si forumer tua tu admin/moderator kat forum tu, kalau tak..dah lama topic camtu kena suspend/locked… silap dekat pihak pengurusan la..sepatutnya bila ada pergaduhan/provokasi diorang ambil tindakan untuk lock forum tersebut dan ban mana-mana user yang terlibat

    btw, aku harap ko bersabar dan sentiasa backup database blog kau nih..
    Omar´s last blog ..Berjaya juga akhirnya! My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Entahla bro, pak cik tua tu selalu cakap besar besar dlm forum tu ttg kehebatan dia dalam hacking blog ni…

    Moderator forum tu no komen.

    Thx for support bro :)

    [Reply]

  5. By nuaeman on Feb 25, 2010 | Reply

    Hanya orang pengecut yang berani bersuara tetapi masih melindungi identitinya.. teruskan apa yang ko rasa betul.. blog ada pelbagai dan bukan semua yang menjurus untuk mencari duit.

    kalaupun ada yang berblog sememangnya untuk duit apakah itu satu dosa?

    Tak guna melayan orang sebegitu bro.. hidup mesti diteruskan..

    Alang-alang berblog biar sampai mendapat PAHALA..!
    nuaeman´s last blog ..Bukti Cinta kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ucapan di bibir My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Betul tu bro…itu adalah sikap seorang pengecut yg hanya berani memberi komen tanya mendedahkan identiti. Bak kata SmartZul, komen yang tiada nilai di sisi mana2 makluk.

    Yup…berblog adalah salah satu cara ibadah juga dan ianya tidak salah berblog untuk mencari duit asalkan tidak menyalahi undang2 dan agama…

    Blogging must Go ON!!!!

    [Reply]

  6. By Shaffik on Mar 1, 2010 | Reply

    Abaikan jer bro. Dia rasa dia bagus. Biasanay orang macam ni, makin di layan makin menjadi..Jadi tak payah layan.
    Shaffik´s last blog ..Selamat Tinggal Rawanaz. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Betul tu bro…aku dah x layan dahh, buang masa je layan org mcm ni…baik FOKUS pd kerja2 aku ni…

    [Reply]

  7. By baby on Mar 4, 2010 | Reply

    biasalah bro…yg penting kita dgn gaya kita sdiri

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Sudahpun membiasakan diri….setiap org ada gaya tersendiri…saling hormat-menghormatilah…

    [Reply]

  8. By reezluv on Mar 11, 2010 | Reply

    ada link forum tu tak?meh nak tengok bleh? :D
    reezluv´s last blog ..Siapa Saya? Bahagian III My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Hahahah…forum tu bro pun selalu masuk, salah satu sumber informasi yg bro sedang buat melalui blogging ni… :P

    [Reply]

  9. By Rizal Ahmad on Mar 11, 2010 | Reply

    Sabr je la bro..jgn dilayan sgt..
    Aku pun prnh jgk kena tapi malas nk lyn..buat sakit hati jer..membazir masa.

    teruskn bro..jgn peduli ckp org..
    sori ek jd silent reader je blog bro ni :)
    Rizal Ahmad´s last blog ..Mengapa Kita Malas Buat Promosi? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Betul tu, mmg membazirkan masa je melayan org mcm ni. Baik buat keje lain yg mendatangkan kebaikan utk diri sendiri dan orang lain.

    Bro selalu jugak la datang blog ni, xpe bro…yg penting matlamat blog ini utk memberi informasi secara percuma tercapai :)

    [Reply]

  10. By radean on Mar 12, 2010 | Reply

    sabar tu separuh dari iman,tetapi kekadang kita hilang sabar gak kan saya pun baru lai habis berdebat,tapi ngan sedara mara sendiri plak mmg sakit hati bila terjaditapi kini wa amik pendekatan diamkan diri layan orang sombong bodoh tak guna mcm dia sorang pandai it,tapi dia tak sedar dalam kepandaian tu ada kebodohan dia sooooo tenang k

    [Reply]

    Akmal Reply:

    Apa yg anda katakan semua tu mmg aku setuju…

    Jd better diamkan diri, mengalah tidak bererti kalah. Lgpun kalo dilayan juga, sampai diri kita sendiri juga turut jd bodohnya…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv Enabled